ANKARA: Syarikat luar yang berhasrat menjadi pembekal aset ketenteraan Malaysia perlu bersedia untuk membantu negara ini membangunkan sektor tertentu bagi menyumbang kepada industri pertahanan tempatan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu sangat penting bagi negara ini membina keupayaan dan kemampuan dalam industri pertahanan supaya tahap kebergantungan Malaysia kepada negara luar bukan secara menyeluruh.
"Ini antara usaha yang kita lakukan. Betul kita akan buat pembelian (aset ketenteraan) tetapi kita tidak mahu ia berakhir dengan pembelian sahaja. Pokoknya, mana-mana syarikat yang akan dinamakan nanti, mereka perlu ada "roadmap" dan "milestone."
"Mindef (Kementerian Pertahanan) akan ukur sama ada berbaloi dan benar-benar memberi manfaat kepada perkembangan teknologi pertahanan negara," katanya pada sidang media selepas membuat lawatan industri di Turkish Aerospace Industries (TUSAS), di sini.
Mohamed Khaled dalam rangka lawatan rasmi ke Turki selama lima hari sejak Ahad.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Turki adalah antara negara yang bersedia untuk bekerjasama dan membantu Malaysia dalam soal membangunkan industri pertahanan tempatan.
"Kita dapat lihat kemampuan Turki kerana mereka berjaya menjual aset pertahanan buatan mereka kepada beberapa negara lain. Maknanya, mereka setanding dengan negara-negara pengeluar teknologi pertahanan dunia.
"Kelebihan Turki kerana mereka sanggup berkongsi serta memindahkan teknologi pertahanan kepada negara kita manakala pendekatan kita tidak semestinya mengeluarkan produk ataupun peralatan yang lengkap kerana kita boleh main peranan untuk menjadi pembekal kepada komponen-komponen produk berkenaan," katanya.
Semasa lawatan itu, para delegasi diperlihatkan dengan kemajuan teknologi pertahanan dipamerkan Turki dan negara di sempadan benua Asia dan Eropah itu sudah berada di dalam kelas yang tersendiri.
Kawasan TUSAS yang berkeluasan empat juta meter persegi dan mempunyai pelbagai kemudahan antaranya gudang pemasangan utama, tarmac dan landasan bagi jet pejuang untuk memudahkan urusan pasukan teknikal melakukan ujian serta hangar.
Delegasi Malaysia turut disajikan dengan persembahan pertunjukan udara mini melibatkan helikopter kombat dikenali sebagai T129 Atak buatan terbaharu TUSAS dan jet tempur ringan Hurjet yang melakukan aksi akrobatik memukau.
Mohamed Khaled berkata, pihaknya mempunyai cadangan supaya Malaysia juga dilengkapkan dengan helikopter kombat tetapi perkara itu belum dimuktamadkan.
"Memang kalau lihat kepada kajian Kertas Putih Pertahanan, negara memerlukan helikopter kombat, bukan hanya helikopter yang mengangkut barang dan juga anggota," katanya yang percaya apa jua keputusan yang bakal dibuat perlu mengikut kemampuan negara. - BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2024

Mohamed Khaled meninjau sebuah pesawat ketika mengadakan lawatan industri di Turkish Aerospace Industries (TUSAS), di Ankara. - Gambar Facebook Khaled Nordin
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PKPB: Ini SOP bagi petugas sektor pertahanan
Susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan pembukaan hampir semua aktiviti ekonomi bermula 4 Mei ini, beberapa garis panduan kesihatan dan keselamatan tetap perlu dipatuhi.