BATANG KALI: "Saya dengar bunyi kuat seperti guruh sebelum melihat tapak perkhemahan Zone A ditimbus tanah," kata seorang saksi kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini awal pagi tadi.
Mangsa Teh Lynn Xuan, 22, berkata dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu beliau baru hendak melelapkan mata untuk berehat selepas melakukan aktiviti pada malam tersebut.
Katanya sebelum kejadian, beliau bersama kira-kira 21 lagi saudara dan sahabat handai dari Melaka, Selangor dan Singapura sudah berada di tapak perkhemahan berkenaan sejak tiga hari lepas sempena cuti sekolah.
Teh berkata ketika kejadian khemah yang beliau diami bersama ibunya di Zone B Hill Top telah terbalik namun bernasib baik kerana berjaya menyelamatkan diri dan beredar ke kawasan yang tinggi.
"Semua berlaku dengan amat pantas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Balai Polis Hulu Yam Bharu, dekat sini, hari ini.
Seorang lagi mangsa Leong Jim Meng, 57, berkata sebelum kejadian beliau dapat merasakan kawasan di tapak perkhemahan itu bergegar disusuli bunyi kuat.
"Saya dan keluarga terperangkap kerana khemah kami ditimbus dengan tanah tetapi kami berjaya keluar dan pergi ke kawasan letak kereta berhampiran sebelum menghubungi pihak berkuasa," katanya.
Sementara itu seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali dengan nama Lee, 28, berkata ketika kejadian, hujan renyai berlaku.
Menurut Lee, beliau menyedari kejadian itu selepas mendengar bunyi kuat selain melihat tanah runtuh berdekatan dengan khemahnya.
"Saya lihat tapak khemah di Zone A telah ditimbus dengan tanah runtuh, saya pergi ke kawasan berkenaan untuk cuba mencari sesiapa yang selamat dan berjaya menarik keluar dua orang, seorang kanak-kanak dan ibunya," kata Lee.
Ketika ini operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilakukan pasukan penyelamat antaranya melibatkan Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa, Ampang, Pandan, Kota Anggerik, Kajang dan Andalas serta Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 16 2022

Ketika ini operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilakukan pasukan penyelamat. - Astro AWANI / Shahir Omar
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.
Di mana 250 rakyat Malaysia?
Kementerian Luar masih mengesan 250 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket tawaran pekerjaan di luar negara setakat 7 Mac lalu.
Dewan Negara lulus usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Dewan Negara hari ini meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Jalan terputus hubungan akibat banjir dan cerun runtuh di Sabah
Beberapa jalan di daerah Beaufort, Tenom, dan Keningau terputus hubungan hari ini akibat banjir serta cerun runtuh berikutan hujan lebat berterusan yang melanda kawasan tersebut.

Indonesia pergiat usaha pembenihan awan untuk tangani bencana berkaitan hujan
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.

Jalan Keningau-Tenom ditutup susulan tanah runtuh - JKR Sabah
Jalan Keningau-Tenom di Kilometer 151.950/142.250 ditutup bermula hari ini atas faktor keselamatan susulan kejadian tanah runtuh.

Wanita maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lok Bonu Sepanggar
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

JKNS, orang awam selamatkan wanita hamil semasa kejadian tanah runtuh di Tambunan
Kejadian tanah runtuh itu menyebabkan jalan utama terputus, menghalang laluan ambulans dan kenderaan kecemasan ke lokasi kejadian.

Cameron Highlands rekod trend peningkatan suhu
Rekod data meteorologi dari tahun 1969 hingga 2024 mencatatkan suhu Cameron Highlands menunjukkan trend peningkatan terutamanya dalam tempoh 10 tahun terakhir.

Sistem amaran awal tanah runtuh dipasang di 40 lokasi seluruh negara
Peralatan sistem amaran awal tanah runtuh telah dipasang di 40 lokasi di seluruh negara setakat Disember tahun lepas.

Empat keluarga cemas, ruang tamu, bilik utama dihempap tanah runtuh
Bomba terima panggilan kecemasan jam 11.57 malam dan mengatur gerak pasukan tiga anggota ke lokasi, dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau.

Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.