PUTRAJAYA: Kaedah subsidi pukal tidak mencapai objektif asas kerana kumpulan sasar yang sepatutnya dibantu tidak mendapat manfaat yang optimum, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Mengambil contoh Laporan Kajian Impak Program Subsidi Petrol dan Program Subsidi Diesel Sektor Pengangkutan Terpilih, Timbalan Perdana Menteri itu berkata, kumpulan T20 secara purata menggunakan RM399 sebulan bagi petrol RON95, manakala kumpulan B40 pula menggunakan RM243 sebulan hasil pemberian subsidi kerajaan.
Justeru, beliau menegaskan adalah tidak wajar untuk kerajaan meneruskan pendekatan yang disifatkan sebagai tidak adil kepada kumpulan sasar.
“Subsidi diesel yang sepatutnya memberi manfaat kepada nelayan atau pengguna untuk mendapat 'value for money' kepada perkhidmatan dan barangan yang mereka beli, telah turut disalahgunakan oleh pihak tertentu yang mengambil kesempatan.
“Kita tahu, disebabkan diesel disubsidi secara pukal, wujud ruang ketirisan yang telah menyebabkan mereka yang tidak bertanggungjawab menyeleweng dan menyeludup diesel di pasaran gelap,” katanya dalam teks ucapan yang dibaca oleh pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, hari ini.
Armizan membacakan teks itu ketika mewakili Ahmad Zahid merasmikan Simposium Kos Sara Hidup 2023 di Pusat Pameran dan Konvensyen, IOI City Mall, Putrajaya pada Selasa.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, kerajaan juga menanggung perbelanjaan yang semakin besar dalam peruntukan subsidi, di mana sebanyak RM91.9 bilion telah dibelanjakan pada 2022.
Bagi 2023 pula, beliau berkata peruntukan asal bagi keperluan subsidi sebanyak RM64 bilion, tetapi kerajaan mengunjurkan nilai tersebut mencecah RM 80.9 bilion berdasarkan perbelanjaan semasa.
“Senario berterusan sebegini tidak optimum dari sudut fiskal dan adalah wajar bagi kerajaan yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan bagi menambah baik kaedah penyampaian bantuan yang lebih bersasar kepada rakyat,” tambah beliau.
Dalam masa yang, beliau mengakui bahawa pelaksanaan subsidi bersasar bukan sesuatu yang mudah dan mempunyai cabarannya.
Ujar beliau, kerajaan perlu berhati-hati dalam melaksanakan penyasaran semula subsidi kerana ia akan memberi pelbagai kesan kepada pelbagai kumpulan masyarakat dan sektor ekonomi.
Selain itu, Ahmad Zahid memaklumkan sebelum pelaksanaan subsidi bersasar, kerajaan perlu
meneliti jangkaan secara langsung terhadap kenaikan kadar inflasi melalui Indeks Harga Pengguna (IHP).
Katanya, kadar inflasi dilihat semakin mereda pada awal tahun ini dan inflasi keseluruhan mencatatkan 1.8 peratus pada Oktober 2023.
“Dalam konteks ini, kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif dan mekanisme untuk meredakan keresahan rakyat dalam mendepani cabaran kos sara hidup yang mencabar.
“Kerajaan akan meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.
“Selain itu, kerajaan akan meneruskan pemberian rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan kepada isi rumah miskin tegar mulai 2024,” kata Ahmad Zahid.
Hasimi Muhamad
Tue Nov 28 2023
![T20 guna petrol RON95 purata RM399 sebulan - Ahmad Zahid T20 guna petrol RON95 purata RM399 sebulan - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701150752_ZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid menegaskan adalah tidak wajar untuk kerajaan meneruskan pendekatan yang disifatkan sebagai tidak adil kepada kumpulan sasar. - Gambar fail
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
MOF menjangkakan peruntukan itu akan dibelanjakan sepenuhnya tahun ini untuk melengkapkan kemudahan asas di kampung terbabit.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
![BMI jangka BNM kekalkan kadar OPR pada 3.0 peratus BMI jangka BNM kekalkan kadar OPR pada 3.0 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736263842_TBKualaLumpur.jpg)
BMI jangka BNM kekalkan kadar OPR pada 3.0 peratus
BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 3.0 peratus pada mesyuaratnya 22 Januari ini.
![[KOLUMNIS] T15: Mengapa kumpulan pendapatan ini masih misteri? [KOLUMNIS] T15: Mengapa kumpulan pendapatan ini masih misteri?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61730871276_TBKampungBaruKL.jpg)
[KOLUMNIS] T15: Mengapa kumpulan pendapatan ini masih misteri?
Daripada ahli Parlimen sehingga segenap lapisan masyarakat masih samar-samar dan tiada gambaran jelas siapakah T15.
![Mungkin guna MyKad, e-dompet salur subsidi RON95 - Amir Hamzah Mungkin guna MyKad, e-dompet salur subsidi RON95 - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730787855_MyKad.jpg)
Mungkin guna MyKad, e-dompet salur subsidi RON95 - Amir Hamzah
Mekanisme Mykad atau e-dompet mungkin akan diguna dalam penyaluran subsidi RON95 kepada rakyat yang layak.
![Teliti semula pengelasan pendapatan isi rumah bagi elak keciciran subsidi petrol Teliti semula pengelasan pendapatan isi rumah bagi elak keciciran subsidi petrol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729504587_tbBackbenchersClub.jpg)
Teliti semula pengelasan pendapatan isi rumah bagi elak keciciran subsidi petrol
Kerajaan diminta meneliti semula pengelasan pendapatan isi rumah bagi mengelakkan keciciran pemberian bantuan dan subsidi petrol, kata Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).
![Tarik subsidi petrol, kerajaan sedia berdepan reaksi awam - Rafizi Tarik subsidi petrol, kerajaan sedia berdepan reaksi awam - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729494426_PADU.jpg)
Tarik subsidi petrol, kerajaan sedia berdepan reaksi awam - Rafizi
Kerajaan bersedia berdepan reaksi awam berhubung komitmennya untuk menarik semula subsidi petrol mulai pertengahan 2025.
![Pertimbang semula tarik subsidi golongan T15 - Syed Saddiq Pertimbang semula tarik subsidi golongan T15 - Syed Saddiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729410400_TBSYEDSADDIQ.jpg)
Pertimbang semula tarik subsidi golongan T15 - Syed Saddiq
Kerajaan digesa untuk mempertimbangkan semula tindakan penarikan subsidi petrol, kesihatan dan pendidikan terhadap golongan T15.
![Petrol bersubsidi Malaysia masih dijual berleluasa di Thailand Petrol bersubsidi Malaysia masih dijual berleluasa di Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729151191_tbmenjualpetrolber.jpg)
Petrol bersubsidi Malaysia masih dijual berleluasa di Thailand
Kegiatan menjual petrol bersubsidi yang dipercayai diseludup dari Malaysia masih berleluasa di sekitar pekan Danok dan bandar Sadao, meskipun dikatakan tidak 'serancak' sebelum ini.
!['Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi' 'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714103836_bahanapijpg.jpg)
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
![T20 guna petrol RON95 purata RM399 sebulan - Ahmad Zahid T20 guna petrol RON95 purata RM399 sebulan - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701150752_ZahidHamidi.jpg)
T20 guna petrol RON95 purata RM399 sebulan - Ahmad Zahid
T20 purata guna RM399 sebulan bagi petrol RON95 - Ahmad Zahid
![Subsidi petrol: Memastikan sasaran subsidi tepat, elak ketirisan - Ahmad Maslan Subsidi petrol: Memastikan sasaran subsidi tepat, elak ketirisan - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698991826_TBAHMADMASLANjpg.jpg)
Subsidi petrol: Memastikan sasaran subsidi tepat, elak ketirisan - Ahmad Maslan
Ahmad menegaskan kerajaan akan terus berusaha mencari jalan meningkatkan pendapatan negara menerusi beberapa langkah konsolidasi fiskal.