JOHOR BAHRU: Seramai 36 murid dan guru berdepan detik cemas apabila Tadika Sri Orkid Jaya di Taman Bukit Tiram di sini terbakar pada Khamis.
Difahamkan kebakaran disedari di peringkat awal kira-kira pada jam 8.30 pagi sebelum guru dan murid-murid terbabit segera meninggalkan bangunan tadika tersebut.
Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Penguasa Bomba Kanan II Mohd Salleh Mohamed, semua murid dan guru terselamat serta tidak melibatkan sebarang kecederaan.
"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 8.38 pagi. Sekolah tadika tersebut beroperasi hari ini walaupun hari ini cuti umum.
"Susulan itu seramai lapan anggota dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Beliau berkata, kebakaran melibatkan rumah dua tingkat jenis struktur kekal berkeluasan 6x21 meter yang dijadikan tadika.
Menurutnya, kebakaran dapat dikawal dalam masa 10 minit dan operasi memadam kebakaran selesai pada 11.15 pagi.
Tambah Mohd Salleh, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Sementara itu, Pengurus Kanan Tugas-tugas Khas Karangkraf, Hashim Anang bersyukur kerana cucunya yang belajar di tadika berkenaan selamat.
"Syukur alhamdulillah semua selamat. Beg dan buku-buku murid hangus kerana tidak sempat diselamatkan," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 04 2023
Keadaan bangunan tadika yang terbakar. - Foto Sinar Harian
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
OpenAI lancar ejen AI automasi tugasan web 'Operator'
Operator boleh berinteraksi dengan sebarang laman web tanpa memerlukan API berasingan dan mampu membaiki sendiri kesilapan yang dilakukan semasa tugasan.
Simbah cat merah KK Supermart di UM, polis buru dua individu
Polis mengesahkan dua individu terlibat dalam insiden menyimbah cat ke atas sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM), pada Selasa.
JIM Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 14 pendatang tanpa izin dalam Op Sapu dan Kutip di enam tapak pembinaan di daerah Hulu Terengganu pada Selasa.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Pengarah Imigresen Negeri Terengganu Mohd Yusri Mohd Nor berkata tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Penganjur belum penuhi syarat - Ketua Polis KL
Penganjur Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang dijadualkan berlangsung esok di hadapan Kompleks SOGO dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, belum menghantar kembali notis perhimpunan yang lengkap kepada polis.
Tiada kenaikan yuran tabika, taska Kemas tahun depan
Ibu bapa diharapkan kekal tenang dan terus menjadikan premis Kemas sebagai pilihan utama dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Pendidikan seksual kepada kanak-kanak perlu dilaksana dengan kaedah mudah difahami
Kaedah pengajaran pendidikan seksual, terutamanya kepada kanak-kanak yang berusia antara lima hingga enam tahun perlu diterjemah dengan cara yang paling mudah difahami golongan itu.
Bapa maut ketika hantar anak ke tadika
Seorang lelaki yang dalam perjalanan menghantar anak ke tadika maut apabila kereta dipandunya terbabas ke dalam gaung berhampiran di Jalan Barat, Felda Keratong 4, Muadzam Shah di sini.
Polis tahan penganggur terlibat kes pecah tadika di Kulai
Seorang penganggur ditahan malam tadi selepas dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk sebuah tadika di Bandar Putra di sini pada Ogos tahun lepas.
Tadika terbakar, 36 murid, guru sempat selamatkan diri
Difahamkan kebakaran disedari di peringkat awal kira-kira pada jam 8.30 pagi sebelum guru dan murid-murid segera meninggalkan bangunan.
Ibu bapa buat laporan polis terhadap tadika selepas insiden anak terjatuh ke dalam kolam renang
Ibu mangsa, D Nilaveni, berkata dia dan suami telah membuat laporan polis sehari selepas kejadian.
Polis siasat dakwaan cubaan culik di tadika Bandar Baru Uda
Polis menyiasat dakwaan tular cubaan culik seorang murid sekolah tadika di Bandar Baru Uda.
Tadika musnah akibat serangan udara, tujuh terkorban
Tiga kanak-kanak antara yang maut namun jurucakap kerajaan persekutuan menafikan orang awam terbunuh dalam insiden itu.
Pengetua taska, tadika perlu mahir dalam pendidikan awal kanak-kanak
angkah itu penting bagi memastikan mereka mampu melakukan sesuatu perkara yang bermakna untuk generasi akan datang.
Tukang gunting ditahan, cuba culik wanita dan anak
Polis menahan seorang tukang gunting rambut kerana dipercayai cuba menculik seorang kerani wanita dan anak lelakinya di hadapan sebuah tadika, semalam.