DUNGUN: Kementerian Pendidikan (KPM) kekal dengan pendirian untuk memulakan takwim persekolahan sesi 2022 pada Mac depan, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin.
Menurut Radzi, ketetapan untuk melanjutkan sesi persekolahan 2021 sehingga Februari tahun depan dibuat berdasarkan perbincangan dan penelitian yang mendalam.
Beliau menjelaskan, perkara itu juga dibincangkan dengan pelbagai pihak termasuk guru-guru, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di beberapa negeri, pengetua, guru besar, pakar dan juga persatuan perguruan dengan mengambil kira pelbagai aspek.
“Ketetapan ini telah mengambil kira pelbagai aspek dan memastikan supaya kita dapat gunakan sebaiknya tempoh bulan January dan Februari ini untuk memastikan anak-anak kita betul-betul bersedia sebelum mereka naik ke kelas berikutnya.
“Insya-Allah ketetapan ini kita akan teruskan dan kita yakin pendekatan ini memberi ruang yang cukup pada anak-anak kita untuk diasah dan dipastikan sekurang-kurangnya mereka dapat menguasai sekurang-kurangnya penguasaan minimum diperlukan sebelum mereka naik ke kelas berikutnya,” kata Radzi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau sesi persekolahan secara bersemuka di Sekolah Menengah Sains Dungun di sini, pada Ahad.
Sebelum itu, Radzi turut melakukan tinjauan di beberapa sekolah di sekitar daerah Kuala Terengganu dan Marang.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai ketetapan kementerian untuk memulakan takwim persekolahan bagi sesi 2022 pada bulan Mac depan yang menerima bantahan daripada segelintir pihak.
Sebelu ini, KPM memaklumkan sedang mengkaji kesesuaian untuk memulakan sesi persekolahan setiap tahun pada bulan Mac dengan sesi 2022 menjadi permulaan sebagai panduan.
Bagaimanapun, Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Selangor (Unisel), Prof Madya Gunasegaran Karuppannan berkata, anjakan tarikh permulaan persekolahan itu tidak wajar dibuat secara tergesa-gesa dengan penularan COVID-19 yang masih tidak menentu ketika ini.
Nur Fazlizai Ali
Sun Oct 03 2021

Datuk Radzi Jidin berbual dengan seorang pelajar Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Kuala Terengganu ketika meninjau sesi persekolahan secara bersemuka pada Ahad. - Gambar Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

COVID-19: Senarai berita palsu tular 10 pagi, 30 Mei - KKMM
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan mengeluarkan kenyataan berkaitan "Takwim Persekolahan" seperti yang tular melalui aplikasi WhatsApp.