BATU PAHAT: Seorang lelaki nekad terjun ke dalam sebuah tasik di Jalan Bukit Pasir di sini, demi menyelamatkan nyawa tiga individu selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas dan terjatuh ke dalam tasik berkenaan.
Suzaini Mohd Sadali, 43, seorang penyelia kilang berkata ketika kejadian dia sedang memandu di sekitar tasik yang dikenali sebagai Tasik Merdeka, sebelum ternampak sebuah kereta di hadapannya terbabas dan terus terjunam ke dalam tasik yang merupakan bekas lombong bauksit.
"Saya kemudiannya memberhentikan kereta dan terlihat mangsa yang terdiri daripada dua wanita di sebelah tempat duduk pemandu dan penumpang belakang, berpaut pada badan kereta sambil menangis.
"Pemandu kereta merupakan seorang lelaki dan dia pula sudah terkapai-kapai. Bila nampak saya, dia menjerit minta tolong, saya terus terjun tanpa berfikir kerana tidak sanggup membiarkan mereka," katanya ketika dihubungi pemberita di sini pada Selasa.
Suzaini berkata dia berjaya membawa mangsa lelaki ke tepi tasik sebelum dua lelaki lain yang merupakan orang awam, membantu menyelamatkan kedua-dua wanita itu dengan menarik mereka ke tebing.
"Saya bersyukur kerana kesemua mangsa berjaya diselamatkan daripada lemas. Pengalaman ini sangat berharga buat saya. Saya memang tahu berenang, tidak sangka tasik ini terlalu dalam dan jika kesemua mangsa dibiarkan, mungkin mereka akan terus tenggelam," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu, daripada orang awam pada pukul 1.30 tengah hari Selasa.
BACA: Tiga terselamat, kereta terjunam ke dalam tasik
Beliau berkata siasatan awal mendapati kereta yang dipandu oleh seorang lelaki bersama dua rakan wanitanya, dalam perjalanan dari Tongkang Pechah menghala ke Batu Pahat.
"Apabila sampai di tempat kejadian, kereta itu hilang kawalan lalu terbabas dan terus masuk ke dalam tasik di sebelah kanan jalan, namun dengan bantuan orang awam ketiga-tiga mangsa sempat keluar sebelum kereta tersebut tenggelam.
"Kesemua mangsa yang berusia antara 25 hingga 28 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 kerana gagal mengawal kenderaan semasa memandu.
Terdahulu, tular beberapa keping gambar kejadian berkenaan di media sosial sehingga orang ramai memuji tindakan dan keprihatinan Suzaini, yang berani menggadai nyawa demi membantu menyelamatkan ketiga-tiga mangsa daripada lemas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 18 2023

Mangsa yang berjaya diselamatkan. - Foto media sosial

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.
Rombakan Kabinet reaksi Prabowo terhadap kegusaran rakyat
Rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilihat sebagai tindak balas kepada situasi sosio-ekonomi masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar yang menentang cadangan untuk menaikkan yuran pengajian.

Pencarian raksasa Loch Ness berakhir dengan kemungkinan kelibatnya nampak, tetapi tiada bukti
Dron yang dilengkapi kamera pengimejan haba masih berlegar di atas Loch Ness, tasik sedalam 230 meter pada waktu petang.

Bot terbalik di tasik, angka korban meningkat
Tragedi berlaku di Tasik Laguna, tenggara Manila, beberapa jam selepas Taufan Doksuri melanda utara Filipina.

Lelaki warga Nepal lemas, jatuh tasik ketika kutip bola golf
Seorang lelaki warga Nepal ditemukan lemas selepas disyaki terjatuh ke dalam tasik ketika mengutip bola golf di sebuah kelab golf di Kempas Lama di sini, pada Khamis

Separuh tasik, takungan air terbesar di dunia semakin mengering
Perubahan iklim dan penggunaan tidak mampan adalah punca utama kepada situasi tersebut.

Empat mayat dengan kesan tembakan ditemukan di Narathiwat
Polis telah mengenal pasti 10 suspek yang terlibat dalam kedua-dua kes ini.

Lelaki maut ditetak sebelum dihumban dalam tasik
Pemeriksaan mendapati terdapat tiga kesan tetak di bahagian kepala dan pergelangan tangan kiri mangsa yang hampir putus.

Suzaini nekad terjun, bantu mangsa terbabas ke dalam tasik
Ketika kejadian dia sedang memandu di sekitar tasik itu sebelum ternampak sebuah kereta di hadapannya terbabas dan terus terjunam.

Lelaki ditemui lemas selepas tergelincir dalam tasik
Seorang lelaki yang dipercayai tergelincir ke dalam tasik di Taman Bandar Puteri Hill Park, dekat sini, ditemui lemas pada Selasa.

Sarawak rancang tubuhkan Pihak Berkuasa Pelancongan Tasik - Abang Johari
Tasik buatan manusia itu merupakan sumber air yang boleh dijadikan tarikan pelancong.

Helikopter bawa 16 penumpang terhempas di Kamchatka, Rusia
Helikopter tersebut dilaporkan terjunam ke dalam tasik di hutan simpan Kronotsky.