MIRI: Jabatan Muzium Sarawak mensasarkan Taman Negara Niah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2024.
Pengarahnya, Tazudin Mohtar berkata ia akan menjadi lokasi kedua tapak warisan dunia selepas Taman Negara Mulu yang diisytiharkan pada tahun 2000.
Setakat ini dokumentasi telah dibuat dan akan dihantar kepada pihak UNESCO pada tahun depan untuk penilaian lanjut.
“Kita sasar dalam tahun depan kita akan hantar dokumen berkaitan untuk mengangkat Taman Negara Niah sebagai tapak warisan dunia kepada UNESCO.
“Selepas penilaian dibuat, Insya Allah jika semua berjalan dengan lancar, dokumen itu kukuh mungkin dalam 2024, Taman Negara Niah akan diisytiharkan sebagai tapak warisan baharu di Sarawak selepas Mulu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa meninjau persiapan Persidangan Antarabangsa untuk Pencalonan Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Dunia di Hotel Pullman Miri pada Ahad.
Persidangan itu katanya akan melibatkan penyelidik yang pernah menjalankan kajian dan kerja-kerja ekskavasi di Kompleks Gua Niah dan kawasan sekitarnya.
“Perkongsian yang diperoleh dalam persidangan ini akan digunakan untuk memperkukuhkan lagi dokumen pencalonan Taman Negara Niah kepada UNESCO yang turut merangkumi sektor budaya dan alam semula jadi,” katanya.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) Zolkipli Mohamad Aton berkata pihaknya komited memastikan ekosistem Taman Negara Niah itu konsisten dengan kriteria yang ditetapkan UNESCO.
Beliau percaya, penganugerahan status tapak warisan dunia itu akan mengangkat identiti sarawak sebagai lokasi pilihan komuniti arkeologi dan penyelidikan.
“Banyak perkara telah dilakukan untuk tujuan itu dan salah satunya penyediaan dokumen pencalonan yang setakat ini sudah memasuki fasa akhir.
“Taman Negara Niah dengan kompleks guanya merupakan salah satu kriteria yang harus dipandang serius dari segi nilainya yang bukan hanya memiliki makna yang besar kepada Sarawak, Malaysia tetapi masyarakat dunia kerana penemuannya melibatkan hasil arkeologi berusia antara 40,000 hingga 60,000 tahun.
Persidangan antarabangsa itu akan berlangsung selama empat hari bermula 5 hingga 8 September ini yang akan membabitkan beberapa sesi perkongsian kajian yang menyentuh budaya, pelancongan, alam semula jadi, dan komuniti.
Shafik Ahmad
Sun Sep 04 2022
Pengarah Jabatan Muzium Sarawak, Tazudin Mohtar berharap Taman Negara Niah akan diisytiharkan sebagai tapak warisan baharu di Sarawak selepas Mulu. - Astro AWANI
Dua pencipta kandungan wakili Malaysia dalam program 'ASEAN LIVE Creators for Change'
Ia peluang untuknya bagi meningkatkan kesedaran mengenai bidang pendidikan lebih-lebih lagi di Malaysia melalui kerjasama serantau.
Trafik Tahun Baharu Cina dijangka cecah 2.6 juta sehari
Aliran trafik keluar dari ibu kota diramal memuncak antara 24 hingga 28 Jan, manakala pergerakan pulang dijangka meningkat pada 1 dan 2 Feb.
SPRM tahan reman dua anggota pasukan keselamatan disyaki kemuka tuntutan butir matan palsu
Kedua-dua suspek lelaki berusia 30 dan 40-an itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang Isnin ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM.
Liga Pro Saudi: Dua penyudah Cristiano Ronaldo cetus kemenangan Al-Nassr
Al-Nassr bergelut untuk memecahkan kebuntuan perlawanan sebelum sepakan voli Ronaldo terhasil pada minit ke-65.
PGA rampas kerbau disyaki diseludup dari Thailand
PGA Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan haiwan dengan penahanan sebuah lori yang membawa 11 kerbau di Kampung Repek.
Solskjaer tak minat bawa Marcus Rashford ke Besiktas
Solskjaer diumumkan sebagai pengurus baru kelab Turkiye itu minggu lalu.
WEF 2025: Leaving Asia's Comfort Zone
The rise of AI and other emerging technologies has the potential to catapult Asia-Pacific from the industrial era into the Intelligent Age, where the region will need to chart a new path outside the comfort of pursuing tried and tested growth models. What measures are necessary for countries in Asia to remain competitive and how can the region reap the benefits of this new era while leaving no country behind?
Unit Pansar raih kontrak pembinaan lebuh raya bernilai RM477.69 juta
Kontrak melibatkan reka bentuk dan pembinaan lebuh raya berkembar empat lorong, sepanjang 8.5km, termasuk dua jambatan, trek basikal, koridor utiliti.
Ringgit dibuka tinggi untuk hari ketiga berturut-turut
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS untuk hari ketiga berturut-turut, disokong oleh kemerosotan dalam DXY.
UCL: Raphinha watak penting kebangkitan Barcelona
Raphinha menyumbangkan dua gol ketika Barcelona menempah tempat ke pusingan 16 apabila bangkit daripada ketinggalan 1-3.
Taman Negara Niah disasar jadi Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2024
Ia akan menjadi lokasi kedua Tapak Warisan Dunia UNESCO selepas Taman Negara Mulu yang diisytiharkan pada tahun 2000.