Tidak lama lagi, warga Kuala Besut yang berdaftar akan beramai-ramai keluar membuang undi di pusat pengundian yang telah ditetapkan.
Namun begitu, kehangatan kempen yang tamat jam 12 tengah malam semalam dicemari dengan kejadian penyebaran surat palsu sumbangan duit hari raya pilihan raya kecil N01 Kuala Besut yang dikatakan dikeluarkan oleh Barisan Nasional.
Timbalan Pengarah Pilihan Raya DUN Kuala Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata kejadian tersebut disedari oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan selepas bersolat Subuh di Masjid Kuala Besut pagi tadi yang menemui surat itu di masjid tersebut.
“Surat palsu itu yang menyatakan sumbangan duit hari raya kepada warga emas berjumlah RM800, ketua keluarga berjumlah RM700, pemuda berjumlah RM6000 dan wanita pula berjumlah RM600 seolah-olah telah dipersetujui oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Kuala Besut,” kata Idris kepada pemberita di Pusat Media Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut.
Surat palsu itu dipercayai telah diedarkan dari rumah ke rumah sewaktu Subuh tadi kerana surat itu dijumpai di gulung dan dicampak di hadapan rumah-rumah penduduk di beberapa buah kampung sekitar pekan Kuala Besut.
Idris yang juga Ahli Parlimen Besut mendakwa cubaan fitnah yang cuba dilakukan oleh Pas ini adalah untuk memecahbelahkan jentera-jentera BN yang sedang bertungkus lumus bekerja dan juga menimbulkan kemarahan kepada pengundi.
“Ini kerana dalam kandungan surat tersebut, ditulis wang pendahuluan sebanyak RM300 akan diberi pada semalam sedangkan tiada dilakukan perkara itu. Dengan sendirinya, orang ramai akan marah kerana ianya sudah melangkaui tempoh yang ditetapkan. Ini sedikit sebanyak menimbulkan rasa tidak senang kepada BN,” kata Idris.
Beliau berpendapat surat itu dikeluarkan untuk memburuk-burukkan parti UMNO dan BN sebagai cubaan untuk membeli undi dari pengundi.
“Pada permulaan kempen pilihan raya ini, Pas juga yang menyatakan bahawa tiada serangan peribadi atau cubaan-cubaan fitnah yang akan dilakukan kerana menghormati bulan puasa tetapi malangnya, merekalah yang mengeluarkan surat palsu seperti ini,” kata Idris.
“Saya menyeru kepada kepada orang ramai supaya menolak Pas kerana parti ini tidak pandai mematuhi peraturan undang-undang sehinggakan sanggup mengeluarkan surat palsu seperti ini,” katanya lagi.
Difahamkan, Ketua-ketua kampung yang terpedaya dengan penyebaran surat itu telah pun datang menuntut kepada sumbangan tersebut di Pejabat Jentera BN di Alor Pisang, Kuala Besut.
Dalam perkembangan yang sama juga, Setiausaha Eksekutif Umno Besut, Salleh Ab Latif pula mendakwa menerima satu panggilan telefon dari seorang penduduk kampung yang menyatakan bahawa dia menerima sepucuk surat sumbangan duit hari raya yang ditandatangani oleh beliau berkenaan sumbangan hari raya itu.
Beliau menafikan sekeras-kerasnya mengenai pengedaran surat itu.
Satu laporan polis kemudian dibuat di Balai Polis Kuala Besut pada jam 11.35 di Balai Polis Kuala Besut.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis tersebut.
Aizat Sharif
Tue Jul 23 2013


Turkish Airlines perkenal laluan Phnom Penh menjelang akhir tahun
Turkish Airlines akan memulakan penerbangan ke ibu negara Kemboja, Phnom Penh mulai 10 Disember.

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.

Polis rampas rokok seludup, lori bernilai RM1.2 juta
Polis merampas 3,800 karton rokok selepas memeriksa sebuah lori yang ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Kampung Pachakan, Kuala Besut, pada Ahad lepas.

Musim tengkujuh: Nelayan rayu dibenar tangkap udang di pesisir pantai
Musim udang yang tiba menjelang Disember hingga Mac itu dilihat dapat memberi kelegaan untuk mereka menambah hasil pendapatan.

10 pemancing, tiga kru bot hilang ditemui selamat
Sepuluh pemancing bersama tiga kru bot yang dikhuatiri hilang selepas tidak kembali ke jeti seperti yang dijadualkan pada Rabu, ditemukan selamat pada Jumaat.

Pelanggaran bot pelancong: Tujuh individu kini dirawat di HSNZ
Tujuh individu yang cedera dalam insiden pelanggaran bot pelancong dengan sebuah bot nelayan di muara Sungai Besut semalam, kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

PKPD: Beberapa laluan utama di Besut ditutup
Beberapa laluan utama di Besut ditutup kepada semua kenderaan mulai 8 malam Jumaat berikutan pelaksanaan PKPD.

Kawasan berdekatan pantai di Terengganu terjejas fenomena air laut pasang besar
Kejadian limpahan air laut juga berlaku sekitar pantai lain di Kuala Nerus dan Pantai Teluk Lipat di Dungun.

Penduduk kampung gempar buaya muncul di pantai Kuala Besut
Penduduk kampung di Kuala Besut, Terengganu gempar apabila mendakwa kelibat seekor buaya muncul di kawasan pantai daerah berkenaan pada Rabu.

Remaja perempuan lemas di air terjun Hutan Lipur Lata Tembakah
Seorang remaja perempuan ditemukan lemas di kawasan air terjun Hutan Lipur Lata Tembakah, Hulu Besut, di sini kira-kira pukul 10.40 pagi tadi.

12 pemancing berjaya diselamatkan selepas 48 jam tersadai di tengah laut
Bot dari Kuala Besut itu dikatakan telah keluar ke laut untuk memancing sejak tiga hari lalu sebelum mengalami kerosakan pada bahagian kipas.

Anggota polis maut kemalangan ketika perjalanan pulang ke kampung
Seorang anggota polis maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 131.2, Jalan Raya Timur Barat, di sini kira-kira jam 1.30 petang tadi.