UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Tanah jerlus Masjid India: Bomba kesan ‘backlog’ 15 meter, usaha rungkai sekatan

Sekatan itu dikesan dalam lurang kumbahan dari lokasi mendapan tanah jerlus sehingga ke lokasi Wisma Yakin di ibu negara.

Ridauddin Daud
Thu Aug 29 2024
Tanah jerlus Masjid India: Bomba kesan ‘backlog’ 15 meter, usaha rungkai sekatan
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad (tengah) bersama Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman (kiri) pada sidang media hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur mula merungkai ‘backlog’ sepanjang 15 meter secara berperingkat bermula 5 petang pada Khamis.


Ringkasan AI
  • Pasukan SAR di Kuala Lumpur sedang merungkai backlog sepanjang 15 meter dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India. Sekatan ini dikesan dalam lurang kumbahan dari lokasi mendapan tanah jerlus hingga ke lokasi Wisma Yakin.
  • Paras air yang terkumpul dalam sekatan berkenaan menyebabkan risiko tinggi kepada pasukan SAR. Kerja-kerja mengalihkan sekatan perlu dilakukan dengan berhati-hati.
  • Pasukan penyelamat berdepan risiko tinggi ketika mencari mangsa dengan gas metana dan hidrogen sulfat dalam kumbahan. Mangsa yang hilang adalah seorang warganegara India bernama Vijayaletchumy, 48.


Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, sekatan itu dikesan dalam lurang kumbahan dari lokasi mendapan tanah jerlus sehingga ke lokasi Wisma Yakin di sini.

Menurutnya, ia dikenal pasti selepas dua tong cuba dihanyutkan pasukan SAR dari lubang di lokasi kejadian namun tidak sampai ke Loji Kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Pantai Dalam.

“Selepas kita melihat dan membaca jarak gerakan kamera, kita percaya bahawa terdapat halangan di dalam paip daripada jarak lurang kumbahan di Wisma Yakin kira-kira 7.6 meter.

"Kita mengesan backlog (sekatan) lebih kurang anggaran 15 meter panjangnya.

“Pada jam 5 petang kita telah memulakan usaha untuk merungkaikan backlog itu.

Kita dah mulakan gerakan, dan kalau backlog kita berjaya rungkaikan insya-Allah kita akan mula boleh nampak keseluruhan permukaan kawasan itu," katanya.

Tanah jerlus: Bomba akan merungkai backlog sepanjang 15 meter


Tambah beliau, paras air yang terkumpul di dalam sekatan berkenaan boleh menyebabkan risiko tinggi kepada pasukan SAR.

Justeru, katanya, kerja-kerja mengalihkan sekatan terbabit perlu dibuat secara berhati-hati.

"Kerisauan kita backlog tersebut, berdasarkan penilaian kita, lebih kurang 100 tan kuasa air, kalau kita terungkai backlog ini tekanan air ini risiko sangat besar.

“Keutamaan kita rungkai backlog gunakan kaedah tarikan sedikit demi sedikit oleh pasukan SAR.

“Malam ini selepas kurangkan paras air kita akan gunakan pancutan bertekanan tinggi (teknik jetting) oleh IWK di lokasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di lokasi kejadian pada Khamis yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman.

Dalam pada itu, beliau menegaskan pasukan penyelamat berdepan risiko tinggi ketika mencari mangsa dengan gas metana dan hidrogen sulfat dikesan dalam lurang kumbahan di lokasi kejadian.

“Kita ada (kesan) gas metana secara organik, udara lain gas memenuhi kawasan itu.

“Bacaan oksigen juga turun tapi dalam konteks ini kita ada dua pendekatan iaitu memastikan pasukan SAR masuk ke kawasan menggunakan skuba set.

“Keduanya kita mematuhi standar keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) IWK. Di setiap seksyen kita ada pemantauan dan kita pastikan bila masuk, keadaan adalah selamat," katanya.

Tambahnya, pasukan SAR juga menggunakan pam berkuasa tinggi untuk mengurangkan paras air sepanjang lurang kumbahan.  

Proses itu bermula pada tengah malam Rabu, menggunakan dua pendekatan utama iaitu melencongkan sebahagian aliran air kumbahan masuk dan menggunakan dua pam berkapasiti tinggi dengan kapasiti 10,000 hingga 20,000 liter.

Dalam kejadian pada pagi Jumaat lalu, mangsa seorang warganegara India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang dipercayai terjatuh ke lubang sedalam lapan meter.
 
Operasi mencari dan menyelamat kini masuk hari ketujuh.




#tanah jerlus masjid india#backlog#operasi mencari dan menyelamat#JBPM#Nor Hisham Mohammad
Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta

"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."
Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa

Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.
Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka

Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.
Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir

Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.
Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad

Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.
Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul

Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.
164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri

Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.
46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD

46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.
Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza

Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan

Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan

Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.

Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Tanah jerlus Masjid India: Pasukan penyelamat buka enam 'manhole' untuk cari mangsa

Tanah jerlus Masjid India: Pasukan penyelamat buka enam 'manhole' untuk cari mangsa

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) membuka enam lurang kumbahan (manhole) bagi mencari wanita warga India yang terlibat dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, semalam.
Tanah jerlus Masjid India: Bomba guna jengkaut korek kawasan mendapan

Tanah jerlus Masjid India: Bomba guna jengkaut korek kawasan mendapan

Pasukan penyelamat akan mengorek kawasan mendapan yang berlaku akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini menggunakan mesin jengkaut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).