KUALA LUMPUR: Ketika kisah peribadinya hangat didebatkan di media massa dan alam maya, Engku Emran Engku Zainal Abidin memilih berkongi rasa besar hatinya kerana sepanjang perjalanan hidupnya beliau ditakdirkan bertemu dengan tiga wanita hebat.
Ketiga-tiga wanita dimaksudkan beliau ialah tiga personaliti wanita yang pernah bergelar suri hatinya iaitu Erra Fazira dan Laudya Cynthia Bella dari Indonesia serta isterinya ketika ini, Noor Nabila.
Dalam hantaran di akaun di Instagram, Emran berkata, ketiga-tiga wanita membawa makna dan erti dalam kehidupannya.
"Saya selalu bertanya kepada Allah, kenapa Dia menemukan saya dengan tiga orang-orang hebat yang pernah menjadi menantu Mummy.
"Saya tak pernah keluar mencari mereka atau merancang untuk mengahwini mereka, namun mereka hadir ke dalam hidup saya dalam proses kerja dan jatuh cinta.
"Seorang daripada mereka (Erra) berikan seorang cahaya mata. Seorang lagi (Bella) perkenalkan saya kepada orang-orang hebat di Indonesia dan menunaikan haji bersama saya.
"Dan seorang lagi (Nabila), menjadikan saya anak yang lebih baik untuk Mummy. Jadi, itu semua takdir pertemuan kami," kata Emran dalam hantaran itu.
Dalam masa sama, Emran memaklumkan, dia berada dalam keadaan baik walaupun namanya kini dihambat kontroversi pergolakan rumah tangga bersama Noor Nabila dan dikatakan bakal bercerai.
"Saya terima banyak mesej daripada orang luar, kawan-kawan, rakan sekerja dan keluarga yang bertanyakan sama ada saya okay.
"Saya tahu anda semua risaukan keadaan saya mengenai 'sampah-sampah' yang bertebaran di alam siber. Saya tahu, ia kadang kala tak dapat dielakkan kerana cerita-cerita ini muncul tanpa anda cari.
"Apapun, saya ingin maklumkan bahawa saya okay dan begitu juga Aleesya," tulisnya.
Aleesya atau nama sebenarnya Engku Aleesya ialah cahaya mata tunggal Emran hasil daripada perkahwinannya dengan artis ternama Erra Fazira.
Engku Emran dan Erra Fazira bernikah pada 25 Oktober 2007 sebelum bercerai pada 18 Februari 2014.
Lelaki berusia 48 tahun itu juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella selama dua tahun, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Dalam hantaran sama, Emran juga berkongsi mengenai kerinduan beliau pada ibunya, Allahyarham Salmah Abu Bakar.
"Seperti yang selalu saya beritahu Mummy (ibu), kita tak dapat kawal orang menulis apa-apa mengenai kita, tapi, kita boleh kawal apa yang kita baca.
"Satu rahmat apabila Mummy tidak lagi dapat membawa cerita-cerita itu kerana dia sudah tidak ada, sebab saya tahu, dia akan sangat kecewa kalau masih ada dan membaca mengenainya.
"Sepanjang hayat Mummy, dia sentiasa membantu mereka yang memerlukan dan menyelamatkan banyak nyawa kerana dia pernah bekerja dalam bidang kesihatan," katanya.
Minggu lalu, media tempatan melaporkan, Noor Nabila mengumumkan, dia dan Engku Emran bakal bercerai dalam waktu terdekat selepas gagal menyelamatkan rumah tangga mereka yang dibina pada 19 Mac 2021.
Astro Awani
Mon Sep 25 2023

Kehadiran (dari kiri) Erra Fazira, Laudya Cynthia Bella dan Noor Nabila disifatkan Engku Emran membawa makna dan erti dalam kehidupannya.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Takdir pertemuan Engku Emran dengan tiga wanita hebat
Kehadiran Erra Fazira, Laudya Cynthia Bella dan Noor Nabila disifatkan Engku Emran membawa makna dan erti dalam kehidupannya.

Rumah tangga Bella, Engku Emran berakhir
Laudya Cynthia Bella mengakui,dia sudah lama berusaha mempertahankan rumah tangganya dengan Engku Emran.

Mula terima tawaran rancangan TV, Laudya Cynthia Bella sedia pindah Malaysia?
Selepas mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran Engku Zainal Abidi, pelakon Indonesia Laudya Cynthia Bella lebih kerap meluangkan masa melakukan pelbagai aktiviti di Malaysia.

Laudya Cynthia Bella buat doa selamat sebelum bergelar isteri Engku Emran
Pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella telah memuat naik foto mengadakan majlis doa selamat di akaun sosial Instagram peribadinya.

Kahwin Engku Emran September, Laudya Cynthia Bella jawab dengan senyuman
Pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella hanya tersenyum saat ditanya mengenai khabar angin yang mengatakan dia bakal berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 42.

Erra terkejut pujukan Engku Emran
Erra Fazira terkejut dengan tindakan bekas suaminya, Engku Emran apabila memuatnaik gambar anaknya dengan kapsyen seolah-olah mahu merujuk semula.