KUALA TERENGGANU: Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu bersama 16 usahawan bimbingannya berjaya menghasilkan produk baharu batik menggunakan tanah liat sebagai alternatif kepada penggunaan lilin bagi membuat lakaran motif batik.
Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu Fazlin Mohamad Zaki berkata, produk baharu batik itu dikenali sebagai clay marble, skrin marble dan clay dan skrin marble.
Katanya kesemua produk tersebut akan dipamerkan dan dijual buat pertama kalinya di Festival Kraf Tekstil Pantai Timur, dari 17 hingga 26 Februari di Kuantan, Pahang dan Hari Kraf Kebangsaan bermula 23 Februari hingga 7 Mac depan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
"Tanah liat yang digunakan adalah bahan yang sama untuk penghasilan produk tembikar dan seramik. Ia adalah bahan alternatif kepada bahan penghalang warna dalam penghasilan batik kaedah tradisional selama ini iaitu campuran lilin," katanya kepada Bernama di sini.
Katanya, penggunaan tanah liat untuk lakaran motif batik itu merupakan inovasi baharu Kraftangan Malaysia, sebagai alternatif penghasilan batik yang lebih jimat dan mudah dikendalikan.
Sementara itu beberapa usahawan yang ditemui Bernama berpendapat, penggunaan tanah liat lebih mudah berbanding campuran lilin dan damar.
Norazizah Kasim, 43, berkata tanah liat lebih mudah didapati di pasaran, harganya lebih rendah dan proses penghasilan batik boleh dilakukan dalam suasana yang lebih selesa, tanpa perlu berdepan bahang api seperti teknik campuran lilin dan damar.
"Blok batik hanya perlu dicelup sebentar dalam bancuhan tanah liat, dan kemudiannya diterap pada kain dan dibiarkan sehingga kering, sebelum proses mewarna dilakukan.
"Penggunaan tanah liat ini tidak memerlukan pekerja mahir untuk melakukannya, kerana dengan sedikit kreativiti sahaja, lakaran batik yang cantik sudah boleh dihasilkan," katanya yang memfokuskan kepada teknik tie dye selama ini melalui syarikatnya, Gee Batik Collections.
Katanya antara jualan batik yang dijangka mendapat sambutan hangat dalam dua festival itu nanti ialah kemeja, blaus, seluar palazo, tudung, baju kelawar dan jubah.
Bagi Mohd Shawal Awi, 37, pula katanya teknik penggunaan tanah liat sangat sesuai untuk generasi muda yang berminat untuk menceburkan diri dalam penghasilan batik, kerana jika terdapat kesalahan dalam proses terapan, ia boleh dipadam dan tidak berlaku sebarang pembaziran kain.
"Itu keunikan guna tanah liat, sesiapa pun boleh belajar dan tidak perlu risau risiko kain yang membazir akibat kesalahan, ketika proses menerap blok batik. Paling penting, proses pembuatannya adalah sangat selesa dan selamat," katanya yang terkenal dengan pelbagai rekaan batik untuk golongan lelaki.
Seorang lagi usahawan batik, Suhaila Muda, 41, berkata penggunaan tanah liat juga lebih mudah, kerana tidak lagi perlu melalui proses merebus kain untuk membuang campuran lilin dan damar.
"Sebaliknya, kain hanya perlu dibasuh sahaja dan dijemur untuk proses mewarna pula dan ia lebih menjimatkan masa dan kos bahan api untuk proses merebus," katanya.
-- BERNAMA / Kamaliza Kamaruddin
Bernama
Wed Feb 09 2022
Tiga usahawan batik Norazizah Kasim, 43, (kanan), Mohd Shawal Awi, 37, dan Suhaila Muda, 41, menunjukkan variasi batik yang dihasilkan mereka di Kompleks Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu, Chendering. - Bernama
Ambulans udara terhempas di Philadelphia, beberapa mangsa dipercayai maut
Beberapa mangsa dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Jumaat di kawasan perumahan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat.
Suami isteri maut, kenderaan bertembung treler
Suami isteri maut, manakala dua anak cedera dalam nahas di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Bandar Utama di Gua Musang.
Terburuk pernah berlaku di Kota Marudu- Penduduk
Mangsa banjir di Kota Marudu yang ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Bandau menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk pernah menimpa kampung mereka.
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid pulih
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Banjir di Kota Marudu antara terburuk pernah berlaku - Penduduk
Banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lepas disifatkan penduduk antara yang terburuk pernah berlaku.
Perkembangan terkini di Sarawak
Perkembangan terkini situasi banjir di Sarawak bersama wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman.
Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.
Banjir Sabah dan Sarawak: Bank Muamalat tawar moratorium hingga enam bulan
Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan bantuan khas banjir kepada pelanggan yang terjejas dengan banjir di Sabah dan Sarawak.
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
AWANI Ringkas: Bina semula Gaza - Jangan hanya jadi 'penonton sejarah'
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tanah liat alternatif baharu hasilkan batik di Terengganu
Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu bersama 16 usahawan bimbingannya berjaya menghasilkan produk baharu batik menggunakan tanah liat sebagai alternatif kepada penggunaan lilin bagi membuat lakaran