KUALA LUMPUR: Barisan pengurusan Harimau Malaya sendiri tidak menyangka, skuad kebangsaan akan mempamerkan prestasi hambar menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) sehingga diaibkan 4-0 di Stadium Zabeel, Dubai, pada awal pagi tadi.
Pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Yusoff Mahadi berkata, kehadiran 'nama-nama besar' bola sepak tanah air, dalam pasukan kendalian Tan Cheng Hoe itu meningkatkan keyakinan pihaknya untuk mereka mampu memberi tentangan kepada skuad 'The Whites' pada aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 itu.
Turun dengan harapan untuk sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri pada aksi tersebut, beliau mengakui terkejut melihat pasukan negara rebah pada 10 minit terakhir perlawanan, yang menyaksikan UAE menghukum dengan tiga gol dalam tempoh itu.
Beliau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, antara sebab skuad Harimau Malaya tidak dapat menampilkan aksi terbaik adalah disebabkan kekurangan keserasian antara pemain dan kelekaan ketika ghairah cuba mendapatkan gol penyamaan.
"Malangnya barisan pemain tengah dan serangan tidak begitu menonjol. Kualiti barisan pemain kali ini lebih baik berbanding sebelum ini, tetapi tidak mampu beraksi sebagai satu pasukan dan mengikuti taktikal jurulatih.
"Pemain seperti tidak menunjukkan kesungguhan yang kita harapkan dan beraksi dengan agresif. Kita akan buat bedah siasat dengan barisan jurulatih bagi mencari penyelesaian terbaik untuk tampil dengan semangat berlainan dalam dua aksi penting selepas ini," katanya ketika sidang media secara maya dari Dubai, hari ini.
Beliau berkata, kekangan masa untuk membuat persiapan menerusi latihan sebagai satu pasukan dan perlawanan persahabatan di sebalik pandemik COVID-19, turut memainkan faktor susulan prestasi hambar itu.
Pada aksi tersebut, penyerang berbisa UAE Ali Mabkhtout (min 18 dan 90+1) dan pemain naturalisasi dari Brazil, Fabio Lima (min 83 dan 90+2) masing-masing menjaringkan dua gol untuk memastikan kemenangan pasukan tuan rumah.
Yusoff, bagaimanapun, memberikan pujian kepada benteng pertahanan negara dan penjaga gol Mohd Farizal Marlias yang banyak mematahkan serangan berbahaya UAE, sebelum akur dengan kelebihan pasukan Timur Tengah itu.
"Kehadiran (pemain kacukan Belgium-Malaysia) Dion Cools juga menambah kekuatan di pertahanan," katanya sambil mengakui bahawa prestasi pemain pertahanan itu jauh lebih baik berbanding dua pemain naturalisasi Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi.
Dalam pada itu, beliau menafikan tanggapan bahawa dua pemain naturalisasi itu gagal kerana mereka masih belum cukup masa bersama skuad Harimau Malaya, sambil memberikan Mohamadou Sumareh sebagai contoh yang mengambil sedikit masa sebelum mempamerkan prestasi membanggakan bersama pasukan.
"Semalam de Paula hanya terlepas satu peluang, kita kurang mencipta peluang. Tak boleh harap untuk terus jaring gol dalam percubaan pertama apabila bertemu pasukan kuat seperti UAE, sekiranya dapat bermakna kita bertuah.
"Beliau banyak cuba bantu di tengah sehingga lupa tugas hakiki sebagai penjaring gol, apabila banyak main di tengah, lambat nak balik ke posisinya. Mungkin juga kepenatan kerana cuaca panas," katanya.
Selepas ini, Malaysia akan bertemu Vietnam pada Jumaat depan (11 Jun) dan Thailand (15 Jun) dalam baki saingan Kumpulan G itu. - BERNAMA
Bernama
Fri Jun 04 2021

Skuad kebangsaan tewas 0-4 kepada pasukan tuan rumah pada aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, awal pagi ini. -Facebook / Football Association of Malaysia

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.

Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.

Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.

Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.

Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.

Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.

'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.

Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.

Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.

Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.