Penularan pandemik COVID-19 ke atas sebilangan besar negara di dunia termasuk Malaysia telah menjejaskan ekonomi negara selain sektor pekerjaan.
Keadaan ini berlaku ekoran pihak pemerintah terpaksa mengambil langkah drastik menutup hampir kesemua sektor ekonomi serta operasi setiap sektor pekerjaan juga tidak dibenarkan kerana mahu membasmi penularan wabak baharu itu.
Kesan yang paling ketara berlaku selepas negara melalui proses pemulihan COVID-19 pula ialah peningkatan kadar kerisauan dalam kalangan rakyat berhubung masalah pengangguran.
Menurut kajian oleh firma penyelidik pasaran, Ipsos Malaysia, kadar kerisauan pengangguran yang dilakukan menerusi tinjauan atas talian terus meningkat pada 51 peratus sehingga Mei berbanding 42 peratus pada bulan April.
Angka berkenaan sekali gus memperlihatkan kadar kerisauan terhadap kehilangan kerja berada di kedudukan kedua tertinggi selepas kebimbangan terhadap wabak COVID-19 pada 74 peratus.
Kaji selidik firma itu turut mendapati, peratusan kebimbangan terhadap rasuah politik wang turut menunjukkan peningkatan daripada 30 peratus pada bulan April kepada 39 peratus sebulan kemudian.
Dapatan turut merekodkan kerisauan terhadap ketidaksamaan kemiskinan dan sosial berada di tangga keempat bersamaan 26 peratus pada bulan Mei berbanding 19 peratus pada April.
Bagaimanapun, tahap kerisauan rakyat terhadap jenayah dan keganasan serta kesihatan menunjukkan penurunan masing-masing 18 pada bulan Mei dan 11 peratus (April).
Rakyat Malaysia kurang pembelian isi rumah
Kajian Ipsos Malaysia juga mendapati rakyat Malaysia semakin kurang membeli isi rumah setiap bulan dan mencapai peratusan terendah pernah dicatatkan sejak 2018
Tinjauan yang sama mendapati, rata-rata rakyat Malaysia tidak selesa untuk membuat pembelian isi rumah dalam tempoh enam bulan lalu.
Bagi suku pertama tahun 2020 terus mencatatkan penurunan peratusan kepada 30 peratus sehingga Mei berbanding 34 peratus pada Februari.
Peratusan itu jauh lebih rendah berbanding pembelian isi rumah di 28 negara di rantau Asia Pasifik (APAC) yang turut mencatatkan penurunan sehingga kurang 40 peratus.
Trend yang sama didapati bagi pembelian isi rumah di peringkat global yang semakin menurun sehingga Mei pada tahap 40 peratus.
Fareez Azman
Mon Jun 01 2020
Kaji selidik Ipsos Malaysia mendapati tahap kerisauan pengangguran dalam rakyat Malaysia semakin meningkat pada 51 peratus sehingga Mei berbanding 42 peratus pada bulan April.
Masters Indonesia: Juara Terbuka Malaysia hantar Tang Jie-Ee Wei pulang
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kecundang di tangan Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dalam aksi rubber set di Kejohanan Badminton Masters Indonesia.
Warga emas didenda cederakan kakitangan Puspakom
Seorang warga emas didenda RM1,600 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan mencederakan kakitangan Puspakom minggu lalu.
Seorang maut, empat cedera dalam kejadian tembak di Pantai Morib
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang maut dan empat lagi cedera dalam satu kejadian tembak pada Jumaat.
Dokumen, barangan lelaki disyaki guna gelaran Datuk Seri palsu dirampas
Dokumen tertera gelaran Datuk Seri antara barangan dirampas dalam pemeriksaan ke atas sebuah premis rawatan Ayurveda yang dikendalikan seorang lelaki di Puchong.
'Saya banyak peroleh ilmu daripada juri' - Siti Nordiana syukur dapat sertai GV
Siti Nordiana sangat menghargai GV kerana platform tersebut banyak membantu dalam menghidupkan semula karier seninya yang sebelum ini suram.
MOTAC kaji naikkan sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026
MOTAC juga menetapkan sasaran untuk menjana sekurang-kurangnya RM150 bilion hasil daripada sektor pelancongan.
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir lima tahun
MAS mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan sedikit kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif dolar Singapura (S$NEER) tanpa mengubah lebar jalur dasar atau tahap pusatnya.
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Kadar faedah rantau APAC diunjur kekal tinggi tahun ini - Moody's
Moody's berkata, kadar faedah di beberapa negara mungkin akan dinaikkan sekali-sekala untuk mengawal tekanan inflasi yang tidak dijangka.
Kadar faedah AS dijangka terus meningkat tahun ini - S&P Global
Impak kadar faedah tinggi akan lebih dirasai pada separuh kedua tahun ini, yang akan mengakibatkan kelembapan ekonomi di rantau APAC, kecuali China.
Moody's kekal prospek penarafan stabil bagi 13 sistem perbankan APAC, termasuk Malaysia
Kekukuhan permintaan domestik akan memberi sokongan apabila keadaan pasaran kerja bertambah baik.
Malaysia antara lima negara APAC punyai e-mel berniat jahat tertinggi pada 2022 - Kaspersky
Lebih separuh daripada e-mel berniat jahat yang diedarkan di seluruh rantau Asia Pasifik (APAC) dikesan di lima negara termasuk Malaysia, ia didedahkan syarikat keselamatan siber global, Kaspersky.
Moody's kekalkan prospek stabil pada sistem perbankan APAC, termasuk Malaysia
Prospek stabil ini disokong oleh pemulihan makroekonomi dan keadaan operasi dalam ekonomi APAC, kualiti aset, modal dan kecairan bank.
Airbus sasar 40 tempahan helikopter baharu dari APAC termasuk enam dari Malaysia
Pengeluar dan penyedia penyelesaian helikopter, Airbus Helicopters menyasarkan untuk menerima 40 tempahan baharu dari rantau APAC tahun ini, termasuk jangkaan sehingga enam tempahan dari Malaysia.
Ekonomi Asia-Pasifik mendahului pemulihan daripada COVID-19 - Moody's Analytics
APAC kini mendahului pemulihan di peringkat global daripada COVID-19, didorong oleh langkah-langkah diambil mengawal pandemik itu.
Tahap kerisauan rakyat Malaysia terhadap pengangguran meningkat - Ipsos Malaysia
Menurut kajian selidik, Ipsos Malaysia, kadar kerisauan pengangguran yang dilakukan menerusi tinjauan dalam talian terus meningkat kepada 51 peratus sehingga Mei berbanding 42 peratus pada April.