KUALA LUMPUR: Bagi warga kota yang rindu untuk beriadah sambil menikmati kehijauan alam semula jadi, pastinya pembukaan semula Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas disambut dengan senyum lebar.
Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia Datuk Mohd Ridza Awang berkata kawasan itu menjadi alternatif kepada masyarakat menjalankan aktiviti hujung minggu memandangkan perjalanan merentas negeri masih belum dibenarkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat.
Bagaimanapun, katanya pengunjung masih perlu terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk memasuki kawasan yang turut dikenali sebagai Paru-Paru Hijau Kuala Lumpur itu (The Green Lung of Kuala Lumpur).
"Selain perlu mematuhi penjarakan fizikal dan penggunaan pelitup muka, pengunjung hanya dibenarkan untuk melakukan aktiviti seperti 'jungle trekking' dan memerhati burung. Aktiviti perkhemahan dan berkumpulan beramai-ramai secara serentak tidak dibenarkan sama sekali," kataya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan Sistem Bayaran Permit Berkomputer yang dibangunkan dengan usahasama Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan (JPWP) dengan Bahagian Teknologi Maklumat Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM).
Sejak mengenakan bayaran masuk bermula 1 Jan tahun lepas, TERKL yang terkenal dengan tarikan utamanya seperti 'Titian Silara' (Canopy Walk) dan 'Bamboo Walk', merekodkan pungutan berjumlah kira-kira RM900,000 dengan purata pengunjung 15,000 orang sebulan.
Bayaran masuk yang dikenakan adalah RM10 (dewasa), RM1 (kanak-kanak) dan warga emas (RM1) bagi warganegara, sementara bagi bukan warganegara, kadar bayaran dikenakan sebanyak RM40 (dewasa), RM5 (kanak-kanak) dan RM40 bagi warga emas.
Sementara itu, katanya mulai esok juga Sistem Bayaran Permit Berkomputer akan diguna pakai pihak pengurusan, dan pengunjung hanya perlu memberikan kad pengenalanan sebelum 'wristband' diberikan sebagai berfungsi sebagai tiket masuk.
"Secara tidak langsung ia juga dapat menambah baik kaedah penjualan tiket di kaunter dan dapat mengelak ketirisan hasil dengan pemantauan maksimum melalui rekod berkomputer dan tranksaksi," katanya.
Terdapat tujuh denai hutan yang berlatar belakang suasana bandar seperti Denai Penarahan, Denai Jelutong, Denai Merawan, Denai Suboh, Denai Sindora, Denai Hopea, Denai Shorea dan Jambatan Gantung terdapat di TERKL.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 12 2021
![Taman Eko Rimba Kuala Lumpur dibuka semula bermula esok Taman Eko Rimba Kuala Lumpur dibuka semula bermula esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51615544381_TBVISITMALAYSIA.jpg)
Kawasan itu menjadi alternatif kepada masyarakat menjalankan aktiviti hujung minggu memandangkan perjalanan merentas negeri masih belum dibenarkan. - Gambar/ Bernama
Atasi kegagalan CEO GLC urus operasi - PM Anwar
Pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat milik kerajaan menggunakan sistem e-SelfAudit berasaskan kecerdasan buatan (AI) bertujuan menangani beberapa kelemahan seperti kegagalan mengurus dan menyelia operasi syarikat serta kerugian yang berterusan.
Tiga lelaki didakwa terlibat rusuhan, miliki pisau
Lelaki terlibat rusuhan, mengaku bersalah, memiliki pisau dan didakwa di Mahkamah Majistret
Tujuh jalan sekitar Batu Caves ditutup bermula 9 hingga 14 Februari
Sempena perayaan Thaipusam yang akan disambut 11 Februari ini, tujuh jalan utama sekitar Batu Caves yang berada di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak akan ditutup bermula 8 Februari ini hingga 14 Februari.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
Seorang PATI warga Indonesia dilaporkan meninggal dunia
Seorang lelaki warga Indonesia yang cedera akibat ditembak ketika menyerang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Tanjung Rhu, pada 24 Januari lalu meninggal dunia di Hospital Serdang pada Rabu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek sebelum ini menerima rawatan di hospital berkenaan dan dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek sebelum ini menerima rawatan di hospital berkenaan dan dilaporkan dalam keadaan kritikal.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Polis ingatkan bakal haji berwaspada tawaran visa mujamalah dan furada Polis ingatkan bakal haji berwaspada tawaran visa mujamalah dan furada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721713319_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Polis ingatkan bakal haji berwaspada tawaran visa mujamalah dan furada
Orang ramai terutama bakal jemaah haji diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan tawaran pakej visa mujamalah atau furada.
![Selepas kehilangan anak, pasangan bersyukur ditawarkan rawatan IVF TAFF Selepas kehilangan anak, pasangan bersyukur ditawarkan rawatan IVF TAFF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738848754_TBAZIZAHIVF.jpg)
Selepas kehilangan anak, pasangan bersyukur ditawarkan rawatan IVF TAFF
Pasangan suami isteri ini tidak menyangka penderitaan mereka mendapat perhatian istimewa Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
![Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738856163_pempengaruhscam.jpg)
Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
Pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nzahan dan Aras yang menghasilkan kandungan media sosial di Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia, rupanya berlakon mengenai kehilangan teman mereka di sebuah hutan.
Tumpuan Jumaat – 7 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Taman Eko Rimba Kuala Lumpur dibuka semula bermula esok Taman Eko Rimba Kuala Lumpur dibuka semula bermula esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51615544381_TBVISITMALAYSIA.jpg)
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur dibuka semula bermula esok
Bagi warga kota yang rindu untuk beriadah sambil menikmati kehijauan alam semula jadi, pastinya pembukaan semula Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas disambut dengan senyum lebar.