KUALA LUMPUR : Bekas Presiden MCA, Tan Sri Lee San Choon disahkan meninggal dunia pada 10.30 pagi Khamis.
Khabar duka mengenai mendiang dikongsikan MCA di laman rasmi Facebooknya hari ini.
"MCA mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Tan Sri Lee San Choon, Presiden MCA keempat, dari 1975 hingga 1983.
"Sepanjang karier politik mendiang, beliau pernah memegang beberapa portfolio kerajaan, termasuk Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat, Menteri Kerja Raya dan Kemudahan Awam dan Menteri Pengangkutan.
"Sumbangan dan pengorbanan mendiang kepada rakyat, negara dan parti tidak akan dilupakan," kata MCA dalam kenyataan hari ini.
Mendiang meninggal dunia pada usia 88 tahun.
Semasa hayatnya, mendiang pernah menjadi wakil rakyat termuda iaitu berusia 24 tahun ketika memenangi kerusi Parlimen Kluang dengan majoriti 1,458 undi dalam pilihan raya pertama yang berlangsung pada 19 Ogos 1959.
Dua tahun kemudian, pada usia 26 tahun, mendiang diangkat menjadi Setiausaha Agung Pemuda MCA.
Beliau kemudian dilantik menjadi Pengerusi Pemuda MCA, sebelum bertugas sebagai setiausaha politik kepada Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin pada 1963.
Namun, selepas pemergian Tan Siew Sin pada 1974, beliau dipilih menjadi Pemangku Presiden MCA.
Antara peranan penting yang pernah dipegang oleh mendiang adalah menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Tugas-Tugas Khas.
Beliau juga pernah dilantik sebagai Menteri Teknologi, Penyelidikan dan Penyelaras Kampung Baru.
Setahun kemudian, San Choon dipilih sebagai Presiden MCA dan berkhidmat bagi jawatan itu sehingga mendiang bersara daripada arena politik pada 1983.
Astro Awani
Fri Mar 03 2023

Tan Sri Lee San Choon adalah merupakan Presiden MCA keempat dan pernah menjadi wakil rakyat termuda berusia 24 tahun ketika memenangi kerusi Parlimen Kluang dalam pilihan raya pertama negara pada 19 Ogos 1959. - Gambar fail
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

Tan Sri Lee San Choon, bekas Presiden MCA meninggal dunia
Mendiang meninggal dunia pada usia 88 tahun.