Pandemik COVID-19 bukan sahaja mengancam kesihatan dan nyawa masyarakat, malah turut menjejaskan pelbagai sektor ekonomi termasuk pengusaha bas persiaran atau bas pelancong.
Dahulu mereka merupakan 'petugas barisan hadapan' yang membantu melonjakkan industri pelancongan tempatan dengan membawa pengunjung termasuk dari luar negara, ke tempat-tempat menarik di negara ini, namun sejak Disember lepas, nasib mereka mula berubah.
Wabak COVID-19 menutup serapat-rapatnya periuk nasi industri itu yang mempunyai lebih 10,000 bas persiaran, ditambah pula menghadapi tekanan hebat daripada syarikat kredit untuk membayar pinjaman kenderaan.
Pengarah WSF Travel and Tours Sdn Bhd, Wan Shairi Wan Ahmad mendakwa berikutan tiada moratorium pinjaman diberikan terhadap bas persiaran menyebabkan ramai tidak mampu bertahan, sehingga ada yang hampir muflis.
"Kalau boleh kita minta tolong MOF (Kementerian Kewangan) untuk menstruktur balik (pinjaman bank) syarikat bas pelancongan dengan interest (faedah pinjaman) yang rendah, satu hingga dua peratus.
"Bayangkan syarikat ini dalam tiga atau empat bulan boleh ditutup kerana sebuah bas kita perlu bayar RM12,000-RM13,000," katanya baru-baru ini.
Wan Shairi juga merayu kepada kerajaan supaya menggunakan perkhidmatan bas persiaran untuk menghantar pulang pelajar yang masih terkandas di universiti ke kampung halaman masing-masing.
Beliau mendakwa setakat ini tiada satu pun syarikat bas persiaran digunakan bagi tujuan itu, dan beliau meminta kerajaan membantu sektor berkenaan terutamanya menjelang Aidilfitri ini.
Sementara itu, Pengarah Dataran Travel and Tours, Abdul Aziz Ismail Gani berkata pihaknya menghadapi kesukaran kerana tidak mempunyai pendapatan ekoran permintaan terhadap perkhidmatan bas persiaran itu tiada langsung sejak penularan wabak berkenaan dalam negara.
"Susut nilai bas amat teruk. Kami nak jual pun tak ada orang nak beli bas kami. Kami terpaksa teruskan bayar hutang (kenderaan) sampai habis ikut jadual," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 06 2020

Kerajaan diminta supaya menggunakan perkhidmatan bas persiaran untuk menghantar pulang pelajar yang masih terkandas di universiti ke kampung halaman masing-masing. Gambar hiasan/ Bernama

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

13 cedera bas bawa pelancong langgar belakang treler
Sebanyak 13 penumpang termasuk pelancong dari Jepun cedera, apabila sebuah bas persiaran melanggar bahagian belakang sebuah lori.

Remaja rentung, bas pelancong bawa 28 penumpang terbakar
Bas berkenaan terbakar 100 peratus selepas melanggar sebuah motosikal yang terbabas lebih awal di lokasi kejadian

Dua maut, tujuh parah dalam kemalangan babitkan bas dan kereta
Jumlah yang menaiki bas tersebut adalah 22 individu termasuk dua yang maut iaitu pemandu bas dan penumpang wanita warga Indonesia.

Bas pelancong diingatkan sentiasa guna pemandu pelancong
Ini penting bagi memastikan pengusaha tidak dikenakan kompaun di bawah Akta Industri Pelancongan berkaitan.

Lima pelajar sekolah antara sembilan maut nahas dua bas
Mangsa maut termasuk lima pelajar sekolah, seorang guru dan tiga penumpang bas KSRTC.

Syarikat bas persiaran rayu bantuan kerajaan
Pandemik COVID-19 bukan sahaja mengancam kesihatan dan nyawa masyarakat, malah turut menjejaskan ekonomi dan punca rezeki pelbagai sektor ekonomi.

Bas pelancong di Jerman terbabas, 13 penumpang cedera
Tiga belas pelancong warga Poland cedera selepas bas pelancong dinaiki mereka terlibat dengan kemalangan di Jerman pada Sabtu.