ALOR SETAR: Tiga perkara asas dalam industri penternakan ayam perlu ditangani segera bagi menstabilkan semula bekalan ayam dalam negara.
Penternak yang juga pembekal ayam segar, Mazlina Kamarudin memberi pandangan, isu kekurangan pekerja dalam sektor penternakan yang menggunakan buruh asing perlu diberikan perhatian selain kajian semula harga kawalan serta subsidi yang perlu dipercepatkan.
“Untuk kembalikan bekalan ayam dalam negara, perkara asas perlu ditangani terlebih dahulu.
"Sekiranya permit import (AP) dibuka seluas-luasnya, ia mungkin tidak dapat menampung permintaan kerana kekurangan ayam juga berlaku di negara pengeksport seperti Thailand, ” katanya kepada Sinar Harian, pada Selasa.
Mazlina yang juga Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn Bhd (Ayam Bismi) berkata, apa yang penternak mahukan ialah kerajaan mempermudahkan urusan pengambilan buruh asing untuk sektor berkenaan bagi mengatasi kekurangan pekerja ternakan ayam.
“Sudah berkali-kali isu ini disuarakan. Ayam kurang di pasaran adalah kerana kami kekurangan pekerja.
"Walaupun kerajaan benarkan membawa masuk pekerja asing pada Februari namun sehingga kini permohonan masih belum diluluskan.
“Ladang saya sendiri terpaksa kurangkan kemasukan ayam kerana isu pekerja.
"Kalau tidak ditangani segera, bekalan ayam semakin kurang kerana ramai pekerja pulang ke negara asal selepas pintu sempadan dibuka, pada masa sama pekerja baru tak boleh masuk,” katanya lagi.
Menurutnya, proses yang dilihat semakin rumit merencatkan operasi ternakan menyebabkan kesukaran mendapatkan tenaga kerja biarpun masalah terbabit telah disuarakan kepada kerajaan.
“Perkara ini tidak wajar dipandang sepi. Ia merupakan rangkaian dalam industri dan penyelesaian jitu kepada masalah berbangkit, sebaliknya ada yang menyalahkan wujudnya kartel,” katanya.
Mazlina berkata, gaji pekerja juga tidak dapat ditawarkan lebih tinggi berikutan harga ayam dikawal dan subsidi yang dijanjikan belum diterima sehingga kini.
“Kita mohon sudah lama, belum dapat. Sebenarnya subsidi tidak dapat menampung kos susulan kejatuhan mata wang yang turut menyebabkan harga dedak naik setiap bulan dan dijangka terus naik sehingga 2023.
"Harap percepatkan subsidi bagi menampung sebahagian kos operasi,” katanya.
Menurutnya lagi, penternak turut mohon agar harga kawalan dinaikkan kepada RM9.90/kilogram atau dihapuskan dengan menjadikan permintaan dan penawaran sebagai penanda aras ketetapan harga ayam.
“Apabila tiada harga kawalan, kemungkinan harga ayam akan pulih. Mungkin pada awalnya harga naik sedikit, namun apabila ramai pengeluar kembali dalam industri, harga akan bergantung kepada permintaan dan penawaran.
“Harga kawalan RM8.90 memang tak balik modal dan tidak menguntungkan, penternak pula berdepan risiko seperti penyakit, ayam mati atau lambat membesar selain kos dedak. Apabila risiko tinggi, untung minimum, ” katanya.
Mazlina turut membangkitkan isu kualiti dedak menurun yang ditawarkan pada harga murah.
Menurutnya, kerajaan wajar merangka pelan jangka pendek, sederhana dan panjang agar situasi tidak berulang.
“Untuk jangka pendek, saya sarankan kaji semula harga kawalan, kebenaran segera bawa masuk buruh asing selain percepatkan subsidi.
Mazlina turut menyambut baik hasrat kerajaan yang akan menyiasat kemungkinan wujudnya kartel yang mengawal harga dan pengeluaran ayam dalam kalangan syarikat besar.
Menurutnya, Ayam Bismi yang sebelum ini menawarkan 20,000 ekor ayam kini terpaksa mengehadkan kepada 15,000 ekor kepada pelanggan.
“Kapasiti ladang boleh dua juta ekor ayam tetapi pengeluaran sekitar sejuta ekor sebulan. Ketika tiada masalah kekurangan buruh, kami mampu tawarkan satu juta ekor, sekarang hanya 900,000 ekor ayam.
“Kalau saya kurangkan 10 peratus, syarikat lain kurangkan 10 peratus, keseluruhannya bekalan kurang, situasi akan semakin serius dari hari ke hari,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 25 2022
Mazlina ketika meninjau operasi ladang Ayam Bismi berkapasiti 300,000 ekor di Kuala Nerang. -Foto Sinar Harian
Thailand kemas kini program visa jangka panjang untuk tarik bakat asing
Perubahan yang diluluskan Kabinet itu termasuk peluasan sektor sasaran bagi profesional berkemahiran tinggi kepada pelbagai bidang bukan STEM.
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
BMI semak naik unjuran pertumbuhan perbelanjaan kesihatan kepada 8.7 peratus
BMI yang juga unit Fitch Solutions, menyemak naik unjuran pertumbuhan perbelanjaan kesihatan Malaysia kepada 8.7 peratus setahun bagi tempoh 2023 hingga 2028.
Ambil banduan bekerja, majikan bantu ubah masa depan
Peluang kedua bagi memperbaiki kesilapan dan mengubah masa depan dengan menawarkan pekerjaan kepada banduan memberikan seribu makna kepada golongan ini.
Model konsolidasi, kluster berpusat tangani kekurangan pekerja industri getah
Strategi dilaksanakan KPK turut melibatkan beberapa agensi pelaksana lain, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta dalam rantaian bekalan.
Ekspo Francais MIRF 2023 disasar catat pelaburan RM120 juta - MRCA
MRCA menyasarkan pelaburan bernilai RM120 juta daripada acara FE MIRF 2023 yang akan diadakan dari 7 hingga 9 Julai ini.
Kurang pekerja, COVID-19 antara punca 3 projek sakit di Sabah - Dr Zaliha
Angka itu merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan iaitu sebanyak 12 buah projek sakit di bawah KKM di seluruh negara.
Isu pekerja asing dijangka selesai dalam tiga bulan - Sivakumar
Kerajaan yakin dapat menyelesaikan isu kekurangan pekerja asing dalam tempoh tiga bulan dengan pelaksanaan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing.
Kekurangan pekerja antara punca bekalan telur ayam terganggu - Mohamad
Tiga kementerian sedang berusaha untuk menambahkan pekerja dalam sektor pertanian dan sektor yang lain bagi tujuan itu.
Penggajian pekerja asing bagi sektor lain akan dikaji - Sivakumar
Sivakumar berkata lima sektor dan subsektor kritikal yang terlibat ketika ini ialah perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan (melibatkan restoran sahaja).
Restoran India berdepan tekanan, kekurangan sehingga 10,000 pekerja asing
Primas minta kerajaan perhalusi polisi pengambilan pekerja asing dengan memudahkan syarat kemasukan ke negara ini.
Tiada alasan untuk tangguhkan Projek Jambatan Rambungan - Uggah
Kontraktor projek Jambatan Rambungan diminta segera siapkan projek berkenaan yang lewat hampir tiga tahun berbanding jadual asal.