BESUT: Tapak pusat pelupusan sampah di Kampung Paya Rawa, di sini sekali lagi terbakar selepas kejadian kali pertama berlaku pada pertengahan Mei lalu.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerteh, Azam Mohamad berkata, kejadian berlaku pada pada petang Jumaat itu melibatkan kawasan seluas hampir satu hektar.
Menurutnya, pasukan penyelamat menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 3.50 petang sebelum menggerakkan lapan anggota dan pegawai bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) ke lokasi kejadian.
"Hampir satu daripada enam hektar kawasan di tapak pusat pelupusan sampah itu terbakar.
"Anggota bomba kini dibantu pihak syarikat projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menjalankan kerja-kerja pemadaman," katanya di sini pada Sabtu.
Azam berkata, anggota keselamatan berdepan cabaran bagi memadamkan kebakaran sehingga terpaksa menggunakan jengkaut untuk melancarkan proses pemadaman di bahagian bawah timbunan sampah.
Katanya, selain itu, mereka turut menggunakan kaedah pemadaman secara terus di kawasan terbakar.
"Kebakaran itu turut menyebabkan asap tebal, ia sedikit sebanyak membataskan pergerakan anggota ketika proses pemadaman.
"Bagaimanapun, kita jangka kebakaran itu dapat dikawal dan dipadamkan sepenuhnya dalam masa terdekat," ujarnya.
Pertengahan bulan lalu, seluas 0.6 hektar pusat pelupusan sampah sama dilaporkan terbakar disyaki akibat cuaca panas yang berterusan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 08 2024

Hampir satu daripada enam hektar kawasan di tapak pusat pelupusan sampah di Kampung Paya Rawa di Besut terbakar pada petang Jumaat.

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).

Bangkai kucing dibuang SPCA kerana tiada tempat pelupusan khas - JPVPP
Sepuluh bangkai kucing yang ditemukan berbungkus dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Jelutong didapati dibuang oleh SPCA Pulau Pinang.

Selangor, Pulau Pinang terima pakai Akta 672
Jemaah Menteri pada minggu lepas membuat keputusan secara dasar untuk menerima Selangor dan Pulau Pinang sebagai negeri terkini yang mengguna pakai Akta 672.

Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.

Selangor muktamadkan mekanisme mampan untuk meningkatkan amalan kitar semula - Amirudin
Kerajaan Selangor sedang memuktamadkan mekanisme mampan bagi meningkatkan amalan kitar semula di setiap kawasan kejiranan di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Loji WTE: Kerajaan hanya akan bawa masuk teknologi yang terbukti berkesan - Kor Ming
Kos untuk membina loji WTE amat tinggi, maka kerajaan akan memastikan sekiranya projek itu berjalan, ia akan beri pulangan yang baik kepada negara.

Tapak pelupusan sampah di Besut terbakar lagi
Tapak pusat pelupusan sampah di Kampung Paya Rawa, di sini sekali lagi terbakar selepas kejadian kali pertama berlaku pada pertengahan Mei lalu.

Orang ramai diingatkan tidak simpan stok beras dalam kuantiti besar
Semua pihak diingatkan untuk tidak menyimpan stok beras dalam kuantiti yang besar bagi mengelakkan berlakunya pembaziran bekalan makanan itu.

Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.

Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.

Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.