KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup Taman Tasik Metropolitan Kepong selama tiga hari bermula semalam hingga esok selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan.
Menurut hantaran Facebook DBKL, penutupan aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan itu juga susulan pelaksanaan sistem Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE).
"Pihak DBKL juga akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi arahan ini," demikian menurut hantaran itu.
DBKL berkata sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan premis termasuk bazar Ramadan yang disenaraikan di bawah sistem HIDE sebagai lokasi berisiko COVID-19 dalam penularan virus itu akan diarahkan tutup selama tiga hari.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 10 2021
Menurut hantaran Facebook DBKL, penutupan aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan itu juga susulan pelaksanaan sistem HIDE. - Gambar fail
Letupan kilang kimia: JAS siasat elemen cuai
Letupan kilang kimia: JAS siasat elemen cuai
Pantau Belanjawan: Strategi Malaysia tangkis cabaran global, perluas pasaran perdagangan
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, eksport mencecah RM1 trilion bagi empat tahun berturut-turut, meningkat 5.7 peratus kepada RM1.51 trilion. Import meningkat sebanyak 13.2 peratus tahun ke tahun kepada RM1.371 trilion, melepasi paras RM1 trilion bagi tiga tahun berturut-turut. Bersama Felo Bersekutu Kanan Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI) Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin membincangkan antara langkah yang diperlukan untuk memastikan pertumbuhan ini sejajar dengan objektif pembangunan mampan dan keupayaan ekonomi untuk terus bersaing di peringkat global.
AWANI Ringkas: Seorang mekanik ditahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trump ampunkan hampir 1,500 defendan serangan 6 Jan ke atas Capitol AS
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menandatangani perintah eksekutif untuk memberikan pengampunan kepada mereka yang didakwa atas serangan ke atas Capitol AS pada 6 Jan 2021.
Serah portfolio urusan padi, beras kepada NACCOL - MP Bukit Gantang
Beliau yakin dapat menyelesaikan isu ini dalam masa tiga bulan tanpa gangguan dari kementerian dan agensi lain.
Pekebun orang asli kerugian rm5,000 akibat serangan gajah liar
Serangan gajah liar musnahkan 1,000 pokok tanaman di Kampung Mendrod, Gua Musang. Pekebun alami kerugian RM5,000, bantuan pampasan disediakan melalui pejabat Ahli Parlimen.
STR Fasa 1 RM2.3 bilion disalur mulai esok - MOF
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan disalurkan mulai esok melibatkan peruntukan RM2.3 bilion.
Pukul anjing guna tukul besi, mekanik ditahan
Seorang mekanik ditahan kerana disyaki memukul seekor anjing peliharaannya menggunakan tukul besi di sebuah taman perumahan di Taman Ria, Ipoh.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dalam kenyataan berkata tangkapan ke atas lelaki berusia 42 tahun itu dilakukan setelah laporan polis dibuat oleh pengadu yang melihat rakaman video kejadian berkenaan di laman Facebook.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dalam kenyataan berkata tangkapan ke atas lelaki berusia 42 tahun itu dilakukan setelah laporan polis dibuat oleh pengadu yang melihat rakaman video kejadian berkenaan di laman Facebook.
UNI-MLC sambut baik peningkatan peruntukan PHEKS 2025
Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-Malaysia Labour Centre, Uni-Mlc) menyambut baik pengumuman peningkatan peruntukan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2025 sebanyak rm10 juta oleh Menteri Sumber Manusia, Yb Steven Sim Chee Keong.
Presidennya, datuk mohamed shafie bp mammal dalam satu kenyataan berkata langkah ini dilihat sebagai usaha penting oleh kementerian sumber manusia (kesuma) dalam memperkasa pergerakan kesatuan sekerja di malaysia melalui pelbagai inisiatif.
Presidennya, datuk mohamed shafie bp mammal dalam satu kenyataan berkata langkah ini dilihat sebagai usaha penting oleh kementerian sumber manusia (kesuma) dalam memperkasa pergerakan kesatuan sekerja di malaysia melalui pelbagai inisiatif.
Kementerian komunikasi perkenal "chat box" untuk semak kesahihan sebaran
Aplikasi "Chat Box" dalam WhatsApp akan bantu pengguna menyemak kesahihan teks, video, dan muat turun dengan pantas. Pelancaran dijangka dalam masa terdekat.
Taman Tasik Metropolitan Kepong ditutup tiga hari
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup Taman Tasik Metropolitan Kepong selama tiga hari bermula semalam hingga esok selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan.