ALOR SETAR: Pengunjung beragama Islam yang melakukan aktiviti mendaki Gunung Keriang di sini kini boleh menunaikan ibadah lebih selesa selepas sebuah surau kecil dibina di puncak gunung itu di ketinggian 217 meter dari paras laut.
Inisiatif pembinaan surau itu dilaksanakan oleh ahli Komuniti Keriang Hill (KKH) dalam usaha membolehkan pengunjung melaksanakan ibadah ketika melakukan aktiviti riadah selain menarik lebih ramai pengunjung ke Gunung Keriang.
Mohd Asri Baharom, 58, seorang daripada ahli KKH berkata kelab yang mula ditubuhkan pada 2019 itu kini mempunyai lebih 60 ahli berusia antara 15 hingga 68 tahun terdiri pelbagai latar belakang antaranya doktor, jurugambar, pesara dan pelajar.
"Pada peringkat awal, kami semua tidak kenal satu sama lain dan hanya bertegur sapa ketika mendaki Gunung Keriang. Tetapi, apabila kerap terserempak kami mula mengenali dengan lebih rapat dan dari situlah kelab ini tertubuh dan mula bergiat aktif dan pelbagai usaha telah dijalankan untuk pengunjung.
"Sebelum ini, kami bersihkan kawasan bersemak di atas puncak gunung bagi membolehkan pengunjung menikmati keindahan pemandangan 360 darjah...selepas itu, Gunung Keriang mula tular di media sosial dan jumlah pengunjung bertambah terutamanya ketika hujung minggu," katanya kepada pemberita di Gunung Keriang di sini, hari ini.
Beliau yang bekerja sebagai pembantu pustakawan di Perpustakaan Awam Negeri Kedah berkata melihat kepada jumlah pengunjung yang semakin bertambah membuatkan ahli KKH membina surau kecil berkenaan pada awal Jun lepas secara gotong-royong dan hanya memakan masa kurang sebulan untuk disiapkan.
"Ahli kelab turut menyumbang untuk membeli barangan seperti besi dan kayu selain ada juga pihak lain menyumbang dengan kos keseluruhan membina surau ini berjumlah RM800. Dalam kalangan kami ada yang pandai bertukang jadi mereka memainkan peranan penting dalam projek ini.
"Ahli lain pula, banyak yang sumbangkan tenaga mereka dengan membawa naik besi dan kayu tanpa mengira cuaca hujan atau panas...hujan macam mana sekali pun kami tetapi bergerak kerana kami ingin menyiapkan surau ini secepat mungkin bagi membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan itu.
Beliau berkata surau itu mampu memuatkan 10 individu dalam satu masa dan membolehkan pengunjung yang naik ke puncak gunung pada waktu pagi dan turun pada waktu petang atau malam untuk menunaikan solat atau melakukan ibadat lain.
Mohd Asri juga meminta kerjasama pengunjung untuk memanfaatkan surau yang dibina serta senantiasa menjaga kebersihan untuk pengunjung beribadah tanpa was-was.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2024

Sekumpulan pendaki dari pelbagai lapisan umur ketika mendaki Gunung Keriang. - Foto BERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.

Bayi baru lahir ditemukan di surau
Seorang bayi lelaki baru lahir ditemukan dalam keadaan berselimut oleh orang awam di sebuah surau dekat sini semalam.

Lelaki tikam dua wanita di surau didakwa cuba bunuh
Mohammad Ferdaus Mashud, 46, mengaku tidak bersalah tikam dua wanita di kawasan surau selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Noor Ruzilawati Mohd Noor.

Surau atas Gunung Keriang beri kemudahan selesa pengunjung tunai ibadah
Surau itu mampu memuatkan 10 individu dalam satu masa dan membolehkan pengunjung menunaikan solat atau melakukan ibadat lain.

Guna masjid, surau sebagai PPS dibenarkan sekiranya perlu
Penggunaan masjid dan surau sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir di negeri ini dibenarkan sekiranya keadaan memerlukan.

Tin arak sengaja diletak depan pintu surau kondominium
Isu pertama melibatkan dakwaan penutupan fasiliti surau selama dua hari pada 3 dan 4 Disember lalu tanpa sebarang notis.

Masjid, surau laksana pelbagai inisiatif santuni asnaf
Pihak yang dilantik bagi menguruskan zakat bertanggungjawab menyampaikan pemberian bantuan kepada golongan yang layak.

Urus sumber kewangan masjid, surau dengan amanah dan intergriti - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata setiap sumber kewangan dimiliki masjid dan surau merupakan amanah orang awam terutamanya anak-anak kariah menerusi hasil sumbangan dana dan derma.

Johor ulangi peringatan larangan berpolitik di masjid dan surau
Larangan berkenaan termasuk berucap dan menyampaikan sumbangan yang dilakukan oleh ahli politik di kedua-dua lokasi berkenaan.