KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini turut mempersoalkan pendirian sebenar Pas berhubung penganjuran festival Bon Odori di Kelantan pada 2018 dan 2019.
Dalam ciapan terbaharu di Twitternya, Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu berkata, sikap Kerajaan Pas di Kelantan yang membenar penganjuran festival tersebut di negeri itu, sebagai hipokrit.
Tegasnya lagi, tindakan Pas yang membantah penganjuran Bon Odori, dilihat mampu mengeruhkan hubungan yang terjalin selama ini dengan Jepun.
Awal hari ini Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Ahmad Hairy Yunus bertegas agar Kerajaan Selangor perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana syarikat yang membenarkan pekerja mereka terlibat dalam festival tersebut.
BACA: Sultan Selangor titah menteri hadir Festival Bon Odori, fahami beza agama, budaya
BACA: Umat Islam dinasihat tidak sertai Festival Bon Odori
Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mendapati Festival Bon Odori terdapat unsur-unsur keagamaan, dan menasihati umat Islam agar tidak terlibat.
Pandangan tersebut, bercanggah dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini bahawa Baginda tidak mahu festival tersebut dipolitikkan pihak tertentu, dan tidak mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad, menggunakan Jakim untuk mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat.
Pada Isnin, Idris dilaporkan telah menasihat umat Islam untuk tidak menyertai Festival Bon Odori di Stadium Shah Alam, kerana dikhuatiri program seperti itu dapat menjejaskan akidah dan keimanan.
Firdaus Azil
Sat Jun 11 2022
Presiden Muda itu berkata, sikap Kerajaan Pas di Kelantan yang membenar penganjuran festival tersebut di negeri itu, sebagai hipokrit. - Gambar fail
Perubahan iklim: Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
Malaysia menggesa negara anggota ASEAN mengambil pendirian yang lebih tegas dan bersatu dalam menangani isu perubahan iklim sempena pemegangannya sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan
Pencarian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pulapol Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.
[TERKINI] Taklimat media Khazanah Annual Review 2025
Ikuti taklimat media oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sempena Khazanah Annual Review (KAR) 2025 di Innovation Centre, Mercu UEM.
'Bukan main masukkan saja sesuka hati' - YB Masjid Tanah
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik & mempersoalkan kesahihan data kemasukan pelancong asing yang dinyatakan Menteri Pelancongan, Tiong King Sing dalam laporan media sebelum ini.
#AWANInews
#AWANInews
Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran KDNK 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif.
Khazanah Nasional catat untung operasi RM5.1 bilion pada 2024
Khazanah Nasional Berhad mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Sidang Dewan Rakyat kecoh, bilangan Ahli Parlimen tidak cukup korum
Sidang Dewan Rakyat kecoh susulan isu bilangan Ahli Parlimen yang hadir didapati tidak cukup korum pada sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, pada Rabu. #AWANInews
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
Tidak merokok dan bukan artis antara ciri lelaki idaman Bella Astilah
Andai demikian ciri yang disenaraikan, tentu sekali ahli politik tiada masalah untuk mencuri hati Bella kan?
Syed Saddiq peroleh pelepasan sementara pasport ke Singapura, Sabah
Syed Saddiq memaklumkan beliau akan kembali ke Kuala Lumpur pada 25 Jan dan memulangkan pasport kepada mahkamah pada 27 Jan ini.
Syed Saddiq tekad guna semua saluran untuk dapatkan peruntukan
Syed Saddiq tekad untuk menggunakan semua saluran yang ada termasuk diplomasi dengan kerajaan dan undang-undang bagi mendapatkan peruntukan untuk kebajikan pengundi di Muar.
Peruntukan dana Parlimen: Syed Saddiq gagal peroleh kebenaran semakan kehakiman
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tiga pihak lain gagal dalam permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
Syed Saddiq akan kemuka rayuan, mahu bersihkan nama di mahkamah
Syed Saddiq tegas memastikan namanya dibersihkan melalui proses keadilan di mahkamah.
Mengenang Tun Daim: Saya kehilangan mentor - Syed Saddiq
Pemergian Tun Daim Zainuddin memberi kesan bukan sahaja kepada pemimpin veteran tetapi juga pemimpin muda seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Pendapatan sebenar kumpulan T15 belum dimuktamad - PM Anwar
Kerajaan belum memuktamadkan golongan yang terkecuali daripada mendapat subsidi daripada kerajaan, termasuk subsidi minyak.
Parlimen: PM sambut baik cadangan Syed Saddiq tingkat bantuan golongan susah secara berkala
Cadangan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya meningkatkan bantuan kerajaan kepada golongan susah dibuat secara berkala mendapat reaksi positif daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Baru belajar berenang, Syed Saddiq layak ke Ironman Dunia
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bakal bertanding dalam Kejohanan Dunia Ironman yang bakal berlangsung di Nice, Perancis, tahun depan.