KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang ditamatkan khidmatnya serta-merta sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasana Malaysia Berhad (Prasarana) dilihat memasuki ibu pejabat UMNO, Menara Dato' Onn, di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Jumaat pagi.
Ahli Parlimen Pasir Salak itu yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO tiba di bangunan tersebut sekitar pukul 11.30 pagi.
Tujuan Tajuddin ke ibu pejabat parti itu bagi menghadiri mesyuarat dengan Sekretariat Pilihanraya UMNO berhubung persediaan parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sepertimana dikongsi beliau dalam Facebooknya.
Tajuddin sejak beberapa hari lalu menjadi tumpuan media termasuk pada pagi ini apabila beliau dilaporkan telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis.
Penahanan itu dikatakan bagi membantu siasaran berhubung dakwaan kes salah guna kuasa.
Beliau bagaimanapun, telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Berhubung penamatan khidmat Tajuddin dengan Prasarana, difahamkan tindakan itu diambil selepas sidang media dikendalikan beliau susulan insiden kemalangan dua tren LRT di ibu negara itu disifatkan tidak professional dan memalukan.
Tajuddin dimaklumkan keputusan yang dibuat oleh kerajaan itu oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada Rabu.
Sementara itu, seorang ahli keluarga terdekat Tajuddin memberitahu, pemimpin UMNO itu merancang untuk mengemukakan permohonan maaf secara terbuka terhadap tindakannya dalam sidang media itu yang mengguris hati banyak pihak.
“Beliau (Tajuddin) mengakui kesilapannya dalam sidang media tempoh hari dan mahu meminta maaf secara terbuka, namun begitu, semua itu bergantung pada situasi,” kata sumber keluarga Tajuddin kepada Astro AWANI hari ini.
Astro Awani
Fri May 28 2021
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengimbas kod aplikasi MySejahtera sebaik tiba ibu pejabat UMNO, Menara Dato' Onn, di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur pada Jumaat. - Gambar Facebook
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tajudin bimbang wujud sindrom ‘bisu’ dalam kalangan pemimpin UMNO
Pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dibidas kerana tidak berani bersuara untuk memperjuangkan masalah rakyat.
Saman fitnah: Mahkamah perintah Tajuddin bayar kos RM120,000 kepada Khalid dan KiniTV
Mahkamah Rayuan memerintahkan Tajuddin membayar kos RM120,000 kepada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abd Samad dan KiniTV Sdn Bhd.
Digantung UMNO: Tajuddin dakwa ada pihak cuba sabotaj rayuan
Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa ada pihak cuba melakukan sabotaj terhadap rayuan penggantungnya sebagai ahli UMNO.
Saya bukan salah seorang daripada 10 'warlord' UMNO sertai PN - Tajuddin
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan, tidak mungkin beliau akan meninggal UMNO yang telah disertainya sejak lebih 50 tahun lalu.
PRN: 'UMNO perlu dengar suara akar umbi, bukan pengampu' - Tajuddin
UMNO perlu mendengar suara akar umbi dan menunjukkan keikhlasan sekiranya mahu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan di enam buah negeri.
PRN: Tajuddin tidak berhasrat tanding wakili parti lain
Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak berhasrat untuk bertanding mewakili parti lain bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.
"Sombong!" - Tajuddin kesal, dihalang masuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Pasir Salak
Kekecohan tercetus pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak selepas Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dihalang daripada memasuki Dewan Besar Bandar Baru Felda Seberang Perak.
Tekad teruskan legasi cemerlang Tajuddin di Pasir Salak
Katanya, segala gerak kerja dan strategi yang diguna pakai sebelum ini akan terus dipraktikkan bagi memastikan UMNO kembali 'bernyawa'.
Tajuddin tolak penggantungan keahliannya
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menolak penggantungan keahliannya kerana berpendapat keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu dibuat berdasarkan tohmahan dan fitnah.