KLANG:Seorang pemandu lori ais ditahan susulan insiden menampar seorang wanita hamil di sebuah kedai yang tular di laman sosial sejak Selasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh, sebelum itu mangsa yang juga seorang juruwang dipercayai secara tidak sengaja tercampak barangan sehingga terkeluar dari plastik bungkusan sewaktu kedai tersebut hampir ditutup.
Dia kemudiannya ditampar di pipi kiri oleh seorang lelaki setelah isteri lelaki itu dipercayai mengadu mengenai tindakan mangsa.
“Selang beberapa minit kemudian suspek telah datang dalam keadaan marah dan telah menampar mangsa di pipi sebelah kiri,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Hasil pemeriksaan, suspek yang juga merupakan seorang pemandu lori ais mempunyai empat rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah dan jenayah.
Polis telah membenarkan suspek diikat jamin dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.
Insiden yang berlaku pada Selasa itu tular di media sosial menerusi satu rakaman video yang berdurasi satu minit 35 saat.
Hilmi Malik
Wed Dec 02 2020

Insiden yang berlaku pada Selasa itu tular di media sosial menerusi satu rakaman video yang berdurasi satu minit 35 saat. - Foto ihsan pembaca Astro AWANI

Tiada keputusan, laporan Malaysia terkait kes penipuan cip AI Nvidia - Tengku Zafrul
Tiada keputusan ataupun laporan yang menunjukkan cip AI Nvidia dalam pelayan dipindahkan ke Malaysia dari Singapura sebagaimana yang didakwa.
Ibu bapa Eda Ezrin harap dapat sambut aidilfitri dengan anak, menantu
Ibu bapa kepada penyanyi Bae Soba Bae, Eda Ezrin berharap dapat merayakan Aidilfitri thaun ini bersama anak dan menantunya susulan keputusan Mahkamah Narathiwat yang membebaskan mereka daripada tuduhan miliki pil kuda.
Eda Ezrin, suami dan empat rakan bebas tuduhan miliki pil kuda
Mahkamah Wilayah Narathiwat membebaskan penyanyi lagu Bae Soba Bae, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail serta lima yang lain daripada tuduhan memiliki 6,059 pil kuda pada November tahun lepas.
34 kawasan di Melaka dilanda banjir
Hujan lebat berterusan sejak jam 3 pagi Khamis mengakibatkan sekurang-kurangnya 34 kawasan di Melaka dinaiki air.
Tukang cuci dipenjara 11 bulan, denda RM2,000 pecah masuk pejabat ADUN
Seorang tukang cuci dijatuhi hukuman penjara 11 bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret George Town atas pertuduhan mencuri wang berjumlah RM7,259 di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, pada Disember tahun lalu.

Beego tidak setuju cerai, Linda Hashim akan berjuang lepaskan diri
Kes permohonan cerai pasangan pelakon, Beego dan Linda Hashim akan diteruskan dengan pelantikan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pada 23 April depan.

Nilai rampasan e-waste cecah RM3.9 bilion - Saifuddin
Jumlah sitaan keseluruhan daripada operasi berkaitan sindiket e-waste kini sudah mencecah nilai RM3.9 bilion.

BNM kekal OPR pada 3.0 peratus
Bank pusat itu berkata ekonomi global tahun ini diunjur akan dikekalkan oleh keadaan pasaran buruh yang positif, inflasi sederhana dan dasar monetari yang kurang ketat.

Gangguan teknikal e-Placement, KKM batal keputusan penempatan 2,245 pegawai perubatan
Kementerian Kesihatan membatalkan pemilihan penempatan 2,245 Pegawai Perubatan Gred UD10, susulan gangguan teknikal pada sistem ePlacement.

Unit Integriti UA, IPT akan diletakkan di bawah Lembaga Pengarah Universiti - Zambry
Zambry berkata langkah itu diambil, bagi memastikan ketelusan tadbir, pelaksanaan tugas dan pemantauan integriti dilaksana sebaiknya.

JKDM Selangor rampas kabin van, minuman keras, tembakau shisha bernilai lebih RM7 juta
Jabatan Kastam Selangor merampas kabin van, minuman keras dan tembakau shisha bernilai lebih RM7 juta dalam operasi berasingan di Pelabuhan Utara dan Barat, Klang.

50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram
Serbuan di sebuah kilang memproses sampah elektronik (e-waste) di Telok Panglima Garang, di sini, membongkar penemuan kira-kira 50,000 kilogram (kg) peluru termasuk kelongsong, pada Sabtu.

Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.

Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.

KPDN Selangor rampas lebih 6,000 barang guna cap dagangan tidak sah
KPDN Selangor rampas lebih 6,000 barangan disyaki menggunakan cap dagangan secara tidak sah bernilai RM37,000 dalam serbuan di dua lokasi.

Sultan Selangor zahir rasa kesal, dukacita tahap kebersihan Bandar Raya Diraja Klang
Baginda bertitah, terdapat banyak kawasan yang masih kotor dan tidak teratur termasuk sungai yang dicemari teruk dengan sampah sarap.

GM Klang sasar enam juta pengunjung sempena Tahun Melawat Selangor 2025
Pelbagai kempen termasuk menerusi media sosial telah dirangka dan akan dilaksanakan mulai bulan ini bagi menarik lebih banyak pelancong.

Pelanggan kedai aiskrim disamun dua lelaki berparang
Suspek cuba mencederakan mangsa yang ketika itu sedang membeli aiskrim sebelum melarikan mesin wang tunai di premis terbabit.

Air pasang besar di Klang terkawal, tiada pemindahan penduduk
Fenomena air laut pasang besar di sekitar Klang yang berlaku awal pagi ini dalam keadaan terkawal dengan tiada pemindahan penduduk dilakukan.

Budak perempuan hilang ketika ambil makanan ditemui semula, dipercayai diculik
Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan yang hilang selepas keluar dari rumahnya di Klang terungkai setelah ditemui semula selepas dipercayai diculik.