KUALA LUMPUR:Satu sindiket yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging tersebut dengan logo halal terbongkar pada Selasa.
Sinar Harian melaporkan taktik jahat kartel tersebut dibongkarkan dalam serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai.
Daging yang diimport dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina dibungkus semula dan diletak logo halal yang dicap di sebuah kilang di Ulu Tiram dan dijual di seluruh negara.
Menurut laporan Sinar Harian, hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) kartel berkenaan dipercayai menyamar sebagai syarikat pembekal daging sejuk beku telah menjadikan gudang berkenaan sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu yang kemudiannya akan ditampal pada kotak daging yang telah dibungkus semula itu.
Tindakan itu dibuat bagi menyakinkan pemborong di Malaysia kononnya bekalan daging sejuk beku itu diperoleh dari negara yang dibenarkan pengimportannya sebelum dipercayai diedar ke pasaran tempatan.
Operasi diketuai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu mendapati kartel terbabit mengupah pekerja warga asing bagi melakukan kerja pembungkusan semula dengan mereka diberi kemudahan asrama penginapan di situ.
Ketua Pengarah Maqis, Saiful Yazan Alwi berkata, dalam serbuan itu sebanyak 1,500 tan daging sejuk bernilai RM30 juta telah disita.
“Buat masa ini kita masih menyiasat lagi bagaimana daging sejuk beku yang kebanyakannya diseludup dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina boleh terlepas masuk,” katanya.
Operasi berkenaan turut disertai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor serta Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Saiful Yazan berkata, modus operandi sindiket terbabit adalah dengan mendapatkan stok daging sejuk beku dari luar negara sebelum dikatakan diseludup melalui Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.
"Bagi memastikan kegiatan penyeludupan terbabit berjaya, mereka (sindiket) dipercayai akan menggunakan dokumen palsu termasuklah borang Kastam, permit import, sijil halal atau pun resit bayaran.
"Bagi mengaburi mata pihak berkuasa pula, sindiket turut mengimport daging daripada sumber yang sah sebelum dibawa ke gudang terbabit di Senai," katanya.
Saiful Yazan berkata, setelah itu, daging-daging terbabit akan diletakkan di satu bahagian khas untuk disimpan.
Katanya, pemeriksaan lanjut juga mendapati daging yang dicurigai itu kemudian akan dibuat pembungkusan semula di dalam sebuah bilik yang dilengkapi mesin pemotong.
Difahamkan kerja-kerja pembungkusan itu dilakukan beberapa pekerja warga Bangladesh.
"Daging atau organ dalaman tersebut akan dimasukkan di dalam kotak sebelum ditampal dengan pelekat serta dicap dan dilabel seakan-akan daging terbabit adalah halal.
"Siasatan kita mendapati cap logo berkenaan ditempah dari sebuah premis percetakan di Ulu Tiram dekat sini. Malah, kita juga mengesan pembuatan pelekat yang dihasilkan sendiri di gudang berkenaan," katanya.
Astro Awani
Wed Dec 02 2020
![Taktik kartel seludup daging beku, guna cap halal palsu terbongkar Taktik kartel seludup daging beku, guna cap halal palsu terbongkar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81606891696_KASTAM.jpg)
Taktik jahat kartel tersebut dibongkarkan dalam serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai. - Foto Sinar Harian
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![PRCS salur bantuan 11 tan daging ke rakyat Gaza PRCS salur bantuan 11 tan daging ke rakyat Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718928238_PalestineRedCresce.jpg)
PRCS salur bantuan 11 tan daging ke rakyat Gaza
Sukarelawan PRCS di Tebing Barat juga melakukan proses penyembelihan dan pembungkusan daging sebagai persediaan untuk masuk ke Gaza.
![Malaysia yakin capai 50 peratus tahap sara diri sektor daging 2030 - Mohamad Sabu Malaysia yakin capai 50 peratus tahap sara diri sektor daging 2030 - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715669565_tbMohamadSabu.jpg)
Malaysia yakin capai 50 peratus tahap sara diri sektor daging 2030 - Mohamad Sabu
Negara yakin capai sasaran 50 peratus tahap sara diri (SSL) bagi sektor daging lembu menjelang 2030, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
![16,000kg daging segar dijual pada 'Program Mantai Rayo' Negeri Sembilan 16,000kg daging segar dijual pada 'Program Mantai Rayo' Negeri Sembilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650097137_dagingsegar.jpg)
16,000kg daging segar dijual pada 'Program Mantai Rayo' Negeri Sembilan
Kira-kira 16,000 kilogram daging pejal atau 160 ekor lembu disediakan untuk rakyat negeri ini sempena jualan 'Program Mantai Rayo Negeri Sembilan' menjelang sambutan Aidilfitri bulan depan.
![Kerajaan usaha tarik pelaburan asing, petani muda bagi tingkatkan pengeluaran daging Kerajaan usaha tarik pelaburan asing, petani muda bagi tingkatkan pengeluaran daging](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701817718_ChanFoongHin.jpg)
Kerajaan usaha tarik pelaburan asing, petani muda bagi tingkatkan pengeluaran daging
Pada masa ini negara hanya mampu menghasilkan sekitar 250,000 tan metrik daging setahun dan jumlah itu masih tidak mencukupi untuk penggunaan domestik.
![1 maut, 85 dijangkiti antraks di Yogyakarta, Indonesia 1 maut, 85 dijangkiti antraks di Yogyakarta, Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71688487222_Lembu.jpg)
1 maut, 85 dijangkiti antraks di Yogyakarta, Indonesia
Seorang disahkan meninggal dunia akibat antraks dan 85 yang lain didapati dijangkiti selepas mereka memakan daging yang dijangkiti di wilayah Yogyakarta, Indonesia, kata pihak berkuasa tempatan pada S
![Tip buat pesakit asma, gout, anemia yang ingin makan daging Tip buat pesakit asma, gout, anemia yang ingin makan daging](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41638860094_meat.jpg)
Tip buat pesakit asma, gout, anemia yang ingin makan daging
Selain enak dimakan, daging ini juga merupakan sumber protien yang baik untuk tubuh badan.
![Maqis serah daging sejuk beku kepada Penjara Penor Maqis serah daging sejuk beku kepada Penjara Penor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51625628497_ZamriHashim.jpg)
Maqis serah daging sejuk beku kepada Penjara Penor
Penyerahan membabitkan 34 karton daging kerbau sejuk beku dari India dengan nilai anggaran RM11,710.37 yang didapati tidak mematuhi prosedur pengimportan melalui Pelabuhan Klang Barat.
![JPV Perak nafi keluar larangan beli daging ekoran penyakit lembu JPV Perak nafi keluar larangan beli daging ekoran penyakit lembu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81622717997_LEMBU.jpg)
JPV Perak nafi keluar larangan beli daging ekoran penyakit lembu
JPV Perak tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan kononnya melarang pembelian daging ekoran penyakit lembu.
![Menjelang Aidilfitri: Kerajaan teruskan pelaksanaan harga maksimum daging lembu tempatan - KPDNHEP Menjelang Aidilfitri: Kerajaan teruskan pelaksanaan harga maksimum daging lembu tempatan - KPDNHEP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71620385459_AlexanderNantaLing.jpg)
Menjelang Aidilfitri: Kerajaan teruskan pelaksanaan harga maksimum daging lembu tempatan - KPDNHEP
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penetapan harga siling berkenaan iaitu RM34.00 sekilogram, dibuat secara seimbang hasil daripada kajian menyeluruh di semua peringkat.
![Tiada pencemaran COVID-19, Malaysia tidak sekat daging India Tiada pencemaran COVID-19, Malaysia tidak sekat daging India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61620046089_PENGGUNADAGING.jpg)
Tiada pencemaran COVID-19, Malaysia tidak sekat daging India
Malaysia belum memutuskan untuk menyekat kemasukan bekalan daging lembu dan produk berasaskan makanan dan ternakan yang dimport dari India kerana tiada kontaminasi jangkitan COVID-19 dilaporkan.