Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan terdapat sindiket menculik kanak-kanak untuk penjualan organ.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata walaupun polis telah beberapa kali membuat kenyataan tidak wujud kegiatan sedemikian di Malaysia, berita palsu itu masih lagi ditularkan.
Menurutnya, polis memandang serius tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu dan menggesa masyarakat agar maklum bahawa pemindahan organ hanya boleh dilakukan secara sah oleh pakar perubatan dan bukannya sembarangan orang.
"Lebih-lebih pemandu van putih yang sering dikaitkan dengan kegiatan menculik kanak-kanak untuk tujuan mendapatkan organ mereka.
"Pemindahan organ juga hanya boleh dilakukan mengikut prosedur-prosesur pembedahan yang ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mazlan berkata, PDRM sekali lagi menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebar atau berkongsi maklumat palsu kerana tindakan tersebut bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi turut menjejaskan ketenteraman awam serta membangkitkan keresahan dalam kalangan masyarakat.
"Mana-mana individu yang dikesan menyebar berita palsu boleh disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian," katanya.
Astro Awani
Mon Jun 17 2019

Mazlan (gambar) berkata walaupun polis telah beberapa kali membuat kenyataan tidak wujud kegiatan sedemikian di Malaysia, berita palsu itu masih lagi ditularkan. -Gambar fail

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Tak wujud sindiket culik, jual organ di Malaysia - Polis
Walaupun polis telah beberapa kali membuat kenyataan tidak wujud kegiatan sedemikian di Malaysia, berita palsu itu masih lagi ditularkan.