Kedua-dua mereka duduk bersebelahan dalam satu sidang media pada 12 Januari lepas.
Dalam satu catatan hari ini, pengelola Facebook rasmi Tajuddin berkata Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd itu disahkan positif hari ini, selepas melakukan ujian saringan pada 19 Januari lepas.
“Pada mereka yang mempunyai kontak rapat dgn beliau eloklah melakukan ujian saringan COVID-19.
“Datuk Seri Haji Tajuddin memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan berterima kasih kpd semua pihak yang mendoakan beliau,” menurut catatan itu lagi.
Sumber Facebook datotajuddin.rahman
Dalam pada itu, anak kepada Tajuddin memberitahu Astro AWANI, bapanya kini masih berada di rumahnya di Bukit Damansara.
Tambahnya, Tajuddin tidak menunjukkan sebarang simptom namun selepas Mohamed Nazri disahkan poositif, beliau menjalani saringan semalam (Selasa) dan kemudian turut disahkan positif.
Selain Mohamed Nazri, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique juga disahkan positif COVID-19 semalam.
BACA: Nazri Aziz sah positif COVID-19: 'Saya okey, seronok duduk di hospital ni'
BACA: Halimah Sadique sah positif COVID-19