SUBANG JAYA: Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 minggu lalu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk siasatan lanjut.
Suspek Hafizul Hawari, 38, yang memakai baju lokap berwarna ungu dilihat tiba di Pangkalan Pasukan Gerakan Udara (PGU), Polis Diraja Malaysia Malaysia (PDRM), di sini, pada jam 2.16 petang.
Dia diiringi anggota Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang lengkap berpakaian taktikal dan dibawa menaiki pesawat King Air B300 milik PDRM.
Difahamkan pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Kota Bharu, Kelantan kira-kira pukul 1 petang itu tiba di PGU pada jam 2.03 petang.
Turut berada dalam pesawat itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain bersama Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Baharudin Mat Taib.
Lelaki berusia 38 tahun itu kemudian dibawa ke IPK Selangor menaiki kenderaan Proton Persona PDRM pada jam 2.20 petang.
Pesawat King Air B300 dipercayai boleh memuatkan 10 penumpang termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi Ahad, seorang pengawal peribadi kepada isteri suspek tercedera akibat terkena tembakan dipercayai dilepaskan suspek.
Akibat kejadian itu, pengawal peribadi berkenaan dikejarkan ke hospital berdekatan dan kini dilaporkan stabil.
Terdahulu, suspek dilapor melarikan diri lebih 36 jam sebelum ditahan polis pada Isnin.
Sementara itu, Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan membenarkan suspek ditahan reman selama tujuh hari.
Perintah reman bermula Selasa hingga 22 April (Khamis) itu dikeluarkan Hakim Tuan Rais Imran Hamid bagi membolehkan siasatan dijalankan.
Umavathi Ramayah
Tue Apr 16 2024

Suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu tiba di Pangkalan Pasukan Gerakan Udara, Polis Diraja Malaysia Malaysia pada jam 2.16 petang. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
AWANI Ringkas: Lori sedang ditunda kemalangan di Pendang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [9/3/2025] – Komen Rasis | Kekacauan Berulang Di Selatan Thailand | Amaran Keselamatan | Penilaian Tempoh Sebulan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Pia Ernadya
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perkauman di media sosial, polis beri amaran tindakan tegas
- Serangan di Sungai Golok, sengaja cetus huru hara
- Jangan ke selatan Thailand tempoh terdekat, amaran Kementerian Luar
- Bakar ibu, mahkamah arah anak jalani penilaian psikiatri
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perkauman di media sosial, polis beri amaran tindakan tegas
- Serangan di Sungai Golok, sengaja cetus huru hara
- Jangan ke selatan Thailand tempoh terdekat, amaran Kementerian Luar
- Bakar ibu, mahkamah arah anak jalani penilaian psikiatri
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

SUKMA: KBS perlu tetap dasar kekal sukan teras, tindakan pengguguran merugikan - Exco Johor
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu menetapkan satu dasar bagi mengekalkan sukan teras yang mampu menyumbang pingat pada kejohanan antarabangsa, agar tidak digugurkan pada temasya SUKMA.

Dua lelaki didenda miliki mercun, bunga api secara haram
Dua lelaki didenda di Mahkamah Majistret Dungun di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa permit.

Dana beli ubat kanser cukup, bapa Nur Sumayyah ucap terima kasih
Bapa kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun yang menghidap kanser neuroblastoma berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyumbang dana pembelian ubat khas bagi rawatan penyakit itu.
Awani Global: Gaza - Gencatan Senjata Penuh Dan Pelan Pembangunan Semula
Sejauh mana akan berlaku rundingan gencatan senjata sepenuhnya dalam menuju pelan pembangunan semula Gaza? Apakah strategi dan komitmen pelaksanaan pelan pembinaan semula Gaza yang berlandaskan prinsip undang-undang dan rangka kerja politik yang lebih jelas? Diskusi dan analisis bersama hos Nazri Kahar dalam AWANI Global 9 malam ini

61 kawasan di Seberang Perai lakukan aktiviti tambun tanah tanpa kebenaran
Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengesan 61 kawasan di seluruh Seberang Perai melakukan aktiviti menambun tanah tanpa kebenaran atas kawasan bendang sejak tahun lepas.

202 lokasi PJRM di Negeri Sembilan sempena Ramadan - KPDN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan melaksanakan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di 202 lokasi di seluruh negeri sempena Ramadan.
Budaya berbuka puasa di luar
Wartawan Khalis Kadir melakukan tinjauan orang ramai berbuka puasa di Dataran Merdeka, Kuala LUmpur.

Selaraskan perundangan CCUS, elak pertindihan persekutuan dan Sarawak - TPM
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kini sedang berusaha untuk menyelaraskan undang-undang mengenai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

Suspek kes tembak di KLIA dibawa ke IPK Selangor
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 minggu lalu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk siasatan lanjut.