KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip sebagai pemimpin yang berintegriti tinggi dan sentiasa memerangi rasuah.
Beliau berkata berikutan prestasi cemerlang itu, Talib diberi tanggungjawab sebagai menteri pertama yang mengetuai Kementerian di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Sarawak pada 2017.
"Ya, beliau diingati kerana memerangi rasuah di Sarawak dan kerana integritinya yang tinggi, saya memberi tugas kepada beliau untuk mengetuai sistem ombudsman di Sarawak," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat jenazah di Kompleks Tanah Perkuburan Islam Samariang di sini malam tadi.
Abang Johari berkata selepas mempertahan kerusi Jepak pada Pilihan Raya Negeri lepas, Allahyarham banyak menyumbang idea kepada pembangunan di Jepak Jaya yang terletak di bahagian Bintulu menerusi Lembaga Kemajuan Bintulu.
"Beliau menjadi penasihat untuk kerajaan negeri bagi melihat pembangunan di kawasan berkenaan...saya mewakili pihak kerajaan dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengucapkan takziah atas pemergian beliau," katanya.
Jenazah Talib, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang pada 10.30 malam.
Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba dari Pusat Perubatan Normah pada 7.55 malam untuk dimandi serta disolatkan di Kompleks Pusara Islam Samariang.
Turut hadir Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Premier Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.
Menurut Setiausaha Sulit Allahyarham, Ayu Sulaiman, Talib meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah pada 5.50 petang semalam akibat beberapa komplikasi seperti buah pinggang, hati, jantung dan kencing manis.
Arwah meninggalkan seorang balu, Datin Dr Zaliha Abdullah, dan empat anak serta empat cucu.
Talib merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak di bawah Parlimen Bintulu selama enam penggal sejak 1996.
Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Muda Pelancongan dan Warisan Sarawak serta Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2023

Abang Johari (kanan) melawat jenazah Allahyarham Talib di Kompleks Pusara Islam Samariang, Kuching, malam tadi. -- fotoBERNAMA

Izzah pecah rekod Asia, raih emas kedua di ATC 2025
Dalam perlumbaan final, Izzah mencatatkan masa 1 minit 6.229 saat (1:06.229s), memadam rekod Asia sebelum ini iaitu 1:07.137s.

Hatrik Mintah julang Kuching City, Kedah tumbang di Paroi
Mintah tenang menanduk masuk bola hantaran Tchetche Kipre yang terlebih dahulu terkena palang seawal minit ketiga.

Jepun kongsi teknologi pesawat canggih, kukuh kerjasama maritim dengan Malaysia
Pesawat Gulf V akan memainkan peranan penting dalam pengawasan maritim di perairan Asia Tenggara, termasuk perairan Malaysia.

Peningkatan hasil dan ladang perlu untuk tingkat pengeluaran minyak sawit - Mielke
Minyak sawit masih merupakan peneraju harga dan minyak sayuran yang paling dominan dengan jumlah eksport mencecah 55.4 juta tan.

Aset ATM di Sabah, Sarawak perlu diperkukuh, pastikan kedaulatan negara terjamin
Keutuhan dan keamanan wilayah khususnya di Sabah dan Sarawak adalah antara faktor yang paling penting seperti terkandung dalam dasar negara.

MOSTI lancar Pusat Kercerdasan Kuantum MIMOS pertama negara
MIMOS turut menandatangani perjanjian kerjasama dengan SDT Inc. dari Korea untuk menubuhkan Lembah Kuantum Malaysia, iaitu hab inovasi yang dinamik.

Presiden Prabowo lancar perkhidmatan bank bulion pertama Indonesia
Pengeluaran emas Indonesia telah meningkat daripada 100 tan kepada 160 tan setahun, kata Presiden Prabowo.

Malaysia, Thailand perhebat kerjasama pertahanan dan latihan ketenteraan
Negara-negara anggota ASEAN perlu menjadi kuat dan bersatu agar lebih banyak kerjasama dapat dilihat antara negara serantau pada masa depan.
PAC syor keperluan gabung MPN dengan badan pemikir lain
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan kerajaan melihat keperluan penggabungan atau kerjasama strategik antara Majlis Profesor Negara (MPN) dengan badan pemikir lain di negara ini seperti Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) serta agensi lain berkaitan.

Raja Salman luluskan pengedaran 1.2 juta naskhah al-Quran untuk Ramadan
Naskhah yang diedar disifatkan sebagai antara edisi terbaik dan dihasilkan dengan sangat teliti, mencerminkan dedikasi kepimpinan Arab Saudi.