Tujuh syarikat telekomunikasi yang menandatangani Ikrar Mesra Pelanggan perlu mematuhi Kod Amalan Pengguna yang dicadangkan di bawah ikrar itu yang mengutamakan penyelesaian aduan dan kualiti khidmat pelanggan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.
Tujuh syarikat yang menandatangani Ikrar Mesra Pelanggan itu adalah Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Bhd, Telekom Malaysia Bhd, TIME dotcom Bhd, U Mobile Sdn Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd.
Kod Amalan Pengguna yang dicadangkan menggariskan bahawa 60 peratus daripada aduan yang diterima perlu diselesaikan dalam tempoh tiga hari bekerja; 90 peratus dalam tempoh lima hari bekerja; dan 95 peratus dalam tempoh 15 hari bekerja, katanya.
Ia satu penambahbaikan berbanding taraf sedia ada iaitu 90 peratus daripada aduan yang diterima perlu diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja, dan 95 peratus diselesaikan dalam 30 hari bekerja, katanya.
"Saya berharap dengan pelaksanaan ikrar ini, masalah yang dihadapi oleh pengguna perkhidmatan dapat ditangani dengan segera dan bilangan aduan pengguna berkaitan kualiti perkhidmatan akan berkurangan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tujuh syarikat berkenaan melalui ikrar itu berjanji untuk melaksanakan pelbagai penambahbaikan antaranya menyediakan mekanisme yang lebih telus kepada pengguna untuk menyemak status aduan; mempromosikan proses pengendalian aduan yang lebih senang diakses; dan membolehkan penyelesaian aduan yang adil dan berpatutan.
BACA: Kerajaan pastikan saluran manfaatkan peluang seiring IR4.0 - Gobind
Menurut Gobind, penggunaan perkhidmatan jalur lebar tetap meningkat sehingga 21.7 peratus dalam jangka masa enam bulan lepas melalui inisiatif di mana harga jalur lebar dikurangkan sehingga 49 peratus dan kelajuan ditingkatkan lebih dua kali ganda namun masih banyak aduan yang diterima mengenai perkhidmatan itu.
Menurut statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), lebih 18,000 aduan diterima mengenai masalah perkhidmatan jalur lebar pada suku akhir tahun 2018 manakala 14,000 aduan pula diterima pada suku pertama tahun ini.
Gobind berkata, Malaysia perlu membina satu sistem telekomunikasi digital yang kukuh dan bertaraf antarabangsa sekiranya hendak menjadi salah satu destinasi untuk menarik pelaburan asing bagi ekonomi digital yang bakal menjadi ekonomi yang besar di dunia dalam masa hadapan.
Dalam pada itu, beliau akan meminta SKMM untuk memantau semua aduan berkaitan perkhidmatan telekomunikasi dan kecekapan pihak penyedia perkhidmatan dalam menyelesaikan aduan-aduan itu menurut perjanjian itu.
"SKMM perlu memantau proses penyelesaian aduan yang dibuat dan memastikan bahawa janji ini dilaksanakan.
"SKMM berhak meletakkan syarat-syarat yang perlu melalui undang-undang sedia ada dalam bidang kuasanya untuk memastikan aduan ditangani dengan cepat dan cekap pada masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2019
Malaysia perlu membina satu sistem telekomunikasi digital yang kukuh dan bertaraf antarabangsa sekiranya hendak menjadi salah satu destinasi untuk menarik pelaburan asing bagi ekonomi digital. - Gambar hiasan
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan ditikam dalam rompakan di kediamannya
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Cip AI: Keperluan alternatif selain AS, China untuk kekal kompetitif
Malaysia menghadapi cabaran besar dalam usaha menjadi hab pusat data global, dengan kebergantungan kepada cip teknologi dari Amerika Syarikat dan konflik perdagangan antara AS dan China. Diversifikasi sumber teknologi dilihat sebagai langkah penting bagi memastikan pembangunan ekonomi negara tidak terjejas.
Permohonon diperkenan, Akhyar Rashid ucap terima kasih kepada TMJ
Akhyar Rashid, meluahkan penghargaan tak terhingga kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atas peluang dan kesempatan yang diberikan kepadanya.
Harapan baru atau sekadar sementara ?
Sejauh mana gencatan senjata ini mampu bertahan, dan apakah langkah-langkah seterusnya untuk memastikan keamanan berterusan?
Bagi menjawab persoalan ini, kita akan bersama seorang pakar, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban, Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) di Universiti Utara Malaysia.
Bagi menjawab persoalan ini, kita akan bersama seorang pakar, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban, Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) di Universiti Utara Malaysia.
[TERKINI] Keputusan pendakwaan Kes Tan Sri Muhyiddin Yassin
Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi memutuskan, kesemua tujuh pertuduhan merangkumi empat tuduhan salah guna kuasa dan tiga kes pengubahan wang haram yang dihadapi bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan dibicarakan secara bersama.
Warga emas ditahan miliki dadah lebih 2kg di Muar
Polis menahan seorang warga emas setelah menemukan dadah yang disyaki syabu dan heroin seberat lebih dua kilogram di Sungai Abong.
Polis keluar larangan kutip kerang di Pantai Dungun
Larangan dibuat selepas pihaknya menerima beberapa laporan mengenai aktiviti tersebut yang membahayakan individu terlibat.
'Ini kali pertama dalam karier tidak terima gaji tujuh bulan'
Mohd Amer tidak tolak kemungkinan dia dan rakan sepasukan akan membuat aduan rasmi kepada pihak sepatutnya jika masih tidak ada jalan penyelesaian.
KPDN Pulau Pinang terima 115 aduan berhubung minyak masak paket sejak Januari
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menerima 115 aduan berkaitan minyak masak bersubsidi dalam tempoh Januari sehingga 22 Dis lepas.
99 aduan pelupusan bahan buangan terjadual secara haram direkodkan - Nik Nazmi
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata daripada jumlah itu, 13 kes didapati mempunyai asas kukuh dan telah diambil tindakan penguatkuasaan.
Pemantauan pergerakan lori di seluruh negara diperketat
Menerusi aduan diterima, terdapat pemandu lori ini yang melanggar tempoh masa pergerakan dan membawa muatan berlebihan.
Pusat Respons Scam Kebangsaan terima 122,603 panggilan aduan sehingga Ogos 2024 - MOF
Berdasarkan aduan yang diterima itu, jumlah kerugian yang dialami mangsa adalah sebanyak RM371 juta.
Pendekatan terbaik kerajaan negeri selesai isu peniaga Cameron Highland - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kerajaan negeri sudah mengambil pendekatan terbaik dalam menyelesaikan isu 32 peniaga di Cameron Highlands.
Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris
Antara aduan adalah tentang kekurangan makanan tertentu, selain soal kualiti, termasuk kes daging mentah yang dihidangkan kepada atlet.
Kad akreditasi pemandu bas sedang diperinci - Loke
Kad akreditasi kepada pemandu dan pengusaha bas membolehkan mereka dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku aduan atau sesuatu insiden.
Pukul OKU: Buat aduan kepada IPCC sekiranya ragu siasatan kes - Azalina
Mana-mana pihak boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang diwujudkan untuk melindungi hak rakyat.
Kenaikan cukai taksiran relevan - MPAJ
Kenaikan cukai taksiran dilihat sangat wajar jika dibandingkan dengan tempoh kali terakhir MPAJ menyediakan Senarai Nilaian Baharu pada 1997.