KUALA LUMPUR: Ketika dunia sedang dilanda pelbagai ketidaktentuan, membina kepercayaan adalah sesuatu yang ‘mahal’ pada masa kini, khususnya untuk industri media, kata Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail.
Beliau berkata, tahun 2022 merupakan tahun kelima Astro AWANI dinobat oleh Reuters Institute dan University of Oxford sebagai ‘Jenama Berita Paling Dipercayai’ di Malaysia.
Bagi pihak Astro AWANI, Ashwad berkata, beliau dan seluruh organisasi sangat berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia, yang sentiasa teguh menyokong prinsip media yang bebas, seimbang, membina dan konstruktif.
“Masyarakat merupakan ‘jantung’ yang menjana kepercayaan dan keyakinan. Tanpa suara, rasa dan sentuhan oleh rakyat, media itu kosong dan tidak punya apa-apa.
“Dengan keazaman dan komitmen warga, 'kita sama-sama kita' seperti mana semangat #KitaJagaKita, dalam apa jua bidang sekali pun, bangkit bersama untuk membina semula keyakinan terhadap jenama kita, 'Jenama Malaysia’ di persada global,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kejayaan Astro AWANI untuk terus mengekalkan reputasinya sebagai jenama berita paling dipercayai di negara ini.
Berdasarkan Laporan Berita Digital Institut Reuters 2022 dan University of Oxford, Astro AWANI menduduki tangga pertama dengan 64 peratus, diikuti The Star, MalaysiaKini, Sinar Harian, dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Bagi capaian luar talian dan dalam talian secara mingguan, Astro AWANI turut unggul di tangga kedua, masing-masing dalam kategori TV, radio, dan media cetak; dan juga dalam talian (online).
“Surat khabar nasional dan vernakular sering kali dikaitkan dengan parti politik daripada segi pemilikan dan tahap kecenderungan editorial. Bagaimanapun, digitalisasi telah mengakibatkan perubahan ketara terhadap medium tersebut.
“Surat khabar yang dahulu gah sebagai sumber berita utama rakyat, kini menduduki tangga terbawah di kalangan jenama berita yang dipercayai.
“Malaysiakini dan Astro AWANI kekal pada dua tangga teratas kerana mereka neutral, tetapi masih mengekalkan pemberitaan kritikal terhadap pentadbiran dahulu dan kini,” menurut laporan itu lagi.
POLITIK DAN MEDIA
Dalam pada itu, laporan itu menyebut, pemilikan atau kaitan parti politik dengan media akan mengakibatkan masyarakat untuk mengelakkan diri dari mengakses berita.
Memetik situasi di Amerika Syarikat dan United Kingdom sebagai contoh, Reuters Institute berkata, pihak di sebelah kanan cenderung untuk mengabaikan berita kerana merasakan ia tidak adil dan bebas.
Pihak di sebelah kiri pula merasakan mereka sering tertekan, tidak berdaya, atau risau berita akan mengakibatkan pertelingkahan yang berpanjangan.
“Situasi ini boleh dikaitkan dengan kerumitan sesuatu bahasa, atau andaian pengetahuan yang sering dimasukkan ke dalam laporan berita. Tetapi peningkatan penghadaman berita melalui media sosial, serta percakapan dari rakan atau ahli keluarga juga memainkan peranan tertentu.
“Berita sering diakses oleh golongan muda dalam cara yang lebih berpecah-belah, bermaksud masyarakat kadang-kadang terlepas konteks utama yang sebelum ini dipakejkan dalam naratif linear oleh media arus perdana,” kata laporan itu lagi.
KEBEBASAN WARTAWAN
Dalam pada itu, Reuters Institute berkata, dengan peningkatan jumlah wartawan yang membina profil sendiri di laman sosial, terdapat perbezaan idea tentang bagaimana golongan tersebut perlu berinteraksi dengan audiens melalui platform seperti Twitter atau Facebook.
Laporan tersebut menyebut, melalui platform seperti itu, wartawan lebih bersifat informal dan cenderung untuk menunjukkan personaliti yang sebenar.
“Tetapi adakah ini sesuai dengan pendekatan objektif atau tidak menyebelahi mana-mana pihak yang masih dipraktikkan oleh jenama media? Berdasarkan kajiselidik, lebih separuh daripada responden di kebanyakan negara merasakan wartawan hanya perlu melaporkan berita.
“Tetapi terdapat jumlah minoriti yang signifikan yang percaya golongan tersebut perlu diberi kebebasan untuk meluahkan pandangan peribadi mereka di laman media sosial,” menurut laporan itu lagi.
Berdasarkan penemuan pada Laporan Berita Digital untuk kesaksamaan pada 2021, terdapat perbezaan pendapat ketara antara generasi berlainan, dengan generasi muda percaya wartawan perlu bebas dalam menyampaikan pandangan peribadi.
“Ketika beberapa organisasi media mengetatkan polisi media sosial mereka, pengurusan menghadapi tentangan daripada kumpulan wartawan muda yang cuba mencabar sempadan yang ditetapkan. Ini adalah satu lagi keadaan dalam kebiasaan kewartawanan, ekoran perubahan sosial dan media digital,” menurut laporan itu lagi.
TREND AKSES BERITA
Reuters Institute berkata, portal berita dalam talian dan media sosial terus menjadi sumber berita utama di negara ini.
Media cetak terus mencatatkan trend penurunan, daripada 45 peratus pada tahun 2017 kepada 17 peratus untuk tahun 2022.
Trend akses berita menggunakan telefon pintar juga agak mengejutkan kerana ia turut menunjukkan penurunan sebanyak tujuh mata peratusan, iaitu kepada 78 peratus tahun ini.
Sementara itu, Reuters Institute berkata, Facebook dan WhatsApp terus menjadi medium utama penyebaran berita dalam kategori sosial, mesej dan emel, diikuti Youtube, Instagram, Twitter, dan Telegram.
Firdaus Azil
Wed Jun 15 2022

Ashwad (tiga, kiri) berkata, tanpa suara, rasa dan sentuhan oleh rakyat, media itu kosong dan tidak punya apa-apa. - Foto Astro AWANI
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 eratkan silaturahim - Zizan Razak
Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 adalah platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim antara selebriti dan masyarakat.

Projek kewartawanan Gen Z Astro AWANI raih sokongan Google
Projek ulung Astro Awani melibatkan generasi Gen Z dalam penghasilan berita ini berperanan mencorakkan peranan generasi baharu dalam dunia kewartawanan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.

Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.

ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.

All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.

Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.