KUALA LUMPUR: Tiada layanan istimewa terhadap suspek kes pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa seperti yang didakwa sesetengah pihak, tegas Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah.
Beliau mengulas mengenai dakwaan berkenaan yang timbul susulan laporan beberapa media berhubung tindakan suspek membuat permohonan maaf.
Mengulas lanjut, Mohamad Zainal berkata, permohonan maaf oleh suspek dibuat dalam bahasa Cina dan didengari kumpulan wartawan yang kebetulan berada di kawasan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi untuk membuat liputan kes lain.
Katanya, ia berlaku ketika proses pemindahan suspek itu ke IPD Klang Selatan.
“Suspek yang diambil oleh IPD Klang Selatan secara kebetulan melalui lobi dan wartawan mengambil gambar suspek sementara menunggu kenderaan polis sampai di perkarangan lobi.
“Suspek ketika itu terus bercakap begitu sahaja dan bukannya dia membuat sidang media. Tiada soalan ditanya oleh media kepadanya,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
BACA: Pukul pengawal peribadi: Kertas siasatan dirujuk pejabat Peguam Negara Isnin ini
Justeru, beliau meminta semua pihak supaya tidak memanipulasi situasi berkenaan.
Suspek utama yang merupakan ahli perniagaan, direman selama lima hari pada Ahad bagi membantu siasatan kerana memukul dan mengugut bunuh, selain penglibatan dalam kegiatan haram serta pengubahan wang haram.
Kes disiasat mengikut Seksyen 304, 324 dan 506 Kanun Keseksaan.
Hilmi Malik
Sun Apr 18 2021

Suspek utama yang merupakan ahli perniagaan, direman selama lima hari pada Ahad bagi membantu siasatan kerana memukul dan mengugut bunuh, selain penglibatan dalam kegiatan haram serta pengubahan wang haram. - Gambar/ Bernama
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Pukul pengawal peribadi berpuasa: Ahli perniagaan didakwa lagi
Chung Chee Yang, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Fared Abdul Latif.

Pukul pengawal peribadi: Ahli perniagaan, pembantu mengaku tidak bersalah
Tertuduh Chung Chee Yang, 43, dan pembantu peribadinya Choo Hin Voon, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret P Sarulatha.

Majikan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa didakwa Khamis
Majikan yang juga suspek utama kes pukul dua pengawal peribadi kerana berpuasa minggu lepas akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Klang dan Kuala Lumpur esok (Khamis).

Pukul pengawal peribadi berpuasa: PDRM dalam proses sita harta suspek
Bukit Aman juga menjalankan siasatan terhadap suspek mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001.

Suspek kes pukul pengawal peribadi kerana berpuasa tidak diberi layanan istimewa
Tiada layanan istimewa terhadap suspek kes pukul dua pengawal peribadi tegas Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah.

Pukul 'bodyguard' berpuasa: Polis bongkar suspek dalang sindiket, rampas emas, wang RM28.45 juta
Polis mengesan kegiatan jenayah lelaki itu dalam serbuan dan tangkapan susulan laporan berkaitan kes pukul yang diterima membabitkan pengawal peribadi terbabit.