BRUSSELS: Suruhanjaya Eropah berkata, suruhanjaya itu sudah meluluskan versi terkini vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh BioNTech-Pfizer, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Vaksin Comirnaty XBB.1.5 telah diubah buat kali ketiga untuk bertindak balas terhadap varian baharu COVID-19 dan dibenarkan untuk kegunaan orang dewasa, kanak-kanak dan bayi berusia 6 bulan ke atas, kata suruhanjaya itu dalam kenyataan akhbar pada Jumaat.
"Saya mengalu-alukan kelulusan yang tepat pada masanya itu yang akan menyasarkan varian yang baharu muncul dan yang mudah merebak," kata Pesuruhjaya Kesihatan EU, Stella Kyriakides.
Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) berkata dalam kemas kini terbaharunya bahawa kes COVID-19 di EU semakin meningkat, tetapi kadar jangkitan kekal pada tahap yang rendah.
"COVID-19 akan beredar seiring dengan influenza bermusim semasa musim luruh dan musim sejuk yang akan datang dan kita perlu bersedia," kata Kyriakides.
Suruhanjaya itu berkata, kelulusan berkenaan membolehkan negara EU membuat persediaan yang lebih baik bagi kempen vaksinasi yang akan datang.
BioNTech yang berpangkalan di Jerman mendapat perhatian kerana membangunkan vaksin melawan COVID-19 berdasarkan teknologi mRNA.
Sepanjang 2021, BioNTech dan rakan kongsi Pfizer membekalkan lebih 2.6 bilion dos vaksin dan angka itu menurun kepada sekitar dua bilion tahun lepas. - BERNAMA
Bernama
Fri Sep 01 2023

ECDC berkata dalam kemas kini terbarunya bahawa kes COVID-19 di EU semakin meningkat, tetapi kadar jangkitan kekal pada tahap yang rendah. - Gambar fail/Reuters/Carl Recine

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Dr Roland nafi takut-takutkan rakyat Malaysia untuk ambil vaksin Pfizer
Pengasas The KL Sky Clinic Dr Roland Victor, menafikan bahawa beliau menakut-nakutkan rakyat Malaysia atau sesiapa daripada mengambil vaksin Pfizer Comirnaty.

MyPELINDUNG 2024: Jamin kehidupan selamat bersama COVID-19
Kempen MyPELINDUNG 2024 terus membantu rakyat Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu.

Suruhanjaya Eropah luluskan vaksin COVID-19 versi terkini
Suruhanjaya Eropah sudah meluluskan versi terkini vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh BioNTech-Pfizer.

Kempen MyPELINDUNG didik masyarakat terus perangi COVID-19
Meskipun Malaysia telah mencapai kemajuan ketara, namun virus COVID-19 tetap kekal sebagai satu kebimbangan kesihatan.

Puting beliung musnahkan gudang utama Pfizer
Syarikat farmaseutikal Pfizer mengesahkan bahawa kompleks tersebut telah rosak akibat puting beliung yang berlaku dekat Rocky Mount.

Belgium akan musnahkan hampir 6 juta vaksin COVID-19 yang luput
Belgium tidak boleh menggunakan lagi lebihan vaksin asli dan 2.6 juta dos Moderna dan 3.3 juta dos Pfizer akan dimusnahkan secepat mungkin.

WEF2023: Pfizer umum penjualan tanpa untung kepada negara miskin
Ini termasuk ubat luar paten, menjadikan jumlah keseluruhan produk yang ditawarkan kepada lebih 500 jenis.

Vaksin COVID-19: AS setuju cadangan dos penggalak kepada 12 tahun ke atas
CDC dijangka menerima pakai cadangan itu, sebagai langkah sebelum suntikan boleh dimulakan.

Moderna saman Pfizer, BioNTech kerana tiru paten
Moderna mendakwa, kedua-dua syarikat itu meniru teknologi yang dihasilkannya sejak sekian lama sebelum pandemik bermula.

COVID-19: Singapura beri suntikan dos penggalak kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun pada suku keempat
Kementerian Kesihatan sudah menerima cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi COVID-19 (EC19V).