Enam suspek dalam kejadian samun seorang wanita sehingga mendatangkan kecederaan di Wakaf Bharu, di sini pada 24 Mei lalu akhirnya berjaya ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Supt Ab Rashid Mat Daud berkata, kesemua suspek itu ditahan di beberapa lokasi di Tumpat serta Kota Bharu sejak penghujung Mei sehingga semalam.
Beliau berkata kesemua suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamin dan aktif melakukan samun, pecah rumah dan curi kenderaan.
"Polis percaya kesemua suspek ini mulai aktif sejak setahun lalu dan melakukan jenayah sekitar Tumpat, Kota Bharu dan Pasir Puteh.
"Berdasarkan rekod kesemua suspek termasuk seorang wanita yang berusia antara 24 hingga 38 tahun ini mempunyai 10 rekod jenayah kesemuanya," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Pilis Daerah (IPD) Tumpat, di sini, hari ini.
Ab Rashid berkata kes terbaru melibatkan kumpulan ini adalah kes di Wakaf Bharu pada 24 Mei lalu apabila empat suspek menyamun seorang wanita.
Katanya dalam kejadian itu, berdasarkan rakaman CCTV suspek dilihat menyentap beg tangan mangsa tetapi tidak dilepaskan sehingga mangsa diseret sejauh lima meter.
"Akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan di badan serta kaki selepas terseret di atas jalan.
"Sebelum kejadian itu, seorang daripada suspek menggunakan kad debit palsu mengisi petrol berjumlah RM178 di sebuah stesen minyak di Wakaf Bharu," katanya.
Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 19 2019
Kes samun yang dirakam kamera CCTV di Wakaf Bharu pada 24 Mei lalu tular di media sosial.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Polis temukan tulang manusia di Pantai Batu Buruk 2
Tulang tersebut ditemukan orang awam di kawasan semak di belakang kuarters jabatan kerajaan yang tidak dihuni.
Jawatankuasa Bencana Sarawak bakal bincang isu keselamatan kediaman lereng bukit - Uggah
Isu keselamatan kediaman di kawasan lereng bukit akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam masa terdekat.
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap
Menurut ketua pegawai eksekutif P2 Biotech, syarikat peneraju dalam inovasi teknologi pertanian, industri getah kini mampu dipacu secara lebih efisien menerusi kewujudan inovasi canggih yang mampu mengurangkan kebergantungan kepada bahan mentah tradisional dan meningkatkan produktiviti petani.
Pilih undang-undang yang mendesak, mampu beri impak positif - Pakar
Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Redza Zakaria, berkata, kerajaan perlu bijak memilih dan menilai undang-undang yang memerlukan perhatian segera, dengan memberi keutamaan kepada akta yang mampu memberi impak positif dalam tempoh singkat.
RUU tahanan rumah dijangka dibentang akhir tahun ini - Menteri Dalam Negeri
Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan tahanan di rumah dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi Parlimen penghujung tahun ini.
Bekas banduan samun wanita sedang tunggang motosikal
Kejadian samun dilakukan dua suspek bermotosikal dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di Kampung Ana, Tumpat pada Sabtu.
Lokap jadi lokasi berbulan madu pasangan pengantin baru
Lokap menjadi lokasi berbulan madu pasangan pengantin baru apabila mereka 'dicekup' dalam satu serbuan yang dilakukan anggota Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.
Cubaan ragut beg tangan, mangsa terseret lima meter
Dalam kejadian jam 10.40 pagi itu, mangsa yang berusia 57 tahun dan berasal dari Taman Tanjong Chat, dekat sini, didekati satu kenderaan jenis Proton Waja selepas membeli belah di pasar Wakaf Bharu.
Budak lima tahun lemas tergelincir dalam sungai di Tumpat
Abang mangsa terjun ke sungai dan mencari adiknya, namun gagal, seterusnya memaklumkan kepada orang kampung dan meminta bantuan bomba.