Satu letupan kuat menggegarkan tandas lelaki sebuah stesen minyak di Jalan Jambu Jerteh, Batu 6, Jalan Kepong, Sentul di sini hari ini, dipercayai akibat bahan mercun yang diletakkan oleh seorang lelaki.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata kejadian berlaku 3.55 petang, sejurus selepas seorang lelaki yang memakai topi keledar bertutup penuh keluar dari tandas itu.
"Pihak kami menerima panggilan kira-kira pukul 4.40 petang tadi. Setibanya di sana kami melihat tiga cermin di dalam tandas pecah termasuk pam tandas dan siling," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Katanya berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, suspek itu memakai jaket hitam dan membawa beg sandang memasuki tandas berkenaan.
Letupan berlaku kira-kira seminit selepas suspek keluar, katanya.
Beliau berkata siasatan awal polis menemukan serpihan tin minuman yang dibalut dengan pita pelekat.
Pihak forensik sedang membina semula bahan letupan itu, namun berdasarkan siasatan awal polis percaya tin itu diisi dengan bahan mercun yang banyak, katanya.
"Setakat ini polis masih belum mengenal pasti motif sebenar kejadian itu," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 atau 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
Bernama
Sun May 25 2014
Gan Kong Meng - Gambar Fail
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
UPSR bocor: Dua guru dibebaskan, dua lagi direman hari ini
Dua daripada empat orang guru yang ditahan semalam berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan UPSR akan direman hari ini sekiranya kertas siasatan tidak dapat dilengkapkan dalam tempoh 24 jam.
Sukar tentukan motif pembunuhan Siti Soffea - Polis
Polis sukar menentukan motif pembunuhan kejam Siti Soffea Emelda kerana tiada keterangan yang dapat mengaitkan ibu kanak-kanak itu.
Anak saya dah mati, luah ibu kanak-kanak yang dikelar kepala sampai putus
Anak saya dah mati, luah ibu kanak-kanak yang dikelar kepala sampai putus.
Suspek kelar kepala kanak-kanak sampai putus belum dijumpai lagi
Pihak Polis masih memburu suspek yang membunuh secara kejam dan mengelar sehingga putus kepala seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan, Siti Soffea Emelda, kelmarin.
Tandas stesen minyak di Sentul meletup selepas lelaki berjaket hitam keluar
Kejadian berlaku 3.55 petang, sejurus selepas seorang lelaki yang memakai topi keledar bertutup penuh keluar dari tandas itu.
Polis gesa isu perumahan Kampung Pokok Asam ditangani secara aman
Polis meminta pemaju dan jawatankuasa penduduk Kampung Pokok Asam bersepakat dalam menangani isu projek perumahan yang didakwa mengganggu ketenteraman penduduk.
Enam remaja hilang semasa mendaki berjaya ditemui
Pasukan penyelamat berjaya menemui enam ramaja yang dilaporkan hilang lebih lima jam semasa mendaki di Bukit Bendera.