Ahli politik perlu mempunyai keikhlasan serta iltizam politik yang jujur untuk memberi rakyat kuasa memilih wakil yang berwibawa dan jauh dari menyalahguna kuasa dan fraud.
Presiden Persatuan Pemeriksaan Fraud Bertauliah Malaysia Datuk Seri Akhbar Satar berkata, kerajaan kini perlu segera mengkaji dan mengambil cadangan Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) demi kebaikan negara.
Jelasnya, paling penting penguatkuasaan dibuat tanpa mengira pangkat atau kepada mereka di peringkat bawahan sahaja.
"Paling mustahak sekali ialah penguatkuasaan, jika sekiranya kita kata ada undang-undang tetapi penguatkuasaannya tiada, atau penguatkuasaan hanya kita lakukan terhadap orang-orang rendah sahaja.
"Jadi ini hendaklah dilihat dan juga diteliti dengan jelas dan baik dan kita ambil contoh-contoh negara lain, supaya selain penguatkuasa ini yang melibatkan kewangan, tenaga dan juga kakitangan, kita akan memikirkan secara mendalam apakah kaedah-kaedah terbaik yang mampu kita buat agar sistem pilihanraya kita ini merupakan satu sistem pilihanraya ke arah demokrasi, bebas, adil dan telus," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Khamis.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC), Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman mengemukakan 49 syor reformasi pilihan raya dalam laporannya yang diserahkan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kata Ab Rashid, Muhyiddin ketika menerima laporan ERC itu di pejabat Perdana Menteri di bangunan Parlimen memberi jaminan untuk meneliti dan mengkaji kesemua syor yang dikemukakan.
Astro Awani
Thu Aug 27 2020
Jelas Akbar, paling penting penguatkuasaan dibuat tanpa mengira pangkat atau kepada mereka di peringkat bawahan sahaja. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Sebuah rumah, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Hulu Besut
Sebuah rumah dan tujuh kenderaan termasuk lima motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Gong Duek di Hulu Besut.
Rumah didiami lapan beranak musnah dijilat api
Ahli keluarga menanggung kerugian sebanyak RM100,000 termasuk kenderaan yang rosak dijilat api.
AWANI Pagi: APMM | Perisai samudera negara, perkukuh keselamatan maritim
Diskusi 8.30 pagi Isnin bersama Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim,Timbalan Ketua Pengarah (Logistik),
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengenai peranan agensi itu dalam memperkukuh kekuatan dan keselamatan maritim.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengenai peranan agensi itu dalam memperkukuh kekuatan dan keselamatan maritim.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan DXY yang meningkat.
Niaga hadapan MSM dijangka rendah minggu ini
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka rendah minggu depan dalam persekitaran prestasi eksport yang kurang memberangsangkan, kata peniaga minyak sawit David Ng.
Bursa Malaysia dijangka pulih, aktiviti dagangan meningkat minggu ini
Sentimen pasaran yang lebih baik dijangka menggalakkan pembelian saham berharga rendah, dengan FBM KLCI berpotensi pulih selepas dagangan perlahan minggu ini.
Adakah tarif Trump bakal cetuskan perang dagang global?
Ketegangan perdagangan semakin memuncak dengan tindak balas Mexico, Kanada, dan China terhadap tarif Amerika Syarikat. Bersama Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, kita kupas kesan dasar ini kepada ekonomi global, impak jangka panjang kepada A.S., dan bagaimana negara lain menyesuaikan strategi perdagangan mereka.
Mengapa FBMKLCI Menurun Walaupun Ekonomi Malaysia Kukuh? | Januari 2025
Pada Januari 2025, FBMKLCI mencatatkan penurunan sebanyak -5.20% walaupun terdapat laporan ekonomi yang menunjukkan daya tahan ekonomi Malaysia. Mengapa ini berlaku? Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada ketidaksepadanan antara data ekonomi dan prestasi pasaran? Sertai kami bersama Mohd Sedek Jantan, Ketua Penyelidikan Pelaburan di UOB Kay Hian Wealth Advisors, untuk membincangkan fenomena ini.
EPL: Amorim percaya 'perkara lebih baik akan tiba' di Manchester United
Keputusan itu menyaksikan Palace melonjak ke tangga ke-12, dan The Red Devils kekal di kedudukan ke-13.
Perbicaraan hari pertama kes abai Zayn Rayyan bermula hari ini
Seramai 15 saksi akan hadir memberi keterangan terhadap Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf.
Pelancaran buku Pilihan Raya - Demokrasi Malaysia: Teks penuh titah Sultan Nazrin
Pilihan Raya yang bebas dan adil membolehkan semua warganegara, parti, calon dan media menikmati hak asasi mereka.
Reformasi pilihan raya: 15 perkara utama perlu diperbaiki - Ab Rashid
Ia perlu dilaksanakan secara bersama supaya mempunyai impak lebih besar untuk memperbaiki sistem sedia ada.
Perkembangan syor ERC tersekat akibat pertukaran kerajaan, COVID-19
Ab Rashid mahu berjumpa kerajaan untuk bincang semula tindakan susulan syor mereformasi sistem pilihan raya yang diajukan pihaknya.
Tiba masa untuk semakan dibuat bagi tangguh pilihan raya ketika krisis - ERC
ERC menyambut baik jaminan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa PRK Batu Sapi akan diadakan segera apabila pandemik COVID-19 berakhir
Syor ERC: Ahli politik perlu ada keikhlasan serta iltizam jujur - Akhbar Satar
Ahli politik perlu mempunyai keikhlasan serta iltizam politik yang jujur untuk memberi rakyat kuasa memilih wakil yang berwibawa dan jauh dari menyalahguna kuasa dan fraud.
Ini 10 syor dikemuka ERC kepada PM
Pengerusi ERC, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman berharap kesemua cadangan itu akan dipertimbangkan dan dilaksanakan bagi memastikan amalan demokrasi melalui pilihan raya dapat dipertingkatkan.
ERC cadang badan bebas tentukan persempadanan pilihan raya
Badan khas itu penting bagi mengasingkan tugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sering berdepan pelbagai tohmahan.
Bekas pengerusi SPR bertanding di DUN Kota Lama
Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman sah bertanding sebagai calon Pakatan Harapan (PH) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama pada PRU14.