PUTRAJAYA: Penanaman pokok asli dalam landskap pinggiran jalan dilihat sebagai alternatif bagi meminimumkan risiko insiden pokok tumbang.
Berkongsi perkara ini, Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara (JLN) Mansor Mohamad berkata, ini kerana pokok asli merupakan pokok yang sememangnya berasal dari Malaysia yang boleh dikatakan amat 'serasi' dengan persekitaran negara.
Pada masa sama, kata beliau, pokok berkenaan juga boleh didapati di negara berhampiran seperti Thailand dan Myanmar yang berkongsi iklim serupa.
"Kalau pokok asli, ia bersesuaian dengan keadaan iklim di Malaysia dengan sumber cahaya mencukupi dan keadaan tanah subur.
"Jika pokok dari negara lain seperti pokok mahogani yang berasal dari Amerika Tengah, mungkin di kawasan asal, pokok itu tidak tumbuh dengan besar tapi di Malaysia, dengan keadaan tanah subur dan cahaya (matahari) banyak, mungkin tumbesaran pokok adalah lebih pesat (dan boleh menyumbang kepada insiden pokok tumbang)," katanya ketika diwawancara baru-baru ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menafikan spesies pokok bukan asli seperti pokok hujan-hujan dan tekoma (kedua-duanya asal Amerika Selatan) banyak terdapat di Malaysia, sekaligus menyumbang kepada biodiversiti serta mengindahkan kawasan.
Antara spesies pokok asli ialah medang, putat air, bunga kelat merah dan mata ketam.
Menurut Mansor, biarpun penanaman pokok asli mempunyai kelebihannya sendiri, insiden pokok tumbang adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dengan mengambil kira faktor semula jadi, biologi dan faktor persekitaran kawasan penanaman pokok.
Untuk rekod, JLN adalah pusat akreditasi landskap negara yang menyediakan kepakaran teknikal serta merancang, menyelaras dan mengawal selia pembangunan landskap, keperluan kawasan lapang, kawasan hijau serta kemudahan rekreasi negara.
SEJARAH PENANAMAN DAN PEMILIHAN SPESIES POKOK
Menelusuri sejarah penanaman pokok di Malaysia, Mansor berkata, pada awalnya, budaya British yang sukakan persekitaran hijau dan konsep taman mengasimilasikannya di negara ini, dengan pokok angsana antara pilihan, untuk ditanam di sepanjang pinggiran jalan sehingga tahun 1990-an.
Selepas kemerdekaan, katanya, lebih banyak bandar mula dibuka dengan kemudahan infrastruktur berkembang pesat dan diwujudkan program awalan seperti 'No Roads Without Trees'.
"Ia bertujuan mewujudkan kehijauan di hutan konkrit dengan penanaman lebih banyak pokok dan di situ lahirnya landskap menggunakan pelbagai spesies pokok popular seperti pokok kayu manis, hujan-hujan dan bungor," tambahnya.
Bagi fasa ketiga iaitu konsep 'Malaysia Ke Arah Negara Taman', Mansor berkata, ia bermula dengan Perintah Pemeliharaan Pokok dari Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Ia disusuli penubuhan JLN pada tahun 1996, beberapa penerbitan garis panduan dan manual pengurusan pokok sehingga Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025.
Mansor yang juga berpengetahuan luas dalam bidang arborikultur, pada masa sama mengakui, mungkin ada "kekhilafan" terdahulu dari segi pemilihan spesies pokok yang tidak bersesuaian, justeru JLN tampil dengan penerbitan buku 200 Malaysia's Native Trees for Street Planting sebagai panduan umum yang dilancarkan pada Mei lepas.
INSIDEN POKOK TUMBANG
Berdasarkan statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), sebanyak 1,085 kejadian pokok tumbang berlaku di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga April tahun ini (2024) dengan angka tertinggi dicatatkan di Selangor sebanyak 210 kes, diikuti Perak (169 kes) dan Sarawak (118 kes).
Insiden itu turut mengorbankan empat nyawa manakala 15 lagi cedera serta mengakibatkan kemusnahan harta benda.
Pada tahun 2023, JBPM merekodkan sebanyak 4,825 kes dengan 10 kematian berbanding pada tahun 2022 sebanyak 4,751 kes, 2021 (4,793 kes) dan 2020 (4,679 kes).
Menurut Mansor, setiap pokok yang ditanam merupakan satu pelaburan jangka panjang dengan harapan ia akan kekal selama-lamanya namun risiko pokok tumbang, tidak kira pokok asli atau bukan asli, akan tetap berlaku, jika tidak dijaga dengan baik.
"Skim penjagaan pokok bermula sejak kita tanam termasuk pembajaan, penyiraman, pemangkasan, antaranya buang dahan yang rosak dan sebagainya.
"Oleh itu pemahaman terhadap spesies pokok dan kaedah penanaman yang sesuai adalah penting supaya isu pokok termasuk kejadian pokok tumbang dapat ditangani daripada peringkat awal lagi," katanya.
200 MALAYSIA'S NATIVE TREES FOR STREET PLANTING
Buku 200 Malaysia's Native Trees for Street Planting setebal 339 muka surat dilancarkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming pada 26 Mei lepas. Ia diedarkan kepada setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai panduan untuk menambah baik pengurusan pokok di kawasan perbandaran.
Daripada 3,000 spesies pokok berkayu, sebanyak 200 spesies pokok terbaik ditampilkan di dalam buku tersebut, yang antara lain, mengandungi perincian khusus mengenai kategori saiz pokok yang boleh ditanam mengikut hierarki jalan bersesuaian dengan prinsip 'the right tree for the right place'.
Kajian 200 pokok terbaik untuk landskap pinggiran bandar itu meliputi kekerapan berbunga, kekerapan daun luruh dan kelenturan batang pokok.
Sebagai contoh, Mansor berkata, pokok dalam kategori kecil adalah pokok medang, mata ketam, raja dewa, meribut, kayu arang, tembusu bukit, kategori sederhana termasuk pokok putat air, bunga kelat merah, geronggang derum manakala kategori pokok besar termasuk cinta mula, merawan siput jantan dan bungor raya.
"Pengklasifikasian tersebut penting kerana ia mengesyorkan spesies pokok yang bersesuaian dengan kawasan penanaman memandangkan setiap pokok memerlukan ekosistem tumbesaran yang berbeza," katanya.
Menariknya, buku itu juga menampilkan 50 spesies pokok yang diperincikan mengenai kadar penyerapan karbon optimum, sekali gus boleh dijadikan pilihan oleh PBT atau mana-mana pihak untuk dijadikan tanaman landskap untuk meminimumkan atau mengelakkan insiden pokok tumbang di samping menjayakan hasrat kerajaan dalam usaha penyahkarbonan.
PERANAN PBT DAN MASYARAKAT
Biarpun insiden pokok tumbang adalah di luar kawalan, namun Mansor menzahirkan harapan bahawa ia boleh ditangani dengan kesedaran dan persediaan awal penanaman pokok yang bersesuaian.
"Hampir 80 peratus PBT patuh kepada pengurusan landskap yang betul dari segi penjagaan pokok namun ada segelintir tidak dapat menguruskannya mengikut prosedur yang betul.
"Namun saya tidak salahkan mereka bulat-bulat, mungkin ada kekangan dari segi peruntukan atau aspek sumber manusia mahupun peralatan, tetapi ia sesuatu perkara yang boleh ditambah baik," jelas Mansor.
Sebagai negara yang kaya dengan biodiversiti, Mansor berkata, pengurusan dan penanaman pokok yang optimum secara tidak langsung menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu Matlamat ke-11 mengenai Bandar dan Masyarakat Mampan dan Matlamat ke-13 berhubung Tindakan Iklim.
Di samping memartabatkan peranan PBT, Mansor juga meminta orang ramai supaya menjadi 'mata dan telinga' agar melaporkan kepada PBT sekiranya mendapati mana-mana pokok di kawasan mereka tidak lagi 'selamat' atau sama ada terdapat rimbunan dahan yang boleh mendatangkan kecederaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024
![Tanaman pokok asli boleh kurangkan risiko pokok tumbang Tanaman pokok asli boleh kurangkan risiko pokok tumbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717295908_pokoktumbang.jpg)
Berdasarkan statistik JBPM, sebanyak 1,085 kejadian pokok tumbang berlaku di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga April tahun ini. - Foto fail/BERNAMA
![‘Masih jelas suara isteri panggil anak-anak’ - Bapa empat anak rentung ‘Masih jelas suara isteri panggil anak-anak’ - Bapa empat anak rentung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739435896_BapaRentung.jpg)
‘Masih jelas suara isteri panggil anak-anak’ - Bapa empat anak rentung
Dalam kejadian itu, Muhammad Khairuddin terselamat selepas berjaya dibantu keluar dari rumah oleh penduduk setempat.
![Wanita rentung bersama empat anak sedang hamil lima bulan Wanita rentung bersama empat anak sedang hamil lima bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739435455_TBrentung.jpg)
Wanita rentung bersama empat anak sedang hamil lima bulan
Wanita yang rentung dalam kebakaran bersama empat lagi anaknya di Kampung Berangan Enam, Umbai, Jasin awal pagi tadi sedang hamil lima bulan.
Facebook lubuk iklan perjudian, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022
Sebanyak 5,026 laman sesawang judi disekat dan 224,403 kandungan perjudian di platform media sosial juga turut diturunkan sehingga 1 Februari lalu.
Isu Adendum akan dijawab di Dewan Rakyat selepas selesai proses perundangan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar IBrahim menegaskan beliau akan menjawab isu titah adendum seperti yang dijanjikan di Dewan Rakyat sebaik sahaja proses perundangan selesai.
Pembinaan RTS Link Malaysia-Singapura capai kemajuan memberangsangkan
Projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link antara Malaysia dan Singapura berjalan lancar mengikut jadual dengan mencapai kemajuan 100 peratus membabitkan pembinaan infrastruktur landasan kereta api setakat hujung bulan lalu.
![MAIM sedia kerjasama dengan PAC Melaka isu dakwaan kakitangan terlibat penyelewengan MAIM sedia kerjasama dengan PAC Melaka isu dakwaan kakitangan terlibat penyelewengan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739434597_tbRahmadMarimanZa.jpg)
MAIM sedia kerjasama dengan PAC Melaka isu dakwaan kakitangan terlibat penyelewengan
MAIM sedia memberi kerjasama kepada kepada PAC Melaka bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kakitangan agensi berkenaan terlibat penyelewengan.
PPR: Kenal pasti penduduk, kenakan sewa munasabah - PM
Sebarang tunggakan boleh dibincangkan dengan majlis perbandaran atau ahli dewan undangan negeri yang berkenaan, namun sewa minima mesti dibayar.
PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM
Perdana Menteri turut meluluskan peruntukan tambahan segera RM1.2 juta untuk baik pulih kemudahan termasuk lif di PPR Lembah Subang 1, Petaling Jaya.
![Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739409153_KebakaranJBPMMelak.jpg)
Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu muat naik di Facebook turut menzahirkan dukacita yang amat mendalam di atas tragedi yang menimpa keluarga itu.
![Hospital Kajang kini dikenali Hospital Tengku Permaisuri Norashikin Hospital Kajang kini dikenali Hospital Tengku Permaisuri Norashikin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739433348_tbHospitalTengkuPe.jpg)
Hospital Kajang kini dikenali Hospital Tengku Permaisuri Norashikin
Perasmian nama baharu itu diadakan pada majlis yang disempurnakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
![Tanaman pokok asli boleh kurangkan risiko pokok tumbang Tanaman pokok asli boleh kurangkan risiko pokok tumbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717295908_pokoktumbang.jpg)
Tanaman pokok asli boleh kurangkan risiko pokok tumbang
Penanaman pokok asli dalam landskap pinggiran jalan dilihat sebagai alternatif bagi meminimumkan risiko insiden pokok tumbang.