KAJANG: Mahkamah Sesyen di sini hari ini, menangguhkan prosiding jatuh hukum terhadap seorang pengasuh sebuah taska, yang didakwa mendedahkan seorang bayi perempuan berusia 17 bulan yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal pada 24 Sept.
Hakim Mazuliana Abdul Rashid menetapkan tarikh baharu itu selepas peguam S. Priyalatha yang mewakili Nor A'in Ismail, 24, memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya dijangka bersalin pada minggu hadapan.
"Pihak kami ingin membuat permohonan agar jatuh hukum ditetapkan kepada satu tarikh baharu, iaitu selepas tertuduh bersalin dan berpantang.
"Setakat hari ini, tertuduh masih mengekalkan pengakuan bersalah dan laporan forensik serta perubatan mangsa juga telah selesai," kata peguam itu pada prosiding hari ini, yang ditetapkan untuk jatuh hukum.
Priyalatha berkata anak guamnya juga hadir pada prosiding hari ini, yang jelas menunjukkan tertuduh akan memberikan kerjasama penuh sehingga kes selesai.
Timbalan Pendakwa Raya Faelly Jeffrey Lanjungan tidak membantah permohonan pihak pembelaan untuk menunda jatuh hukum ke tarikh lain, mengambil kira keadaan tertuduh yang sarat mengandung.
Pada 6 Jun, Nor A'in mengaku bersalah melakukan perbuatan itu terhadap seorang bayi berusia 17 bulan di sebuah taska di Bandar Mahkota Cheras di sini pada 4.15 petang 28 Mei.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024

Peguam S. Priyalatha yang mewakili Nor A'in Ismail (kanan) memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya dijangka bersalin pada minggu hadapan.- Foto Bernama
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

Mahkamah Rayuan Singapura benarkan penangguhan pelaksanaan hukuman Pannir Selvam
Mahkamah Rayuan Singapura pada Rabu membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap banduan Malaysia yang dijatuhi hukuman mati, Pannir Selvam Pranthaman.

Tangguh jatuh hukum tertuduh sarat mengandung
Mahkamah menangguhkan prosiding jatuh hukum terhadap seorang pengasuh taska, yang didakwa mendedahkan seorang bayi yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan.

Mahkamah Pakistan tangguh hukuman Imran Khan
Sebuah mahkamah Pakistan pada Selasa menangguhkan hukuman penjara tiga tahun bekas Perdana Menteri Imran Khan, memerintahkan pembebasannya dengan ikat jamin.

Tiada keadaan khas lepaskan Siti Bainun daripada penjara - Hakim
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Siti Bainun Ahd Razali untuk menangguhkan hukuman penjara kerana tiada keadaan khas mewajarkannya.

Peter Anthony berjaya gantung hukuman, sabitan guna dokumen palsu
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan Datuk Peter Anthony bagi menggantung hukuman dan sabitan salah terhadapnya atas kesalahan dokumen palsu.

Mahkamah Rayuan lepas dan bebas Tengku Adnan daripada tuduhan rasuah
Pada 21 Disember tahun lalu, Tengku Adnan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta selepas Mahkamah Tinggi mendapati beliau bersalah.

Model sambilan didenda RM18,000, penjara 5 tahun sebabkan kematian
Selain denda dan penjara, lesen percubaan tertuduh juga dibatalkan dan akan dipenjara dua tahun jika gagal menjelaskan denda.