JASIN: Kemudahan dan infrastruktur di kawasan Merlimau akan diperindah dan dinaik taraf dalam usaha menambah nilai produk pelancongan di negeri ini sebagai persediaan menjadi antara destinasi utama pelancongan sempena Tahun Melawat Melaka 2024.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh berkata usaha yang dilakukan itu secara tidak langsung dapat mempopularkan Merlimau sebagai pekan kecil di daerah Jasin yang menjadi laluan pintu masuk ke Melaka dari arah selatan.
"Antaranya projek Merlimau Bercahaya di Dataran Orang Kampung yang dinaik taraf dengan pemasangan lampu hiasan berwarna-warni dan keunikannya dilihat mampu menjadikannya tarikan baharu pelancong di kawasan gerbang selatan.
"Projek ini telah diusahakan menerusi pihak berkuasa tempatan dengan melibatkan tiga komponen pencahayaan di Dataran Orang Kampung, jalan masuk Merlimau dan bangunan lama bandar Merlimau," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Terdahulu, beliau mengiringi Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyempurnakan perasmian Merlimau Bercahaya dan Merlimau Berpeluh 5.0.
Mengulas lanjut, Muhamad Akmal yang juga Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri berkata satu gelanggang sukan melungsur papan selaju atau 'skateboard' yang pertama di negeri ini juga sedang dalam pembinaan.
Katanya, projek berhampiran Dataran Orang Kampung melibatkan peruntukan RM315,000 daripada kerajaan Persekutuan itu dijangka siap akhir bulan depan dan akan menjadikan kawasan berkenaan sebagai tempat riadah utama.
"Selain itu, kita juga sedang membangunkan aplikasi MyMerlimau bagi memudahkan pengunjung melihat dan memilih tempat pelancongan serta tempat makan menarik yang terdapat di situ.
"Dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau ini banyak tempat bersejarah dan menarik seperti Rumah Penghulu Natar, Makam Tun Teja, Perigi Portugis, kawasan pantai dan sebagainya selain kedai-kedai asam pedas Melaka yang boleh diketengahkan," katanya.
Muhamad Akmal berkata aktiviti pelancongan yang rancak di Merlimau itu dilihat dapat memberi limpahan rezeki kepada para peniaga sekali gus meningkatkan taraf ekonomi penduduk.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 29 2023

Usaha yang dilakukan itu secara tidak langsung dapat mempopularkan Merlimau sebagai pekan kecil di daerah Jasin yang menjadi laluan pintu masuk ke Melaka dari arah selatan. - Bernama
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

FAMA Melaka edar 6,000 kampit beras tempatan di tujuh lokasi Pasar Tani
FAMA Melaka akan melaksanakan jualan 6,000 kampit beras tempatan secara terus kepada pengguna di tujuh lokasi pasar tani di negeri itu.

Kanak-kanak lemas di homestay milik keluarga
Seorang kanak-kanak perempuan ditemui lemas ketika bermandi manda di kolam renang sebuah inap desa (homestay) di Kampung Pulai, Merlimau pada Ahad.

PRN Melaka: BN mahu hidupkan kembali pusat perindustrian Merlimau
Ekonomi rakyat, tangani banjir dan tempat reakreasi tawaran Calon Barisan Nasional N.27 DUN Merlimau, Dr. Muhammad Akmal Salleh.

Pelajar tahfiz cedera tercucuk kepala paip besi pada perut
BBP Jasin menerima panggilan pada pukul 8.42 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama-sama tujuh anggota dan tiba di lokasi kira-kira dua minit kemudian.

Melaka pastikan projek tebatan banjir di Merlimau dilaksanakan tahun depan
Peruntukan RM36 juta bagi melaksanakan projek tebatan banjir itu telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan pada 2017, namun sehingga kini projek berkenaan masih belum dilaksanakan.

Kawasan kilang pemprosesan ayam bebas daripada pencemaran
Polis mengesahkan kawasan kilang pemprosesan ayam di Merlimau Melaka yang mengalami kebocoran gas amonia semalam, bebas daripada sebarang pencemaran.

Bomba ambil langkah lepaskan gas ammonia ke udara
Datuk Tey Kok Kiew kerja-kerja pelepasan itu dilakukan bermula kira-kira pada pukul 10.00 malam dan dijangka mengambil masa selama 10 jam.

Kebocoran gas amonia, 9 pekerja kilang ayam dikejarkan ke hospital
Sembilan pekerja kilang pemprosesan ayam di Merlimau, terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas ekoran kebocoran gas amonia di kilang berkenaan.

Sakit jantung berlubang, gadis Melaka rayu bantuan kos pembedahan
Siti Nur Hashim, 22 tahun dari Merlimau, Jasin menghidap penyakit itu sejak lahir dan pernah menjalani pembedahan ketika usianya lapan tahun.

Pesawah subahat seleweng baja ditahan SPRM
Lelaki berusia 46 tahun itu ditahan pada pukul 8.30 malam di Pejabat SPRM Negeri Melaka selepas hadir untuk memberi keterangan, semalam.