KUALA LUMPUR: Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Tajuddin Abdul Rahman akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini esok bagi memberi keterangan kepada polis berhubung siasatan rakaman video yang menunjukkan beliau tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan satu sidang media baru-baru ini.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah selepas pegawainya menghubungi pihak yang berkenaan.
Jelasnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 17 (1) Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2021.
“Esok hari kita akan panggil beliau memberikan keterangan kepada kita, kerana kita telah buka kertas siasatan di bawah Akta 342 bagi membolehkan kita untuk melengkapkannya dan seterusnya kita akan rujuk bahagian Pejabat Peguam Negara bagi memutuskan sama ada beliau akan dikompaun atau dituduh di mahkamah terpulang kepada siasatan kita nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas turun ke lokasi Op Pematuhan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AztraZeneca di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) siang tadi.
Justeru katanya pihak PDRM menasihati orang ramai agar terus mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Pada Selasa, Tajuddin dilihat tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media berkenaan kemalangan membabitkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT).
Dalam sidang media itu Tajuddin dilihat hanya mengenakan pelindung muka tanpa memakai pelitup muka.
Di bawah SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kegagalan memakai pelitup muka merupakan satu kesalahan.
Astro Awani
Wed May 26 2021

Dalam sidang media itu Tajuddin dilihat hanya mengenakan pelindung muka tanpa memakai pelitup muka. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [5 Mac 2025]

Penjawat awam P. Pinang terima 'duit raya' setengah bulan gaji atau minimum RM1,000
Pembayaran akan dibuat bermula 19 Mac ini membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM7.81 juta.

Mahkamah Narathiwat tentukan nasib Eda Ezrin, suami dan empat rakan esok
Sebelum ini, Eda Ezrin percaya dia akan dibebaskan dari Penjara Wilayah Narathiwat tidak lama lagi.
S&P 500: Prestasi setakat 5 Mac 2025
Gambaran menyeluruh Indeks S&P 500 disediakan oleh MarketWatch, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham-saham dalam Indeks Standard & Poor's 500 disusun mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman tentang corak prestasi pasaran. Setiap saiz saham mencerminkan permodalan pasaran (market cap), mencerminkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
Kuasa AI dalam rekaan: Pixlr saingi industri gergasi
Pembangunan bakat tempatan sehingga ke insentif kerajaan memainkan peranan penting dalam mengukuhkan ekosistem kecerdasan buatan (AI) Malaysia. Apakah strategi terbaik untuk memperkasakan industri ini, dan bagaimana Pixlr berperanan dalam membentuk masa depan AI dalam sektor kreatif?
Ketahui lebih lanjut bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pixlr Group, Warren Leow, dalam perbincangan eksklusif mengenai rekaan, inovasi, daya saing global, dan hala tuju AI Malaysia.
Ketahui lebih lanjut bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pixlr Group, Warren Leow, dalam perbincangan eksklusif mengenai rekaan, inovasi, daya saing global, dan hala tuju AI Malaysia.

Suami isteri maut, anak cedera, nahas dua kereta di Kuala Kurau
Dua yang meninggal dunia ialah pemandu berusia 59 tahun dan isterinya berumur 66 tahun manakala anak mereka yang cedera berusia 13 tahun.

Muhammad Darwisy ada masalah jantung sejak lahir - Baddrol Bakhtiar
Selain ibu, ayah dan dua orang kakak, Muhammad Darwisy yang berusia 12 bulan turut meninggalkan pasangan kembarnya, Dhiya Dinara.

Sidang kemuncak Arab di Kaherah terima pelan pembinaan semula Gaza sebagai inisiatif 'bersatu'
Kenyataan akhir sidang kemuncak menetapkan bahawa pelan dikemukakan oleh Mesir sebagai satu rancangan komprehensif Arab.

Wanita maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lok Bonu Sepanggar
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Rusuhan bersenjata, polis buru 20 suspek
ACP Raub Selamat berkata, insiden pada kira-kira jam 1.30 pagi itu membabitkan kira-kira 20 individu bersenjata cota besi dan kayu besbol.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Tajudin bimbang wujud sindrom ‘bisu’ dalam kalangan pemimpin UMNO
Pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dibidas kerana tidak berani bersuara untuk memperjuangkan masalah rakyat.

Saman fitnah: Mahkamah perintah Tajuddin bayar kos RM120,000 kepada Khalid dan KiniTV
Mahkamah Rayuan memerintahkan Tajuddin membayar kos RM120,000 kepada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abd Samad dan KiniTV Sdn Bhd.

Digantung UMNO: Tajuddin dakwa ada pihak cuba sabotaj rayuan
Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa ada pihak cuba melakukan sabotaj terhadap rayuan penggantungnya sebagai ahli UMNO.

Saya bukan salah seorang daripada 10 'warlord' UMNO sertai PN - Tajuddin
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan, tidak mungkin beliau akan meninggal UMNO yang telah disertainya sejak lebih 50 tahun lalu.

PRN: 'UMNO perlu dengar suara akar umbi, bukan pengampu' - Tajuddin
UMNO perlu mendengar suara akar umbi dan menunjukkan keikhlasan sekiranya mahu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan di enam buah negeri.

PRN: Tajuddin tidak berhasrat tanding wakili parti lain
Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak berhasrat untuk bertanding mewakili parti lain bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.

"Sombong!" - Tajuddin kesal, dihalang masuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Pasir Salak
Kekecohan tercetus pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak selepas Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dihalang daripada memasuki Dewan Besar Bandar Baru Felda Seberang Perak.

Tekad teruskan legasi cemerlang Tajuddin di Pasir Salak
Katanya, segala gerak kerja dan strategi yang diguna pakai sebelum ini akan terus dipraktikkan bagi memastikan UMNO kembali 'bernyawa'.