Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur telah menyumbangkan pelitup muka, cecair pembasmi kuman, dan alat tulis bernilai RM15,000 kepada 95 felo daripada Teach For Malaysia (TFM), iaitu pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menumpukan usaha meningkatkan peluang pendidikan di seluruh Malaysia.
Felo-felo itu adalah sebahagian daripada Program Pembangunan Kepimpinan selama dua tahun yang dikendalikan TFM, yang menyaksikan mereka berkhidmat sebagai guru di sekolah-sekolah menengah berkeperluan tinggi.
Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Loy Hui Chien, berkata pembelajaran dalam bilik darjah yang dimulakan kembali adalah penting demi pembangunan pelajar.
“Pendidikan adalah penting bagi masyarakat yang makmur dan stabil. Meskipun dalam kehadiran COVID-19 yang menjejas kehidupan ramai pelajar dan guru, saya tersentuh melihat dedikasi para felo untuk terus mendidik.
“Dalam semangat Hari Kebangsaan kedua-dua negara, saya berharap sumbangan Suruhanjaya Tinggi ini boleh membantu para guru untuk terus mengajar dalam persekitaran yang kondusif dan selamat,” ujar beliau.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TFM, Chan Soon Seng berkata, pendidikan sangat penting dalam menghasilkan barisan pemimpin masa depan di negara ini.
“Kami sangat berterima kasih atas sokongan Suruhanjaya Tinggi Singapura dalam memastikan barisan hadapan pendidikan dan pelajar bersedia untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran dengan selamat sepanjang tempoh ini,” katanya.
Sumbangan bekalan yang diterima setiap seorang daripada 95 felo dari Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Sabah itu merangkumi sekotak pelitup muka, cecair pembasmi kuman, pen penanda papan putih, kertas nota lekat dan sarung penyimpan pelitup muka.
Astro Awani
Fri Aug 28 2020
Loy Hui Chien (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Ketua Pegawai Eksekutif TFM Chan Soon Seng di ibu pejabat TFM. - Astro AWANI
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Sekolah buka, belanja pula naik
Kenaikan tersebut merangkumi hampir semua alat tulis termasuk buku latihan dan kertas A4 dengan peningkatan sekitar 50 sen sehingga RM1.
Kedai buku, alat tulis, telekomunikasi dibenar beroperasi bermula esok
Kerajaan bersetuju membenarkan operasi kedai komputer, telekomunikasi, kedai buku dan alat tulis sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 16 Julai 2021.
Jadikan buku, alat tulis sebagai 'essential pendidikan' demi jayakan PdPR
Keputusan kerajaan untuk meletakkan buku kerja dan alat tulis dalam kategori 'essential pendidikan' akan sangat membantu ibu bapa, guru-guru dan murid.
Kedai buku, alat tulis dibenar beroperasi semasa PKP di Sarawak
Kebenaran bagi kedai buku dan alat tulis untuk beroperasi merupakan antara penambahbaikan SOP yang dilaksanakan di Sarawak susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Suruhanjaya Tinggi Singapura sumbang bekalan penjagaan kesihatan, alat bantu mengajar
Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Loy Hui Chien, berkata pembelajaran dalam bilik darjah yang dimulakan kembali adalah penting demi pembangunan pelajar.
11,160 pelajar terima sumbangan
Seramai 11,160 pelajar dari 13 buah sekolah rendah dan menengah di kawasan Lembah Pantai bakal menerima perkakas alat tulis sempena sesi persekolahan yang baru bermula hari ini