GEORGE TOWN: Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB), selaku syarikat pe-ngendali perkhidmatan feri baharu Pulau Pinang, menawarkan diskaun 30 peratus kepada pengguna motosikal melalui pas bulanan mulai esok sehingga 30 Jun 2024.
PPSB, dalam kenyataan hari ini, mengumumkan kadar baharu tambang pas bulanan menerusi pendaftaran MyKad untuk pengguna motosikal adalah RM105 untuk 60 perjalanan iaitu bersamaan RM1.75 untuk satu perjalanan.
Pas bulanan semasa untuk pengguna motosikal adalah RM150 untuk 60 perjalanan bersamaan RM2.50 untuk satu perjalanan.
Sepanjang bulan ini, PPSB telah memantau dengan teliti komen dan kebimbangan orang ramai berhubung perkhidmatan feri Pulau Pinang.
"Sebagai tindak balas kepada maklum balas yang diterima, PPSB dengan pengesahan bersama Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC), Kementerian Pengangkutan (MOT) dan MMC Corporation Berhad (MMC) dengan sukacitanya mengumumkan satu inisiatif khas yang kami percaya akan memberikan keselesaan dan kemampuan kepada pelanggan feri kami," menurut PPSB.
PPSB memaklumkan a PPSB, PPC, MOT dan MMC memahami kepentingan menyelaras perkhidmatan feri dengan mod pengangkutan lain di Pulau Pinang.
Justeru, jadual perkhidmatan feri kini akan menyediakan perjalanan tambahan pada jam 11 malam setiap hari dari Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth.
"Pelarasan ini bagi menyelaraskan perkhidmatan feri dengan jadual tren perkhidmatan tren elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang tiba di Butterworth pada jam 10.22 malam.
"Ia akan memudahkan perjalanan pengguna bagi kedua-dua perkhidmatan awam itu," menurut kenyataan itu.
Minggu lalu, PPSB mengumumkan kadar tambang untuk perkhidmatan feri baharu di Pulau Pinang yang dikenakan kepada penumpang berkuat kuasa Khamis bermula pada harga serendah RM1 hingga RM2.50 sehala di PSAH dan Pangkalan Raja Tun Uda.
Tambang RM1 akan dikenakan kepada pejalan kaki yang berusia 12 tahun ke bawah manakala penumpang dewasa atau individu berusia 12 tahun ke atas dikenakan RM2 bagi sehala.
Selain itu, penunggang basikal yang menaiki feri juga akan dikenakan caj sebanyak RM2 manakala penunggang motosikal adalah sebanyak RM2.50.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2023
![Tambang feri: Diskaun 30 peratus untuk pengguna motosikal mulai esok Tambang feri: Diskaun 30 peratus untuk pengguna motosikal mulai esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694080298_PenangPort.jpg)
Sepanjang bulan ini, PPSB telah memantau dengan teliti komen dan kebimbangan orang ramai berhubung perkhidmatan feri Pulau Pinang. - Gambar fail
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Polis nafi keluarkan amaran halang Guan Eng naik feri Polis nafi keluarkan amaran halang Guan Eng naik feri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81609075843_FeriPulauPinang.jpg)
Polis nafi keluarkan amaran halang Guan Eng naik feri
Polis Pulau Pinang hari ini menafikan mengeluarkan amaran menghalang bekas Ketua Menteri Lim Guan Eng daripada menaiki perkhidmatan feri yang tidak lagi akan membawa kenderaan empat roda bermula esok.
![Hanya orang 'Tanjong' dan 'Bagan' saja yang tahu sedihnya Hanya orang 'Tanjong' dan 'Bagan' saja yang tahu sedihnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51609053341_FeriPulauPinang.jpg)
Hanya orang 'Tanjong' dan 'Bagan' saja yang tahu sedihnya
Kalau operasi feri ni dihentikan atau tukar, memang sedih la.
![Feri Pulau Pinang: Berbaloikah kekalkan nostalgia dengan kerugian RM24 juta setahun? Feri Pulau Pinang: Berbaloikah kekalkan nostalgia dengan kerugian RM24 juta setahun?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-08/81566553518_TBFERIPULAUPINANG.jpg)
Feri Pulau Pinang: Berbaloikah kekalkan nostalgia dengan kerugian RM24 juta setahun?
Tidak masuk akal apabila jika berdegil dan bertegas untuk perkhidmatan Feri Pulau Pinang dikekalkan semata-mata kerana rasa nostalgia.
![Jangan bersedih! Perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan Jangan bersedih! Perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51608045948_feripulaupinang.jpg)
Jangan bersedih! Perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan
Perkhidmatan feri Pulau Pinang dilaporkan akan dihentikan bermula 1 Jan depan dan digantikan dengan bot penumpang laju
![Bot laju ganti feri Pulau Pinang bermula 1 Januari 2021 Bot laju ganti feri Pulau Pinang bermula 1 Januari 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51608021332_TBPENANGNEWFERRY.jpg)
Bot laju ganti feri Pulau Pinang bermula 1 Januari 2021
Bot laju baharu yang akan diperkenalkan itu digunakan untuk membawa penumpang pejalan kaki sahaja.
![Feri Pulau Pinang dinaik taraf tahun depan Feri Pulau Pinang dinaik taraf tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/81566553518_TBFERIPULAUPINANG.jpg)
Feri Pulau Pinang dinaik taraf tahun depan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memberi komitmen bahawa projek menaik taraf sistem perkhidmatan feri Pulau Pinang akan mula dilaksanakan mulai tahun depan.
![Isu feri: Kerajaan Pulau Pinang ulang tawaran ambil alih operasi Isu feri: Kerajaan Pulau Pinang ulang tawaran ambil alih operasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/51359621832_295x200.jpg)
Isu feri: Kerajaan Pulau Pinang ulang tawaran ambil alih operasi
Kerajaan DAP Pulau Pinang mengulangi tawarannya untuk mengambil alih perkhidmatan feri di negeri itu dalam usaha mengelak masalah kenaikan tambangnya.
![Sudahlah yang guna feri tu orang susah, kenapa nak naikkan tambang - Musa Sudahlah yang guna feri tu orang susah, kenapa nak naikkan tambang - Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-02/61424238927_295x200.jpg)
Sudahlah yang guna feri tu orang susah, kenapa nak naikkan tambang - Musa
Cadangan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) untuk menaikkan harga tiket feri dilihat bakal menyusahkan rakyat terutama golongan sederhana dan bawahan di negeri itu.
![Tambang feri Pulau Pinang bakal naik? Tambang feri Pulau Pinang bakal naik?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-02/71424231985_295x200.jpg)
Tambang feri Pulau Pinang bakal naik?
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) bercadang membuat semakan tarif bagi perkhidmatan ferinya.