KUANTAN:Polis menafikan dakwaan yang tular dalam media sosial hari ini kononnya Balai Polis Bentong, kira-kira 162 kilometer dari sini, ditutup kepada orang awam selepas seorang suspek yang ditahan disahkan positif COVID-19.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata operasi balai polis berkenaan berjalan seperti biasa, dan pihaknya telah melakukan proses sanitasi dengan kerjasama pihak bomba sebagai langkah berjaga-jaga.
"Proses sanitasi dijalankan sebaik sahaja kita mendapat keputusan ujian saringan suspek lelaki berumur 58 tahun yang ditahan pada Khamis positif COVID-19. Suspek juga telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAH) di Temerloh untuk rawatan.
"Sebagai langkah berwaspada, seramai 40 pegawai serta anggota yang dikenal pasti berada berhampiran suspek kini melaksanakan kuarantin kendiri dan akan menjalani ujian saringan dalam masa terdekat," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Zaiham berkata ketiadaan pegawai dan anggota terlibat bagaimanapun tidak menjejaskan perjalanan operasi dan urusan pentadbiran balai polis tersebut.
Beliau juga berharap orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak tepat yang boleh menimbulkan kebimbangan masyarakat, sebaliknya menyemak terlebih dahulu dengan pihak berkuasa.
Dakwaan yang tular itu menyebabkan ada penduduk Bentong ingin mendapatkan pengesahan dan lokasi balai polis berhampiran kononnya sebagai alternatif selepas balai polis itu ditutup.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 05 2020

Zaiham berkata ketiadaan pegawai dan anggota terlibat bagaimanapun tidak menjejaskan perjalanan operasi dan urusan pentadbiran balai tersebut.

Tiga rumah terjejas dalam kebakaran sebelum buka puasa di Tawau
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa penghuni yang sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting mereka.

Piala Esports Malaysia 2025 janji saingan sengit pasukan terbaik MLBB
Kejohanan itu diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia.

KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.

Suspek positif COVID-19, polis nafi Balai Polis Bentong ditutup
Polis menafikan dakwaan Balai Polis Bentong ditutup kepada orang awam selepas seorang suspek yang ditahan disahkan positif COVID-19.