KUALA LUMPUR: Senario sama berulang lagi apabila tambang tiket penerbangan melambung berlipat kali ganda setiap kali menjelangnya sambutan Aidilfitri.
Syarikat penerbangan komersial tempatan yang menyediakan laluan dari ibu negara ke Kota Kinabalu dan Kuching, semasa bukan musim perayaan hanya mengenakan tambang antara RM200 dan RM300 bagi penerbangan pergi balik.
Bagaimanapun, tinjauan Bernama di laman web syarikat penerbangan komersial baru-baru ini menyaksikan harga tiket ke Sabah dan Sarawak antara minimum RM468 dan maksimum RM4,124 (pergi balik), terutama pada tempoh menjelang dan selepas Aidilfitri (18 hingga 26 April), iaitu peningkatan sekurang-kurangnya 156 peratus hingga 1,374 peratus.
Penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM), Jennisey Sarafinx, 23, berkata beliau telah membeli tiket penerbangan seawal Februari lepas untuk mendapatkan tambang yang berpatutan, selain sebagai langkah berjaga-jaga bimbang kehabisan tiket.
"Saya beli tiket Malaysia Airlines dan terpaksa bayar hampir RM1,000 bagi penerbangan pergi balik antara Alor Setar dan Kuching," katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu, sambil berharap kerajaan membantu mengawal tambang penerbangan terutama bagi pelajar.
Bagi peniaga dalam talian, Rohayu Nasir, 36, pula berkata beliau membayar kira-kira RM3,200 bagi penerbangan pergi balik (RM800 seorang) antara Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu untuk pulang beraya.
"Jumlah yang saya perlu bayar hampir dua kali ganda berbanding ketika hari biasa, tetapi memang sudah dijangka kerana saya baru beli tiket ini bulan lepas. Bagi saya dan keluarga, peningkatan tambang tiket penerbangan menjelang musim perayaan tidak menjadi masalah asalkan kami dapat menyambut hari raya bersama saudara-mara di Sabah," katanya.
Sementara itu, tinjauan Bernama di KL Sentral pada Rabu mendapati mereka yang ingin balik kampung sempena Aidilfitri dengan menggunakan pengangkutan awam telah membeli tiket lebih awal bagi mengelakkan kesulitan di saat-saat akhir.
Seorang pekerja swasta, Qasmeena Abdul Rauf, 31 berkata beliau dan suaminya akan menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) untuk pulang ke kampung halaman di Kampung Bagan Dalam, Pulau Pinang pada hari raya ini dan telah menempah tiket pada 24 Mac lepas.
Katanya pengangkutan awam jadi pilihan mereka selepas serik menempuh pengalaman tersekat dalam kesesakan jalan selama 10 jam dari ibu negara ke Pulau Pinang sebelum ini.
"Mulanya saya bimbang juga kerana agak lewat mencari tiket ETS berbanding orang lain, tetapi kami bernasib baik tawaran masih ada pada ketika itu. Saya sarankan kepada orang ramai agar merancang perjalanan mereka sebaik mungkin," katanya.
Pada 23 Mac lepas, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan syarikat itu akan menyediakan empat koc tambahan pada Aidilfitri dan Hari Pekeja (1 Mei) tahun ini.
Sementara itu, penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Mohd Qushairy Abdullah, 23, berkata menjadi amalannya menaiki bas setiap kali balik beraya di Melaka, malah suasana raya seperti tidak lengkap jika tanpa pengalaman itu.
Bagaimanapun, beliau membangkitkan kebimbangan terhadap kumpulan individu tertentu yang mengambil kesempatan menjual semula tiket pengangkutan awam pada harga tinggi terutama ketika waktu puncak menjelang Syawal bagi mengaut keuntungan.
"Ada orang yang sengaja menjual semula tiket mereka pada saat-saat akhir pada harga yang tidak munasabah kerana mereka tahu akan ada yang mahu membeli tiket itu. Saya harap situasi sebegini tidak berulang kerana kasihan kepada individu terlibat," katanya.
Sementara itu, semakan di platform media sosial menyaksikan pengguna menggunakan Twitter bagi meluahkan rungutan mengenai peningkatan harga tiket penerbangan pada musim perayaan.
Pengguna Twitter @irwansumadi berkata beliau berasa seperti dianiaya oleh syarikat penerbangan dan berpendapat tambang penerbangan semasa musim perayaan tidak masuk akal dan melampau.
"Saya merupakan antara Anak Sabah yang merasakan diri dianiaya oleh syarikat penerbangan setiap kali ingin balik ke kampung halaman pada musim perayaan. Harga tiket waktu perayaan amatlah mengarut dan melampau. KL ke SDK (Sandakan) misalnya, seperti ke Kutub Utara," ciapnya.
Seorang lagi pengguna Twitter @caramelkaffe dalam ciapannya berkata tidak ada pemberian duit raya (angpau) tahun ini kerana beliau telah membelanjakan lebih RM800 untuk tiket penerbangan.
"Saya baru saja periksa tiket penerbangan untuk balik daripada raya. Untuk tiket sahaja saya habiskan lebih RM800. Jadi tidak ada duit raya untuk kanak-kanak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2023

Senario sama berulang lagi apabila tambang tiket penerbangan melambung berlipat kali ganda setiap kali menjelangnya sambutan Aidilfitri. - Gambar hiasan/BERNAMA
Pembuat seramik di Hebron perkenal produk baharu
Dalam usaha meningkatkan jualan sempena bulan suci Ramadan, seorang pembuat seramik di Hebron, Loai Ghaith menghidupkan semula perniagaan keluarganya dengan memperkenalkan produk dan reka bentuk baharu.
Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan tahun lalu di negara ini membuatkan setiap syarikat berkaitan Kerajaan berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.
Farkhan kini di belakang tabir, lahirkan atlet tinju berkualiti
Pengerusi Persatuan Tinju Johor, Farkhan Haron kini fokus membangunkan bakat baharu dan memastikan Johor terus melahirkan atlet tinju berkualiti.
Teknologi bukan alasan untuk alpa dan lalai dalam ibadah
Pendakwah bebas dan pengacara, Izmir Fareez Norazlan berpendapatan masyarakat sudah tersalah guna teknologi, yang menyebabkan umat islam jadi semakin alpa ketika mahu beribadah
PM Anwar seru umat islam perkukuh ibadah dan takwa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Peniaga dilarang guna akuarium ganti balang air - KKM
Peniaga termasuk di Bazar Ramadan, dilarang menggunakan peralatan yang pembuatannya bukan untuk tujuan penyimpanan atau penyediaan makanan, dalam mengendalikan bahan jualan mereka.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penyokong, penentang Presiden Korea Selatan berhimpun di Seoul
Lebih 60,000 penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan penentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-Yeol mengadakan perhimpunan di Dataran Gwanghwamun pada Sabtu.

Nik Nazmi umum jawatan Naib Presiden PKR, Ketua Cabang Setiawangsa
Nik Nazmi Nik Ahmad malam ini mengumumkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa dalam pemilihan parti itu yang dijadual pada 24 Mei.

Tetapkan harga tiket penerbangan musim perayaan Sabah, Sarawak berasaskan CSR - Ahmad Zahid
Syarikat penerbangan wajar menetapkan harga tiket penerbangan musim perayaan Sabah dan Sarawak berdasarkan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan bukan permintaan dan penawaran semata-mata.

Tambang penerbangan 'menyeksakan' menjelang Aidilfitri
Senario sama berulang lagi apabila tambang tiket penerbangan melambung berlipat kali ganda setiap kali menjelangnya sambutan Aidilfitri.

Sektor penerbangan bersedia raih keuntungan pada 2023 - Maybank IB
Sektor penerbangan Malaysia bersedia untuk meraih keuntungan pada 2023 berikutan trafik penumpang terus meningkat dalam keadaan harga bahan api jet menyusut manakala tambang penerbangan kekal tinggi.

PRU15: Mahasiswa mahu balik mengundi walau ada kekangan tambang penerbangan
Kerajaan disaran memikirkan cara supaya tambang dapat dikurangkan pada musim pilihan raya bagi memudahkan mahasiswa pulang mengundi.

Kata putus harga tiket penerbangan musim perayaan dicapai - Wee Ka Siong
Menteri Pengangkutanberkata kata putus itu dicapai dalam mesyuarat kira-kira 72 jam sejak Khamis dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menteri arah harga tiket penerbangan domestik diturunkan segera
Kementerian Pengangkutan mengarahkan semua syarikat penerbangan menurunkan harga tambang penerbangan domestik dengan segera, tanpa perlu campur tangan kerajaan Persekutuan.