GERIK: Seorang lelaki berusia 38 tahun ditahan setelah melakukan khianat dan ugutan jenayah terhadap ahli keluarganya di Kampung Jagor dan Kampung Padang di sini.
Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada awal pagi Rabu, sebelum melakukan penahanan.
Beliau berkata, suspek bersama ibu bapanya telah pergi ke rumah kakaknya di Kampung Jagor pada jam 3.21 pagi dengan memandu dalam keadaan tergesa-gesa.
Lelaki itu kemudian bertindak melanggar dua buah tiang lampu solar di hadapan rumah tersebut.
“Hasil siasatan mendapati, apabila sampai ke rumah kakaknya, suspek bersama ibu dan bapanya telah turun daripada kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Pajero.
“Dia kemudian menepuk belakang ibu bapanya dengan berkata ‘Mak sokong apa aku buat, Abah sokong apa aku buat',” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Jelasnya lagi, perbuatan itu disebabkan suspek tidak berpuas hati tentang pembahagian harta milik ayahnya.
Akibatnya suspek telah merosakkan dua tiang lampu solar di hadapan rumah kakaknya.
Menurut Zulkifli lagi, suspek sebelum itu pulang ke rumah bersama ibu bapanya di Kampung Padang di sini dan sekali lagi bertindak memecahkan peralatan rumah.
Ini telah menyebabkan ketakutan kepada ibu bapanya.
“Bertindak atas maklumat, pada jam 3.30 pagi polis telah sampai di tempat kejadian dan menangkap suspek.
“Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” ujarnya.
Aida Aziz
Wed Jun 12 2024

Polis Daerah Gerik menangkap suspek pada jam 3.30 pagi Rabu untuk siasatan di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana khianat dan ugutan jenayah. - Gambar hiasan

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

Tak puas hati pembahagian harta, lelaki ugut keluarga ditahan
Polis Daerah Gerik menerima laporan berhubung perbuatan khianat dan ugut itu pada awal pagi Rabu, sebelum melakukan penahanan.

Lebih 70,000 kes pembahagian harta pusaka tertunggak
Penambahbaikan MyeTaPP adalah untuk memastikan pentadbiran tanah sentiasa relevan dengan mengambil kira keperluan semua pihak berkepentingan.

Jabatan Khas akan diwujudkan selesai tunggakan, pembahagian harta pusaka
Terdapat kira-kira 60,000 permohonan baharu berkaitan pembahagian pusaka diterima Bahagian Pembahagian Harta Pusaka setiap tahun.

Pembahagian harta pusaka tidak boleh sesuka hati. Peguam syarie kongsi 3 situasi
Faraid maksudnya ketetapan dan ia adalah ilmu tentang kaedah pembahagian harta pusaka.

Abang dihukum gantung, bersalah bunuh adik sendiri
Berikutan tidak berpuas hati dengan pembahagian harta, seorang lelaki tergamak menetak adik kandungnya dengan parang sebanyak 33 kali sehingga maut dan perbuatannya itu mendapat pembalasan apabila Mah