JOHOR BAHRU: Kesemua Taman Eko Rimba, Hutan Taman Negeri, trek pendakian dan laluan kenderaan pacuan empat roda (4x4) di dalam hutan simpan kekal (HSK) di Johor, dibuka semula kepada orang awam mulai Ahad ini.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) Datuk Salim Aman berkata orang ramai diingatkan sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan sekiranya terdapat perubahan cuaca atau keadaan persekitaran.
"Bagi trek pendakian dan laluan sukan lasak serta aktiviti di dalam HSK, perlu membuat permohonan permit memasuki hutan simpan di Pejabat Hutan yang berkaitan," katanya menerusi notis yang dimuat naik di Facebook rasmi jabatan itu.
Menurutnya Taman Eko Rimba terlibat adalah Sungai Bantang dan Taka Merloh di Labis; Gunung Pulai 1 dan Gunung Pulai 2 di Kulai; Gunung Belumut di Kluang; Soga Perdana di Batu Pahat; Panti di Kota Tinggi dan Gunung Arong di Mersing.
Trek pendakian pula adalah Gunung Arong dan Gunung Janing di Mersing; Gunung Chemendong, Gunung Gua Rimau dan Gunung Belumut di Kluang; Gunung Sumalayang, Gunung Muntahak, Gunung Panti Timur, Gunung Panti Barat, Batu Tenggek dan Pelepah Kiri @ Bukit Sisek di Kota Tinggi.
Selain itu, Gunung Banang, Gunung Moakil, Bukit Bindu, Bukit Inas, Bukit Botak, Bukit Payung dan Bukit Berdiri di Batu Pahat; Gunung Bekok di Segamat dan Gunung Pulai di Kulai juga merupakan trek pendakian yang dibuka kepada orang awam mulai Ahad ini.
Pada 17 Dis tahun lepas, JPNJ mengeluarkan arahan penutupan lokasi berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian atau kemalangan tidak diingini berlaku, berikutan musim tengkujuh.
Negara baru-baru ini dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, Gohtong Jaya, Selangor, membabitkan 92 mangsa dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2023
17 Dis tahun lepas, JPNJ mengeluarkan arahan penutupan lokasi berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian atau kemalangan tidak diingini berlaku, berikutan musim tengkujuh.- Foto forestry.gov.my
Malaysia tidak boleh miliki undang-undang lapuk untuk hadapi cabaran baharu - Anwar
Bercakap pada sesi taklimat media bertajuk “Unlocking ASEAN's Digital Future: Driving Inclusive Growth and Global Competitiveness" di Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025, perkembangan itu menuntut kerajaan memupuk peluang-peluang besar dalam kerjasama antarabangsa bagi menghadapi cabaran-cabaran berkenaan.
[TERKINI] Fadzaruddin mengaku tidak bersalah tuduhan salah guna dana pelaburan RM8 juta
Mereka didakwa dengan niat bersama telah secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik FashionValet Sdn Bhd iaitu dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta.
Dua pencipta kandungan wakili Malaysia dalam program 'ASEAN LIVE Creators for Change'
Program itu membuka peluang kepadanya untuk meningkatkan kesedaran mengenai bidang pendidikan lebih-lebih lagi melalui kerjasama serantau.
Trafik Tahun Baharu Cina dijangka cecah 2.6 juta sehari
Aliran trafik keluar dari ibu kota diramal memuncak antara 24 hingga 28 Jan, manakala pergerakan pulang dijangka meningkat pada 1 dan 2 Feb.
SPRM tahan reman dua anggota pasukan keselamatan disyaki kemuka tuntutan butir matan palsu
Kedua-dua suspek lelaki berusia 30 dan 40-an itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang Isnin ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM.
Liga Pro Saudi: Dua penyudah Cristiano Ronaldo cetus kemenangan Al-Nassr
Al-Nassr bergelut untuk memecahkan kebuntuan perlawanan sebelum sepakan voli Ronaldo terhasil pada minit ke-65.
PGA rampas kerbau disyaki diseludup dari Thailand
PGA Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan haiwan dengan penahanan sebuah lori yang membawa 11 kerbau di Kampung Repek.
Solskjaer tak minat bawa Marcus Rashford ke Besiktas
Solskjaer diumumkan sebagai pengurus baru kelab Turkiye itu minggu lalu.
WEF 2025: Leaving Asia's Comfort Zone
The rise of AI and other emerging technologies has the potential to catapult Asia-Pacific from the industrial era into the Intelligent Age, where the region will need to chart a new path outside the comfort of pursuing tried and tested growth models. What measures are necessary for countries in Asia to remain competitive and how can the region reap the benefits of this new era while leaving no country behind?
Unit Pansar raih kontrak pembinaan lebuh raya bernilai RM477.69 juta
Kontrak melibatkan reka bentuk dan pembinaan lebuh raya berkembar empat lorong, sepanjang 8.5km, termasuk dua jambatan, trek basikal, koridor utiliti.
Aktiviti Hutan Simpan Kekal, Taman Eko Rimba di Pahang ditutup
Penutupan sementara itu susulan musim tengkujuh yang dijangka berlaku bulan depan.
Taman eko rimba di bawah pengurusan JPNK ditutup sementara
Semua Taman Eko Rimba (TER), Hutan Taman Negeri (HTN) dan kawasan pendakian dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di bawah pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) ditutup sementara.
Banjir: Taman eko rimba, kawasan pendakian di N.Sembilan ditutup
Orang ramai dinasihatkan tidak mendekati semua kawasan hutan lipur dan kawasan pendakian buat masa ini sehingga dimaklumkan oleh pihak jabatan.
Taman Eko Rimba Gunung Pulai 1 ditutup akibat kencing tikus
Perintah penutupan itu adalah bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan agar kawasan berkenaan selamat bagi pengunjung.
Pengunjung kecewa air terjun Lata Meraung kini jadi keruh
Penduduk tempatan tidak menolak kemungkinan ada kegiatan pembalakan berlaku di sekitar kawasan air terjun itu.