SUNGAI BULOH: Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek utama yang ditahan berhubung kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam, merupakan seorang anggota polis.
Hussein berkata lelaki berusia 26 tahun itu yang juga teman lelaki mangsa, ialah seorang anggota yang bertugas di sebuah balai polis di Perak.
"Ya saya sahkan dia seorang anggota polis dan bertugas di Perak," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Hussein berkata siasatan awal mendapati mangsa dibunuh di lokasi mayat ditemukan dan dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari lepas berdasarkan keadaan mayat yang telah mula mereput.
Susulan itu, polis telah mendapat perintah reman selama tujuh hari terhadap suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Selangor, pagi tadi.
Semalam, Hussein memaklumkan Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang Rabu lepas ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada 6 petang.
Mangsa yang berasal dari Miri, Sarawak merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan bekerja dengan sebuah syarikat kereta sewa di Tanjung Malim, Perak, dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2024

Hussein berkata lelaki berusia 26 tahun itu yang juga teman lelaki mangsa, ialah seorang anggota yang bertugas di sebuah balai polis di Perak. -Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Kes tembak: Ah Boy dipercayai ambil dadah sebelum lakukan jenayah
Penjenayah bersenjata yang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di sebuah bilik hotel di Pulau Ketam Selasa lalu, dipercayai menggunakan dadah sebelum melakukan jenayah.

Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.

Tiga yang maut pada konsert ambang tahun baharu disahkan akibat dadah - Polis
Ia berdasarkan laporan patologi diterima dan pihak polis masih menunggu laporan seorang lagi mangsa untuk melengkapkan siasatan.

Suspek kes tembak di Setia Alam sempat lakukan lima jenayah sebelum sembunyi di Pulau Ketam
Suspek sempat melarikan diri dari Klang ke Melaka, dan berada di sana selama lima hari sebelum berpatah balik ke Banting, dan dua hari lepas dikesan di Sabak Bernam.

Kes tembakan Setia Alam: Suspek mati ditembak polis di Pulau Ketam
Suspek kes tembak di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Shah Alam maut ditembak selepas berbalas tembakan dengan polis pada Selasa.

Penipuan pelaburan: Pesara rugi RM1.7 juta diperdaya 'Profesor'
Mangsa dijanjikan pulangan lumayan dan membuat 16 transaksi melibatkan enam akaun bank berbeza.

Insiden tembakan: Aaron Aziz segera ambil anak di SCM, sempat titip pesanan
Aaron Aziz memaklumkan anaknya juga salah seorang pengunjung di pusat beli-belah di Setia Alam, Shah Alam ketika insiden tembakan pada Sabtu.

Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek
Polis dalam usaha mengesan dan menangkap suspek yang juga mempunyai 11 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Mangsa insiden tembakan di pusat beli-belah Setia Alam stabil - KP Selangor
Mangsa kini ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan dia stabil.