KUALA LUMPUR: Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat sedang melaksanakan kerja pembaikan cerun susulan tanah runtuh di kawasan lereng Bukit Jugra setelah meminta pandangan dan khidmat nasihat Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) jabatan berkenaan.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata tindakan segera dan kerja pembaikan itu perlu dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri demi keselamatan serta keselesaan pemanduan pengguna jalan raya.
"JKR telah mengambil tindakan awalan dengan menutup jalan menaiki ke Bukit Jugra. Penyediaan papan tanda amaran dan plan pengurusan trafik telah diaktifkan bagi mengawal keselamatan pengguna jalan raya.
"Bagi mengelakkan kerosakan dan hakisan tanah menjadi lebih teruk, pihak JKR juga telah memasang kanvas di lokasi yang terjejas," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Nanta turut menasihati pemandu agar berhati-hati sewaktu melalui kawasan bercerun kerana negara sedang berada dalam tempoh peralihan monsun.
Isnin lepas, Majlis Perbandaran Kuala Langat memaklumkan orang awam tidak dibenarkan memandu kenderaan naik ke atas Bukit Jugra susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku di kawasan lereng bukit itu.
Bukit Jugra merupakan antara lokasi terkenal dengan aktiviti pendaratan luncur layar (paragliding) yang menjadi tumpuan pelancong ke Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2023
![Tanah runtuh Bukit Jugra: JKR laksana kerja pembaikan cerun - Nanta Tanah runtuh Bukit Jugra: JKR laksana kerja pembaikan cerun - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697530248_tanahruntuh.jpg)
Isnin lepas, Majlis Perbandaran Kuala Langat memaklumkan orang awam tidak dibenarkan memandu kenderaan naik ke atas Bukit Jugra susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku di kawasan lereng bukit itu. - Gambar fail/Sinar Harian
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Empat keluarga cemas, ruang tamu, bilik utama dihempap tanah runtuh Empat keluarga cemas, ruang tamu, bilik utama dihempap tanah runtuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738711195_tbtanahruntuhEmpa.jpg)
Empat keluarga cemas, ruang tamu, bilik utama dihempap tanah runtuh
Bomba terima panggilan kecemasan jam 11.57 malam dan mengatur gerak pasukan tiga anggota ke lokasi, dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau.
![Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737927436_AlexanderNantaLing.jpg)
Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.
![Jalan ke Kapit terputus akibat tanah runtuh - Nanta Jalan ke Kapit terputus akibat tanah runtuh - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738234052_TVS.jpg)
Jalan ke Kapit terputus akibat tanah runtuh - Nanta
Jalan Song/Sipan-Temalat ditutup kepada semua kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh yang memutuskan hubungan jalan raya dari Kanowit ke Song hari ini.
![Mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di Miri ditemukan Mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di Miri ditemukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738156508_TanahRuntuhMiri.jpg)
Mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di Miri ditemukan
Komander operasi menyelamat berkata mayat wanita warga emas itu berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian pada 6.26 petang.
![Tanah runtuh Kampung Lereng Bukit: Satu lagi mayat mangsa ditemukan tertimbus Tanah runtuh Kampung Lereng Bukit: Satu lagi mayat mangsa ditemukan tertimbus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81738125179_tanahruntuhKampu.jpg)
Tanah runtuh Kampung Lereng Bukit: Satu lagi mayat mangsa ditemukan tertimbus
Satu lagi mayat mangsa kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di bandar raya Miri awal pagi tadi, ditemukan kira-kira 8.55 pagi.
![Banjir: Mangsa di Sarawak meningkat, tanah runtuh ragut satu nyawa, empat masih hilang Banjir: Mangsa di Sarawak meningkat, tanah runtuh ragut satu nyawa, empat masih hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738122976_banjirsarawak.jpg)
Banjir: Mangsa di Sarawak meningkat, tanah runtuh ragut satu nyawa, empat masih hilang
Sebanyak 14 PPS dibuka di seluruh Sarawak, melibatkan daerah Kuching, Serian, Bintulu, Miri, Siburan, Tatau, Bau dan Simunjan.
![Tanah runtuh Kampung Lereng Bukit: Tiga mangsa ditemui, seorang maut Tanah runtuh Kampung Lereng Bukit: Tiga mangsa ditemui, seorang maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738110678_tanahruntuhKampu.jpg)
Tanah runtuh Kampung Lereng Bukit: Tiga mangsa ditemui, seorang maut
Dua mangsa pertama iaitu seorang remaja perempuan dan perempuan dewasa ditemui selamat sekitar jam 4.55 pagi.
![Tanah runtuh: Enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikhuatiri tertimbus di Miri Tanah runtuh: Enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikhuatiri tertimbus di Miri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738113160_tanahruntuhKampun.jpg)
Tanah runtuh: Enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikhuatiri tertimbus di Miri
Mangsa pertama, seorang lelaki dewasa bagaimanapun selamat, manakala enam yang lain masih gagal dikesan.
![Lencongan di kawasan tanah runtuh Jalan Belaga Menjawah - Nanta Lencongan di kawasan tanah runtuh Jalan Belaga Menjawah - Nanta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737906803_JalanBelagaMenjawa.jpg)
Lencongan di kawasan tanah runtuh Jalan Belaga Menjawah - Nanta
Pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Belaga Menjawah, Sarawak, yang dilaporkan berlaku pada 10.31 pagi tadi.
![Tanah runtuh di Pekalongan, Jawa Tengah ragut 16 nyawa, tiga lagi hilang - BNPB Tanah runtuh di Pekalongan, Jawa Tengah ragut 16 nyawa, tiga lagi hilang - BNPB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737453220_Pekalongan.jpg)
Tanah runtuh di Pekalongan, Jawa Tengah ragut 16 nyawa, tiga lagi hilang - BNPB
Kejadian di Kampung Kasimpar, Petungkriyono itu mengakibatkan dua rumah tertimbus, dua jambatan musnah, dan beberapa kenderaan dihanyutkan.