SHAH ALAM: Kerajaan Selangor berusaha memastikan garis panduan pengurusan perniagaan aktiviti perkhemahan yang dibangunkan di negeri ini mengambil kira kepentingan semua pihak.
Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Negeri Selangor, Ng Sze Han berkata, panduan itu merangkumi kategori tapak perkhemahan, perancangan dan kelulusan tapak aktiviti perkhemahan.
Selain itu, katanya, perkara lain diberi tumpuan antaranya risiko dan keselamatan serta punca kuasa perundangan untuk perniagaan aktiviti perkhemahan dilesenkan.
"Antara fokus kerajaan negeri adalah kategori aktiviti perkhemahan yang bergantung kepada fasiliti dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak operator serta lokasi aktiviti perkhemahan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Sehubungan itu, Sze Han berkata, kerajaan negeri berhasrat mewujudkan satu piawaian minimum namun wajib untuk dipatuhi oleh pihak operator yang menjalankan aktiviti perkhemahan.
Sze Han berkata, beliau juga mengadakan pertemuan dengan pengusaha melalui bengkel penyediaan garis panduan pengurusan perniagaan aktiviti perkhemahan di negeri Selangor.
Jelas beliau, bengkel itu dihadiri 16 wakil kementerian, jabatan, agensi, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan anak syarikat kerajaan negeri Selangor.
"Antara yang terlibat terdiri daripada wakil Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan; Majlis Perbandaran Hulu Selangor; Jabatan Kerja Raya; PLANMalaysia @ Selangor; Jabatan Perhutanan, Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor serta Tourism Selangor Sdn Bhd," jelas beliau.
Sze Han memberitahu, sebanyak 11 organisasi termasuk persatuan perkhemahan dan wakil industri terlebih dahulu hadir mengikuti sesi dialog awam sebelum sesi bengkel itu dijalankan.
"Saya menghargai maklumat daripada pembentang semasa sesi dialog awam yang memberikan data dan pendapat mereka serta didengari semua wakil kerajaan terlibat.
"Semoga bengkel tiga hari ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya supaya penyediaan garis panduan ini dapat dibentangkan kepada pihak kerajaan negeri dalam masa terdekat untuk pertimbangan lanjut dan kelulusan," kata beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 30 2023
Sze Han bergambar bersama peserta yang hadir pada bengkel penyediaan garis panduan pengurusan perniagaan aktiviti perkhemahan di negeri Selangor pada Ahad. - Foto Sinar Harian
Kelab bola sepak belanja RM37.7 bilion untuk pemindahan antarabangsa pada 2024 - Kajian FIFA
Jumlah ini merupakan perbelanjaan kedua tertinggi selepas rekod tahun 2023, apabila kelab membelanjakan AS$9.63 bilion (RM42.2 bilion).
Mangsa banjir di Sarawak hampiri 10,000 orang
Sehingga 7 pagi tadi, jumlah PPS aktif terus meningkat kepada 57 dengan mangsa banjir kini mencecah 9,780 orang daripada 2,767 keluarga.
Lebuhraya WISE berpotensi jana ekonomi, kurangkan kesesakan di Terowong Menora
Jajaran WISE akan menjadi laluan alternatif yang lebih selesa bagi pengguna jalan raya dari utara yang ingin bercuti di Perak.
Bantuan banjir perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana
Menurut menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat datuk seri nancy shukri perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.
Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
3 pengakap maut, 12 cedera akibat renjatan elektrik di Filipina
Tiga pengakap maut dan 12 lagi cedera selepas terkena renjatan elektrik ketika memindahkan khemah di sebuah tapak perkhemahan.
Nyaris dihanyutkan, mangsa kepala air syukur terselamat
Mangsa kejadian kepala air di Risda Eco Park Kg Ulu Slim hanya mampu melihat barangan berharga seperti telefon bimbit dan komputer riba dihanyutkan arus deras.
Sahur, iftar, tarawih berteman kabus di tapak perkhemahan Masjid Lojing
Tapak perkhemahan Masjid Lojing, terletak di sempadan Pahang-Kelantan dan kira-kira 40 minit pemanduan dari Tanah Rata, Cameron Highlands menjadi tarikan pada Ramadan.
Bayi ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus Sungai Ketil
Seorang bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan ditemukan lemas dihanyut ke dalam Sungai Ketil, Lubok Pedati, di Baling hari ini.
Banjir Johor: 35 terperangkap di tapak perkhemahan di Tanjung Lompat
Keseronokan berkhemah di sebuah tapak perkhemahan di Daerah Kota Tinggi bertukar detik ngeri apabila kira-kira 35 orang terperangkap di Tanjung Lompat, susulan banjir, petang tadi.
Tapak perkhemahan: Jangan biar pisang berbuah dua kali
Pengusaha juga harus mendapatkan permit guna tanah yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah serta Jabatan Pertanian negeri.
Laporan awal tragedi Batang Kali dibentang ke Kabinet semalam - Nik Nazmi
Sebarang maklum balas dan tindakan seterusnya akan dilaksanakan selepas laporan penuh tragedi siap dalam masa terdekat.
Pulau Pinang arah semua tapak perkhemahan ditutup sementara
Pulau Pinang mengarahkan semua operasi tapak perkhemahan di negeri itu ditutup sementara bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini susulan insiden tanah runtuh di Batang Kali.
[LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR tinggalkan kesan mendalam kepada anggota penyelamat
Selain fizikal, emosi anggota juga terkesan sepanjang sembilan hari operasi SAR berlangsung.
Tanah runtuh Batang Kali: Insiden terburuk tahun ini di tapak perkhemahan
Tragedi waktu awal pagi ialah kejadian tanah runtuh ke-23 dilaporkan di seluruh negara tahun ini.