BUTTERWORTH: Digelar burung tercantik di dunia, orang ramai kini berpeluang untuk menyaksikan sendiri pelbagai spesies burung merak di Taman Eko Burung Merak Perai di Taman Kimsar yang telah dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula 1 Jan lepas.
Terletak bersebelahan dengan Sungai Perai, Presiden Persatuan Rekreasi Burung Merak Eco Perai Pulau Pinang D. Paranthaman berkata projek tersebut bertujuan mewujudkan lokasi rekreasi percuma buat para pengunjung selain memberi pendedahan mengenai perbezaan burung merak.
"Dengan keluasan sekitar 0.3 hektar, Taman Eko Burung Merak mempamerkan burung merak albino, burung merak India, burung merak campuran Jawa dan Belgium, serta burung merak Pied dan Black Shoulder dari Sepanyol di dalam sebuah sangkar berkeluasan 25 x 75 kaki persegi.
"Selain itu, orang ramai juga boleh beriadah di tepi sungai dan kolam bunga teratai yang dibina bersama sangkar ini.
"Semuanya percuma...kita tidak akan mengenakan apa-apa bayaran supaya semua lapisan masyarakat boleh ke sini sambil beriadah dan menambahkan ilmu pengetahuan," katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata taman eko tersebut dibina di atas tanah milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Pihaknya turut menerima bantuan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk membina taman tersebut yang mencecah perbelanjaan sebanyak RM350,000.
Paranthaman tidak menolak hakikat bahawa beliau telah lama mengimpikan untuk membuka sebuah taman merak, malah beliau sendiri memiliki sebanyak 200 ekor burung merak yang dirawat di dalam makmal di kediamannya bagi menjaga kesihatan haiwan spesies unggas itu.
Terdahulu pada 2011, Paranthaman telah menerima 10 ekor burung merak yang dihadiahkan oleh bekas Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono sebagai tanda terima kasih atas khidmat dan pertolongannya dalam menguruskan bencana tsunami di Aceh.
"Setelah tsunami membadai tanah Aceh pada 2004, saya dan pekerja telah menguruskan lebih 188,000 mayat mangsa tsunami di sana. Saya berada di sana selama lebih empat bulan untuk kerja-kerja tersebut...bakti saya telah sampai ke pengetahuan bekas Presiden (Indonesia), jadi pada 2010, beliau hadiahkan burung merak kepada saya.
"Setelah itu, minat saya terhadap burung merak semakin mekar. Malah, pada 2013 saya sempat mengambil kursus tentang cara-cara pengendalian dan penjagaan burung merak di Bangalore Bird Sanctuary di India selama 10 bulan," katanya yang pernah bekerja di Kalimantan, Indonesia selama 11 tahun dalam sektor kelapa sawit.
Tambahnya, beliau kini sering dipanggil oleh pihak swasta dan pusat peranginan sebagai konsultan penjagaan burung merak di seluruh Malaysia.
Dengan pendapatan tersebut, ia dapat menampung kos bulanan penjagaan 200 ekor burung merak itu yang kini mencecah sekitar RM2,800.
Paranthaman juga memasang impian untuk menambah spesies burung merak di taman eko tersebut supaya generasi muda dapat melihat sendiri kepelbagaian burung merak yang wujud di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 04 2022
Orang ramai berpeluang menyaksikan pelbagai spesies burung merak di Taman Eko Burung Merak Perai di Taman Kimsar yang telah dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula 1 Jan lepas. -Gambar hiasan/Unsplash
Solskjaer tak minat bawa Marcus Rashford ke Besiktas
Solskjaer diumumkan sebagai pengurus baru kelab Turkiye itu minggu lalu.
WEF 2025: Leaving Asia's Comfort Zone
The rise of AI and other emerging technologies has the potential to catapult Asia-Pacific from the industrial era into the Intelligent Age, where the region will need to chart a new path outside the comfort of pursuing tried and tested growth models. What measures are necessary for countries in Asia to remain competitive and how can the region reap the benefits of this new era while leaving no country behind?
Unit Pansar raih kontrak pembinaan lebuh raya bernilai RM477.69 juta
Kontrak melibatkan reka bentuk dan pembinaan lebuh raya berkembar empat lorong, sepanjang 8.5km, termasuk dua jambatan, trek basikal, koridor utiliti.
Ringgit dibuka tinggi untuk hari ketiga berturut-turut
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS untuk hari ketiga berturut-turut, disokong oleh kemerosotan dalam DXY.
UCL: Raphinha watak penting kebangkitan Barcelona
Raphinha menyumbangkan dua gol ketika Barcelona menempah tempat ke pusingan 16 apabila bangkit daripada ketinggalan 1-3.
Cybersecurity Emerging Threats and AI's Double-Edged Sword
Explore the latest cybersecurity threats and the dual role of AI in both defending against and potentially exacerbating these risks. Rashish Pandey, Vice President of Marketing & Communications at Fortinet Asia & ANZ, delves into the complexities and future implications of AI in cybersecurity.
Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB
Vivy dan Fadzarudin mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara bersama.
UCL: Emery akui silap percaturan punca Aston Villa rebah
Wilfried Singo jaring gol tunggal pada babak pertama ketika Villa terlepas peluang untuk mengesahkan kelayakan automatik ke pusingan 16.
WEF2025: ‘Sustainomy’ Pendekatan Baharu Pembangunan Lestari di ASEAN
Pembangunan ekonomi yang lestari di rantau ASEAN memerlukan pendekatan unik dan bersesuaian dengan keperluan negara membangun. Dalam sesi perbincangan di WEF 2025, CEO BRANDi, Piyachart Isarabhakdee, berkongsi idea mengenai 'sustainomy' sebagai penyelesaian inovatif untuk memastikan pembangunan ekonomi dan kelestarian berjalan seiring. Editor Kanan Astro AWANI, Najib Aroff, mempunyai butiran lanjut.
Dua lemas ketika mandi di Pantai Bayu Impian
Dua ditemukan lemas sementara empat lagi terselamat ketika mandi di Pantai Bayu Impian.
Taman eko burung merak kini dibuka kepada orang ramai
Projek tersebut bertujuan mewujudkan lokasi rekreasi percuma buat para pengunjung selain memberi pendedahan mengenai perbezaan burung merak.