BERA: Selepas dua tahun berehat akibat penularan COVID-19, kini 'sang singa' dapat kembali beraksi bagi memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina pada kali ini.
Antara yang teruja dengan dengan sambutan kali ini adalah pasukan Tarian Singa DAP yang kini kembali beraksi dengan melakukan tarian mereka dari rumah ke rumah sejak awal pagi tadi.
Menurut Ketua Wanita DAP Bahagian Bera, Leong Yu Man, walaupun pergerakan mereka terhad dengan hanya menerusi temujanji awal sahaja, sekurang-kurangnya semua penari dapat menggilap semula bakat mereka.
Menurutnya, jika tahun-tahun sebelum ini mereka boleh pergi rumah ke rumah tanpa had, sekarang hanya boleh melakukannya antara lapan hingga 10 buah rumah sahaja sehari.
"Apabila kami dibenarkan beraksi, kami telah membuka temu janji dan sehari tak boleh lebih dari 10 buah rumah sebab setiap rumah kami hadkan paling lama satu jam.
"Tapi itu pun dah memadai bagi kami kerana dengan kembalinya Tarian Singa ini secara tidak langsung memeriahkan perayaan Tahun Baharu Cina kali ini," katanya.
Yu Man yang juga ADUN Triang memberitahu, Tarian Singa ini adalah tradisi turun-temurun yang diamalkan dalam masyarakat Cina setiap kali menjelang musim perayaan ini.
Katanya, Tarian Singa dipercayai dapat memberikan tuah kepada seseorang sekiranya tarian itu dilakukan di rumah mereka kerana dikatakan dapat menghalau segala aura-aura negatif.
Berdasarkan kepercayaan masyarakat Cina dahulu, wujudnya raksasa yang kerap mengganggu kehidupan mereka dan Tarian Singa ini dipercayai dapat menghalau raksasa tersebut.
"Bukan sahaja tarian, tapi bunyi mercun juga mampu menakut-nakutkan raksasa itu. Sebab itu, setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina, kita selalu tengok memang akan ada tarian ini bagi memastikan seseorang itu terselamat dari gangguan-gangguan tersebut.
"Itu adalah kepercayaan kami, dan sehingga kini menjadi tradisi turun-temurun. Jadi, bila tarian singa ini kembali beraksi pada tahun ini, ia sememangnya menggembirakan masyarakat Cina di sini," katanya.
Bagaimanapun, katanya, setiap persembahan yang dilaksanakan adalah mengikut aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dititik berat sepanjang masa demi keselamatan ahli serta tuan rumah.
Azizah Shafiei
Tue Feb 01 2022
Ahli pasukan bersemangat memainkan peranan masing-masing bagi memastikan Muzik seiring dengan tarian. - Foto Astro AWANI
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan ditikam dalam rompakan di kediamannya
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Cip AI: Keperluan alternatif selain AS, China untuk kekal kompetitif
Malaysia menghadapi cabaran besar dalam usaha menjadi hab pusat data global, dengan kebergantungan kepada cip teknologi dari Amerika Syarikat dan konflik perdagangan antara AS dan China. Diversifikasi sumber teknologi dilihat sebagai langkah penting bagi memastikan pembangunan ekonomi negara tidak terjejas.
Permohonon diperkenan, Akhyar Rashid ucap terima kasih kepada TMJ
Akhyar Rashid, meluahkan penghargaan tak terhingga kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atas peluang dan kesempatan yang diberikan kepadanya.
Harapan baru atau sekadar sementara ?
Sejauh mana gencatan senjata ini mampu bertahan, dan apakah langkah-langkah seterusnya untuk memastikan keamanan berterusan?
Bagi menjawab persoalan ini, kita akan bersama seorang pakar, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban, Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) di Universiti Utara Malaysia.
Bagi menjawab persoalan ini, kita akan bersama seorang pakar, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban, Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) di Universiti Utara Malaysia.
[TERKINI] Keputusan pendakwaan Kes Tan Sri Muhyiddin Yassin
Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi memutuskan, kesemua tujuh pertuduhan merangkumi empat tuduhan salah guna kuasa dan tiga kes pengubahan wang haram yang dihadapi bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan dibicarakan secara bersama.
Warga emas ditahan miliki dadah lebih 2kg di Muar
Polis menahan seorang warga emas setelah menemukan dadah yang disyaki syabu dan heroin seberat lebih dua kilogram di Sungai Abong.
Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan
Polis Daerah Kajang menerima laporan berhubung kehilangan Yap Xin Yuan daripada keluarganya pada 2.15 pagi Jumaat.
Tarian singa jadi jambatan budaya antara China, Malaysia
Tradisi budaya tarian singa yang berasal lebih 1,000 tahun dahulu di China, kini menarik ramai peminat di Malaysia moden.
Malaysia-China meterai perjanjian pencalonan bersama tarian singa dalam UNESCO ICH
MOTAC berkata pemeteraian MoU itu akan mengukuhkan kerjasama antara Malaysia dan China dalam penggalakan dan pemasaran pelancongan.
Minat tarian singa sejak kecil - Siti Aishah
Minatnya semakin menebal apabila bapanya Mohd Farulnizam Mohd Fisah dan ibu serta seluruh keluarga memberi sokongan kepadanya.
Tahun Baharu Cina: 'Sang Singa' kembali beraksi
Selepas dua tahun berehat akibat penularan COVID-19, kini 'singa' kembali beraksi bagi memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina pada kali ini.
Keluarga Malaysia: Tarian Singa jadi milik masyarakat berbilang kaum
Minat yang mendalam mendorong Maizur menyertai Kelab Sukan Leong Sin sejak empat tahun lepas.
Penganjur pertandingan tarian singa dikompaun
Video tular yang memaparkan orang ramai berkumpul menyaksikan persembahan tarian singa sempena sambutan Tahun Baru Cina.
PKP: Banyak tempahan tarian singa dibatal - Penggiat
Kesemua tempahan mula dibatalkan sejak tiga hari lalu sebaik pengumuman penuh dikeluarkan pihak MKN.
Kerajaan buat kesilapan dalam SOP Tahun Baru Cina, dakwa Ti Lian Ker
Bagaimanapun, Naib Presiden MCA itu tidak menjelaskan tentang kesalahan berkenaan atau memberikan cadangan untuk diperbaiki.
Penari singa generasi muda komited pertahan warisan masyarakat Cina
Latihan tarian singa yang sukar bukan penghalang buat penari singa generasi muda untuk memelihara budaya tersebut.